Bab 7

Drama Completed 10354

" Assalamualaikum ! "

Jeritan itu aku dengarkan. Aku yang sedang santai duduk diatas sofa lantas pergi membuka pintu. Aku lihat dia yang berada disebalik pintu itu.

"Waalaikumsalam.. Hana ! Ya Allah ! Beb ! "

Hana , teman baikku sejak dibangku sekolah. Melihat dia yang berukir senyuman itu begitu membahagiakan hati ini. Satu-satunya sahabat ku yang setia dikala suka dan duka ku. Begitu lama aku terpisah dengannya. Akhirnya !

Hana ku jemput masuk ke rumah. Lalu ku pelawa dia duduk sedang aku ke dapur untuk membuat minuman.

" Hana , duduklah dulu. Aku nak buat air. "

Setelah air siap dibuat , cawan ku susun ke atas dulang. Jag berisi air ku letak diatas dulang. Perlahan-lahan dulang itu ku angkat dah dibawa ke ruang tamu. Melihat aku yang berjalan menghampirinya membuatkan Hana tersenyum.

Sedang aku menuangkan air dia atas meja Hana memandang ku sambil meluahkan rasa ketidak selesaannya.

" Sorry beb. Susah-susah je buatkan air. "

Aku yang masih menuangkan air hanya tersenyum mendengarkan itu. Lalu dengan tenang aku menbalas kata-kata itu.

" Its okay Hana. Air je. "

Cawan yang berisi air itu ku hulur pada Hana. Disamping Hana , aku berlabuh.

" Sya , kau okay ? Aku minta maaf aku tak dapat nak melawat kau dekat hospital masa tu. Ni pun aku baru sampai dari airport terus datang sini tau ! Sorry Sya... "

Wajahnya yang tersenyum mulai menghilang. Kata-kata itu , dilafaznya dia bernada sedih.

" Tak apa , Hana. Aku faham. Don't worry k ?"

Aku yang tidak mahu menambahkan rasa serba salah dihati Hana mengucapkan kata-kata itu. Aku tahu , dia sibuk membantu abangnya menguruskan syarikat milik keluarga mereka itu. Kehadiran dia pada hari ini pun , dah berjaya membuat aku berasa bersyukur.

Perbualan itu semakin rancak. Begitu banyak perkara yang dibualkan kami.

Sedang kami hangat berbual , terdengar suara dari luar sambil pintu diketuk kuat.

(Tok Tok)
" Assalamualaikum...! "

Aku yang sedang berbual lantas berdiri dan membuka pintu sambil menjawab salam itu.

" Waalaikum.."

Salam ku terhenti. Melihat Khai dihadapan pintu begitu mengejutkan ku. Dia yang berbaju kemeja hitam berlipat pula dilengan. Bukan sahaja wajahnya , malah gayanya juga begitu sama dengan abang.

" Hai , Khalisya. "

Dengan mesra sapaan itu dilontar pada ku. Mendengarkan suaranya , membuatkan aku berhenti merenungnya. Dengan tergagap-gagap aku cuba mempelawanya masuk ke rumah.

" K-Khai... M-mas-suklah.."

Aku yang tertunduk kembali duduk disisi Hana. Hana yang keliru melihat ku lantas bertanya.

" Sya ? Kau asal ? Okay tak ? "

Kau yang masih tertunduk hanya mengangguk perlahan.

Khai yang sudah memasuki rumah kini duduk diatas sofa. Hana yang melihat Khai mulai terkedu. Dengan wajah yang berkerut Hana memandang ku yang masih mencuba untuk bertenang.

" Sya ? Siapa ni ? Kha-Khalif ?

Perlahan-lahan wajahku cuba diangkat. Nafas dihela , aku cuba bertenang.

" Bukan , saya Khai. Abang kepada Khalif. "

Dengan pantas Khai menjawab pertanyaan yang dituju oleh Hana pada ku. Hana yang memandang ku kini beralih pandangan pada Khai.

" Khalif ada kembar ? Seriously ? "

Hana yang masih terkejut sekali lagi bersuara. Bersama senyuman Khai menjawabkan itu.

" Yes. I am his twin. "

Sejurus Khai menjawab itu suara Mama jelas kedengaran. Susuk tubuh Mama , mengalihkan pandangan kami ke arah pintu yang masih terbuka.

" Assalamualaikum. "

Mama yang baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah tersenyum melihat Hana dan Khai yang berada diruang tamu itu.

" Eh , Khai dengan Hana ada ? Bila sampai ? "

Mama yang terkejut melihat Khai dan Hana langsung bertanya. Hana yang masih memandang Mama berdiri sambil menyalam tangan Mama. Setelah tangan Mama disalam , persoalan Mama dijawab Hana.

" Hana dah lama sampai makcik. "

Dengan ringkas soalan itu dijawab Hana dengan senyuman. Mama yang masih berdiri perlahan-lahan duduk diatas sofa yang aku duduki. Memandang Khai yang tersenyum dihadapannya Mama mulai bertanya.

" Khai ? Dah lama sampai ? "

Khai menggeleng perlahan sambil tangan dihulurnya.

" Takdelah. Khai baru je sampai. Mama sihat ? "

Huluran tangganya disambut mesra oleh Mama. Setelah soalan itu dijawab Mama yang memandang Khai itu mengalihkan pandangannya pada ku sambil tersenyum nipis. Lalu bibir itu kembali bersuara.

" Mama sihat je. Khai datang ni ada apa ? "

Pandangan Mama kembali tertumpu pada Khai.

" Eh , Khai datang ni tak ada apa-apa pun Ma. Saja singgah alang-alang tadi Khai jumpa client dekat area sini. "

" Ha , kalau macam tu tunggulah sekejap ya Mama dengan Lisya masak untuk lunch. Papa pun nak balik dah tu. Hana pun jom la kita lunch sekali ya ?"

Pelawa Mama yang mengajak Hana dan Khai untuk makan tengah hari bersama.

Tanpa berlengah aku dan Mama pun bergegas ke dapur untuk menyediakan hidangan makan tengah hari.

Jam didinding ku tenung lama. Jam kini menunjukkan jam 1 tengah hari. Makanan telah sedia terhidang di atas meja. Sedang aku menbuat minuman didapur kedengaran suara Papa yang ceria itu.

" Assalamualaikum. Amboi , ramainya harini. Hahaha"

Sudah pasti Papa agak terkejut melihat kehadiran Khai dan Hana itu. Air sedia dihidang diatas meja Papa yang baru tiba aku salam tangannya.

Khai dan Hana , ku pelawa ke meja.

" Hana , Khai jomla. Makanan dah hidang. "

Papa yang melihat hidangan yang terhidang diatas meja mulai tersenyum lebar. Makanan kegemarannya dan abang. Sengaja aku memasak makanan kegemaran Papa kerana aku tahu Papa pasti merindukan air tangan anaknya ini.

Usai makan bersama , alhamdulillah masakan ku habis semuanya. Papa dan Khai yang masih rancak berbual bersama-sama bergegas ke pejabat. Hana pula , telah pun pulang ke rumahnya. Mama pula , ada perjumpaan bersama rakan-rakannya. Tinggal aku. Sendirian di istana ini.

Sedang asyik aku menonton televisyen itu. Memori bersama abang , menerpa ke ruang minda ku.

" Sayang , kalau kita ada anak kan , agak-agak dia ikut muka abang ke muka sayang ? "

Persoalan itu ditanya oleh abang sambil tersenyum merenung ke dalam mata ku. Aku yang sedang menonton televisyen ditariknya menghadap dia yang sedang memelukku. Dengan wajah yang berkerut dia masih menantikan jawapan itu.

" Sayang ! Abang tanya ni "

Aku yang melihat wajahnya itu tersenyum sendiri. Dengan penuh berkarisma aku menjawabkan itu sambil aku mengusap tangannya yang hangat itu.

" Abang , Qaseh tak peduli anak kita lebih ikut muka siapa. Yang penting , anak kita soleh dan solehah , cukup sifatnya. Kalau anak lelaki , handsome macam Papa dia. Kalau anak perempuan , cantik macam Mama dia. Hehe "

Mendengarkan jawapan ku itu abang tersenyum lalu diciumnya dahi ku sambil tangannya mengusap lembut rambutku. Dipeluk kemas tubuhku kedalam dakapnya. Lalu , bibirnya melepaskan dahiku dan dibisiknya ditelinga ku dengan penuh romantik.

" Abang loves you sayang. Abang will love you untill my last breath. I promise you. "

" I love you more abang.."

Mengingati memori itu , tanpa ku sedari bibirku telah melafazkan itu. Lalu basah lah pipi ku menahan kerinduan yang tidak terubat ini. Abang... I miss you so much. Perlahan-lahan air mata yang jatuh itu , ku usap lembut. If only you were here , Abang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience