Bab 15

Drama Completed 10365

Hari demi hari berlalu. Khalisya kini sudah hampir 3 bulan berada dihospital itu. Khalisya yang mengalami amnesia dan gangguan emosi itu masih tidak mampu menerima kenyataan.

Khalisya yang sering memberontak , menjerit dan meronta-ronta itu telah menjadikan asbab mengapa dia masih ditahan di ward.

Dia yang pernah mencederakan dirinya serta bertindak agresif dengan menoreh tangannya dengan pisau itu telah berjaya menyekat rancangan Faliq yang mahu membawa Khalisya pulang ke pangkuannya.

Khalisya yang tidak mampu mengingati apa-apa hanya menghabiskan masanya dengan merenung keluar jendela.

Matanya yang merah terus menangis tanpa dia tahu mengapa. Wajahnya yang pucat , pipinya yang semakin cengkung tidak dihiraunya.

Keadaan Khalisya , semakin hari semakin merosot. Siang dan malamnya hanya diisi dengan melihat panorama indah diluar jendela itu.

Faliq yang masih setia pada Khalisya masih melawatnya dari hari ke hari. Namun dengan layanan Khalisya yang seakan-akan benci padanya mula membuatkan Faliq muak melayani kerenah Khalisya itu.

Doktor Yusof yang pada awalnya hanya kasihan itu mula jatuh hati pada Khalisya.

Melihat Khalisya yang seperti jasad tidak bernyawa itu perlahan-lahan menghampiri Khalisya dan menyapanya mesra.

" Khalisya , awak buat apa tu ? Khalisya dah makan ? "

Namun begitu , soalan Doktor Yusof hanya ditinggal sebagai persoalan tanpa sebarang jawapan.

Khalisya yang menangis terus membiarkan Doktor Yusof. Matanya hanya tertumpu pada panorama itu.

Doktor Yusof yang melihat Khalisya sekali lagi mencuba untuk berkomunikasi dengan Khalisya.

" Awak dah solat zohor ? "

Mendengarkan pertanyaan itu. Pandangan Khalisya mula beralih pada Doktor Yusof. Air matanya yang membasahi pipi itu diseka lembut.

Doktor Yusof yang sudah tersenyum melihat Khalisya semakin tersenyum lebar apabila persoalannya kali ini berjaya mengalihkan perhatian Khalisya.

Dengan wajah yang pucat dan mata yang merah itu Khalisya hanya menggeleng sebagai jawapan.

" Kalau macam tu , jom ke surau ? Saya imamkan awak okay ? "

Kata Doktor Yusof sambil tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.

Khalisya yang melihat itu hanya mengangguk. Lalu dengan berhati-hati Khalisya berdiri dan mengikuti Doktor Yusof ke surau.

Usai solat zohor , Doktor Yusof yang menjadi imam kepada Khalisya itu ditenung lama oleh Khalisya sedang tangan ditadahkan doa. Khalisya yang merenung lama pada susuk tubuh Doktor Yusof itu tiba-tiba menghasilkan air matanya.

" Abang.. Abang.. "

Desis hati Khalisya sedang air matanya semakin laju membasahi pipinya. Doktor Yusof yang telah mengaminkan doanya itu perlahan-lahan memalingkan tubuh menghadap Khalisya dibelakangnya itu.

Khalisya yang masih merenung lama ke arah Doktor Yusof hanya mampu mengungkapkan sebuah perkataan bernada sebak.

" Abang.."

Lalu mata Khalisya dipejamkan dan wajahnya berkerut seolah-olah sedang menahan kesakitan. Doktor Yusof yang melihat Khalisya begitu dengan pantas menyambut Khalisya dan menaik Khalisya ke dakapannya.

Khalisya yang sudah tidak menyedarkan diri diusung oleh Doktor Yusof ke wardnya. Diatas katil Khalisya dihamparkan tubuhnya. Lantas itu , Doktor Yusof yang cemas itu memeriksa keadaan Khalisya.

Khalisya yang sudah kembali sedar perlahan-lahan memegang kepalanya dengan wajah yang berkerut. Doktor Yusof yang melihatkan itu dengan pantas bersuara dengan wajah yang cemas.

" Khalisya awak okay ?! "

Dengan perlahan Khalisya hanya mengangguk.

Doktor Yusof yang cemas akhirnya mengehmbuskan nafas lega setelah menerima jawapan dari Khalisya itu.

Khalisya yang masih lemah itu perlahan-lahan cuba untuk duduk. Doktor Yusof yang melihatkan itu lantas membantu Khalisya duduk.

Dengan suara yang serak dan bibir yang kering Khalisya bersuara.

" Doktor , selamatkan saya dari Faliq. Dia bukan suami saya. Tolong saya doktor. "

Doktor Yusof yang terkedu mendengarkan itu lantas memandang wajah Khalisya yang pucat itu.

" K-Khalisya dah ingat semula ?? "

Khalisya sekali lagi mengangguk.

Ditariknya kerusi ditepi katil Khalisya itu. Doktor Yusof melabuhkan dirinya diatas kerusi plastik itu.

Bersama wajah yang penuh kebingungan Doktor Yusof mulai bertanya pada Khalisya.

" Sejak bila awak dapat ingatan awak semula Khalisya ? "

Dengan tenang Khalisya menjawab pertanyaan itu.

" 2 minggu yang lalu. Saya sudah ingat semuanya doktor.. Doktor Yusof , tolong saya.. "

Doktor Yusof yang masih kebingungan sekali lagi bersuara dan meminta Khalisya menjelaskan apa yang berlaku diatara dia dan Faliq dan mengapa Faliq telah mengaku sebagai suaminya.

" Sekejap , saya tak faham. Kenapa Faliq mengaku sebagai suami awak ? Ada apa antara awak dan Faliq ? "

Satu persatu perkara dijelaskan oleh Khalisya pada Doktor Yusof.

Doktor Yusof yang terkejut akan kebenaran yang telah diceritakan oleh Khalisya akhirnya bersetuju untuk membantu Khalisya melepaskan diri dari genggaman pesakit mental yang bernama Faliq itu.

Sedang Doktor Yusof dan Khalisya berkongsi cerita itu , ketukan pintu di ward Khalisya kuat kedengaran.

(TokTok)

Perbualan Doktor Yusof dan Khalisya akhirnya terhenti. Kedua-dua mata Khalisya dan Doktor Yusof kini tertumpu pada pintu ward itu. Perlahan-lahan pintu itu ditolak.

Faliq , kini memasuki ruangan itu bersama senyuman sinis diwajahnya. Lalu diatur langkahnya mendekati Khalisya yang berada diatas katil itu.

Dengan wajah yang bengis Faliq mengusap lembut rambut Khalisya itu dan didekatkan bibirnya ke cuping telinga Khalisya. Faliq yang merenung tajam pada Doktor Yusof mulai berbisik pada telinga Khalisya.

" Khalisya , kau jangan pernah fikir untuk lari dari aku. "

Berhias senyuman sinis Faliq mula berkata dengan kuat seolah-olah dia benar-benar suami ku.

" Isteri Faliq dah sihat ke harini ? Ada sakit mana-mana tak ? Faliq rindu sangat dekat Khalisya tau.. ! "

Khalisya yang sudah mulai bimbang akan apa yang dibisikkan Faliq tadi hanya mengangguk perlahan. Doktor Yusof yang melihat Faliq begitu dengan pantas keluar dari ward itu.

" Puan Khalisya baik-baik saja. Baiklah , saya pergi dulu ya. "

Senyuman manis dilemparkan oleh Yusof pada Khalisya dan Faliq. Susuk tubuh Doktor Yusof dari belakang itu ditenung lama oleh Faliq bersama senyuman sinis.
Keluar saja Doktor Yusof dari ward itu Faliq mulai berkasar pada Khalisya.

Pandangan mata Faliq kini tertumpu pada Khalisya. Mukanya yang sudah merah padam jelas kelihatan. Giginya diketap , tangannya bercekak pinggang.

Faliq yang begitu marah setelah mengetahui Khalisya sudah menceritakan segalanya pada Doktor Yusof itu menendang bakul sampah itu dengan kuat.

Lalu dihentakkan tangannya diatas katil Khalisya melepaskan amarahnya yang sudah memuncak itu.

Dengan mata yang terbeliak Faliq merenung ke dalam mata Khalisya. Tangan Faliq perlahan-lahan menggapai pergelangan tangan Khalisya dan digenggam dengan kuat sambil berkata

" Kau , takkan boleh lari daripada aku. Aku , Faliq Arshad. Kau belum kenal siapa aku ! "

Usai melafazkan itu Faliq tertawa sekuatnya.

" HAHAHAHAHAHAHAHA ! "

Setelah Faliq ketawa sepuasnya , dia kembali duduk disamping Khalisya bersama segaris senyuman. Digenggam erat tangan Khalisya yang sejuk itu sambil berkata.

" Khalisya , petang ni kita balik ya ? Dah lama sangat Khalisya dekat sini. "

" Faliq rindu Khalisya. "

Tambahnya lagi sambil memandang Khalisya yang sudah berkerut itu. Dengan tergagap-gagap Khalisya berkata.

" N-no. K-Khalisya tak nak.. "

Faliq yang mendengarkan itu kembali membuak-buak amarahnya. Lalu ditolai sekuat hati tangan Khalisya yang degenggamnya tadi.

Dengan wajah yang bengis dia memandang Khalisya lalu di dicekik leher Khalisya hingga Khalisya mengalami kesukaran bernafas.

Wajahnya yang bengis juga matanya yang terbeliak itu didekatkan pada wajah Khalisya. Dengan perlahan senyuman diukirkan dan dia pun berbisik.

" Kalau macam tu.."

Dengan kuat Faliq berteriak sedang cengkamannya pada leher Khalisya semakin kuat.

" BAIK KAU MATI JE ! "

Maka meletuslah ketawa Faliq sekali lagi.

" MUAHAHAHAHAHAH ! "

Melihat Khalisya yang sudah hampir pengsan itu telah menaikkan lagi amarah Doktor Yusof.

Doktor Yusof yang sudah menggigil menahan amarahnya akhirnya menyimpan rakaman Faliq dan Khalisya itu.

Dengan tangan yang digenggam sekuatnya Doktor Yusof memasuki ward Khalisya dan melayangkan satu tumbukan padu pada pipi kiri Faliq.

Faliq yang menerima tumbukan dari Doktor Yusof itu akhirnya terduduk hingga bersandar pada dinding.

Dia yang telah ditumbuk hingga terluka dan berdarah pada bibirnya hanya tertawa dengan kuat.

Perlahan-lahan ibu jari kanan tangannya menyapu darah yang mengalir dari bibirnya itu dan berteriak.

" KAU JANGAN JADI BODOH DOKTOR ! "

Melafazkan itu , Faliq kembali tertawa. Doktor Yusof yang bimbang akan Khalisya tidak lagi peduli pada Faliq. Dengan cemas Doktor Yusof memeriksa keadaan Khalisya yang sudah tidak menyedarkan diri itu.

Tiba-tiba , Doktor Yusof melutut disamping Khalisya. Faliq yang memegang sebilah pisau berlumuran darah itu tertawa sekuatnya dan berkata.

" MUAHAHAHAHAHAH MATI KAU !!! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience