Bab 16

Drama Completed 10354

Doktor Yusof ditikam pada bahagian abdomennya dari belakang. Doktor Yusof yang sudah melutut disamping katil Khalisya itu menggenggam erat tangan Khalisya.

Setelah beberapa minit menahan kesakitan , Doktor Yusof tidak menyedarkan diri.

Seorang jururawat wanita yang terkedu melihat kejadian itu dari pintu ward Khalisya dengan pantas berlari mendapatkan bantuan.

Faliq yang sudah terduduk berpeluk tubuh memandang pisau yang berlumuran darah itu menangis dengan tubuh yang menggigil.

Sekumpulan polis , jururawat wanita tadi dan dua orang doktor akhirnya tiba di ward Khalisya.

Sedang polis menggari Faliq , dua orang doktor dan jururawat tadi berusaha membantu Khalisya dan Doktor Yusof yang sudah berlumuran darah.

Faliq yang diiring oleh pihak polis keluar dari ward itu kembali tertawa dan berteriak lagi.

" HAHAHAHA MATI KAU ! MATI KAU , KHALISYA ! HAHAHAHAHAHA "

Beberapa jam telah pun berlalu. Khalisya akhirnya kembali menyedarkan diri. Dia yang masih lemah tubuhnya melihat pada sekelilingnya.

Lalu Khalisya melihat pada jururawat yang sedang memeriksa keadaannya itu dengan lemah Khalisya cuba bertanya mengenai keadaan Doktor Yusof sejurus dia sedar.

" Nurse ..., D-doktor okay ke ? "

Jururawat yang sedang fokus memeriksa keadaan Khalisya memandang Khalisya dengan wajah yang tersenyum dan berkata.

" Doktor Yusof okay , Puan jangan risau ya ?"

Mendengarkan itu Khalisya menghela nafas lega. Khalisya , sekali lagi bersuara.

" Nurse , saya nak tengok Doktor Yusof boleh ? "

Jururawat yang masih memandang Khalisya bersama senyuman itu hanya mengangguk sebagai jawapan.

Dengan berhati-hati Khalisya berdiri dibantu oleh jururawat. Perlahan-lahan diatas kerusi roda Khalisya berlabuh. Kerusi roda ditolak hingga memasuki ward Doktor Yusof.

Doktor Yusof yang terlantar tidak menyedarkan diri sudah berada dihadapan mata. Disamping Doktor Yusof kerusi roda Khalisya diberhentikan.

Kedua-dua mata Khalisya kini tertumpu pada wajah Doktor Yusof yang sudah pucat itu. Jururawat yang telah mengahantar Khalisya ke ward Doktor Yusof itu akhirnya membuka cerita mengenai kejadian yang menimpa Khalisya dan Doktor Yusof tadi.

Perlahan-lahan bibir Khalisya yang mengering itu dibuka dan Khalisya bersuara.

" Doktor, maafkan saya sebab libatkan doktor dalam masalah saya dan Faliq. Saya minta maaf doktor... "

Jururawat yang melihat Khalisya yang merasa bersalah terhadap Doktor Yusof itu menerangkan keadaan Doktor Yusof pada Khalisya sambil tangannya mengusap bahu Khalisya supaya rasa bersalah dapat dikurangkan.

" Puan jangan risau. Doktor Yusof akan sedar tak lama lagi. Kawasan yang ditikam tadi sudah pun dijahit dengan baik. Puan jangan risau. Semuanya okay. "

Mendengarkan kata-kata dari bibir jururawat itu , Khalisya hanya akur dan kembali ke wardnya.

Sedang Khalisya termenung melihat pada panorama diluar jendela itu , kenangan bersama Khalif kembali menerpa.

" Qaseh , abang loves you so much ! Just remember that okay ? "

Jerit Khalif yang tersenyum melihat ku. Abang , lelaki pertama yang berjaya membuka hati ini untuk mempercayai cinta.

" Abang , cuba bagitahu apa yang Qaseh tak tau ? Qaseh dah lama tau Abang sayang Qaseh lah. Hm Qaseh tak sayang abang pun."

Keluh ku sambil mencebik memandang abang disisi ku. Sedang aku mengusik abang , dia yang sedang duduk memegang dadanya dengan kuat. Wajahnya yang tadinya tersenyum , mulai berkerut. Hati ini mulai tak keruan. Ya Allah aku ada salah cakap ke ? Macam mana ni..

" Abang ?! Abang okay tak ?! Abang ! "

Melihat dia yang mengerang kesakitan membuatkan aku bertambah gelisah. Abang yang sedang kesakitan melihat ke arah ku. Lalu dipegang erat tanganku tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Melihat wajahnya yang masih berkerut , mendesak aku untuk menjerit meminta pertolongan.

"Tolong ! Abang , jangan macam ni ! Jangan buat Qaseh risau. Abang ! Buka mata abang ! Abang ! "

Jeritan ku beriringkan tangisan. Jujur , aku tidak sanggup kehilangan dia. Abang , tidak menyedarkan dirinya. Berjuaraian air mataku jatuh membasahi pipi ku. Jantung ku , laju mengepam darah.

" Abang , jangan tinggal Qaseh. Abang ! "

Aku yang tertunduk menangis disampingnya cuba menenangkan diri. Sedang aku berusaha menghentikan air mata ku , abang. Abang kini melutut dihadapan bersama wajah yang tersenyum.

" Kata tak sayang Abang ? Sorry okay ? Abang saja je nak test Qaseh. heheh "

Ah , Aku terkena ! Abang yang tersenyum mengatakan itu mengusap mesra tangisan ku. Sedang aku duduk terdiam melihat dia , dia mulai membuka bicara. Tangan diselok ke dalam poket seluarnya lalu dikeluarkan sebuah kotak berwarna biru.

" Qaseh , will you .. be my princess ? "

Air mataku yang baru hendak berhenti kembali membasahi pipi ku. Aku terkedu melihat dia.
Saat ini , saat yang paling aku nantikan.

" Of course yes ! "

Diwaktu itu , segalanya terlihat indah. Meski sementara , kenangan bahagia itu.. Masih mampu membuatkan Qaseh cintakan abang. Walaupun Qaseh sendiri tak pasti tentang abang.

Mengingati memori ketika dia dilamar oleh Khalif , berjaya membuatkan air matanya menitis. Kerinduan yang tak terubat juga cinta yang tak berpenghujung itu cukup membuatkan hatinya dilanda kesedihan.

Disaat air mata Khalisya mengalir dengan deras , tiba-tiba bunyi ketukan pintu jelas kedengaran. Air matanya yang berjuraian ktu dengan pantas diseka. Wajahnya yang pucat diraup kasar.

" Puan Khalisya , pihak polis datang untuk soal siasat kes Faliq. "

Kata seorang jururawat wanita yang memasuki ruangan itu bersama dua orang inspektor.

Khalisya yang memandang pada jururawat wanita dan dua orang inspektor itu hanya mengangguk perlahan.

Jururawat itu memimpin Khalisya duduk di katilnya. Kedua-dua inspektor mulai memperkenalkan dirinya pada Khalisya.

" Assalamualaikum Puan. Saya Inspektor Adnan. Puan sihat ? "

Pandangan Khalisya tertumpu pada inspektor itu. Perlahan-lahan bibirnya dibuka dan dia mulai bersuara.

" Waalaikumsalam. Saya sihat. "

Lalu seorang lagi inspektor bersuara.

" Saya Inspektor Arfan. "

" Kami harap, Puan dapat memberikan kerjasama ya. "

Selesai sesi memperkenalkan diri , kedua-dua inspektor itu mula menyoal siasat. Khalisya yang menjadi mangsa Faliq itu dengan jujur menceritakan segalanya.

Usai itu inspektor-inspektor itu mengundurkan diri.

Pada keesokan harinya , Doktor Yusof telah pun menyedarkan diri.

Sejurus mendengarkan berita itu , Khalisya bergegas ke ward Doktor Yusof. Khalisya memerhatikan Doktor Yusof yang masih terlantar itu dan akhirnya memasuki ward Doktor Yusof.

Doktor Yusof yang sedar akan kehadiran Khalisya menguntumkan segaris senyuman nipis menghiasi wajahnya yang putih memucat itu.

" Doktor , are you okay ? "

Soal Khalisya pada Doktor Yusof. Perasaan bersalah Khalisya masih tidak mampu dipadam malah semakin menebal.

Doktor Yusof yang masih dalam keadaan lemah mengangguk perlahan. Lalu Doktor Yusof berkata.

" Don't worry... I'm okay. "

Khalisya yang memandang Doktor Yusof kini menunduk. Bernada sebak , Khalisya memohon kemaafan pada Doktor Yusof kerana telah mengakibatkan Doktor Yusof cedera ketika menyelamatakannya dari Faliq.

" Doktor.. Saya minta maaf.. Semua ni salah saya.. Saya tak patut libatkan Doktor dalam hal ni. Maafkan saya... Sebab saya , doktor tercedera. I... really am sorry... "

Lalu berjuraianlah air mata Khalisya membasahi pipinya yang semakin cengkung itu.

Doktor Yusof yang melihatkan itu dengan berhati-hati bangkit dari baringnya dan duduk. Matanya tertumpu pada Khalisya.

Tangan Doktor Yusof perlahan-lahan diangkat dan diletakkan diatas bahu Khalisya. Diusapnya lembut , bahu Khalisya untuk menenangkan Khalisya.

Bernada lembut , Doktor Yusof Yusof bersuara.

" No , don't cry.. ! It's okay Khalisya. I'm fine now. It's okay.."

Wajahku yang tertunduk itu aku angkat menghadap Doktor Yusof. Mata ku yang masih menghasilkan air mata melihat tepat ke arah Doktor Yusof.

Sekali lagi , senyuman manis Doktor Yusof dilemparkan pada ku. Perlahan-lahan , air mata ku berhenti. Hati yang dipenuhi rasa bersalah terhadap Doktor Yusof akhirnya kembali tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience