Bab 12

Drama Completed 10354

Sekali lagi aku tersedar dari lena yang panjang. Aku lihat disekitar ku. Lampu yang memancarkan cahaya kuning itu terhuyung-hayang. Kegelapan ruangan itu hanya diterangi segaris cahaya. Kepala ku yang tersedia sakit. Bertambah perit.

Cuma aku yang berada diruangan ini. Sendirian , dalam kegelapan , dalam keheningan malam. Aku yang masih pening hanya memandang sekeliling. Faliq tiada. Ini peluang aku untuk melarikan diri. Bisik hati ku.

Pandangan ku yang kabur perlahan-lahan kembali jelas. Aku mula merenung ke sebilah pisau yang berlumuran darah diatas lantai itu. Dengan sedaya upaya ku , aku mencuba untuk mengambil pisau itu.

Tiba-tiba.. Detakan tapak kaki Faliq kian jelas kedengaran. Bayangan Faliq , semakin menghampiri aku. Segala tindakan ku , aku hentikan. Badan ku mulai menggigil.

" Khalisya dah bangun ? Khalisya buat apa tu ? "

Soal Faliq yang kini sudah disampingku.
Tangannya mulai menyentuh lembut pipi ku.

Aku yang masih menggigil ketakutan hanya terdiam. Perlahan-lahan nafas ku tarik. Dan perlahan-lahan tubuh ku tegakkan. Pandangan ku , kini tertumpu pada Faliq.
Tergagap-gagap , aku menjawab soalan Faliq.

" Ha-haah. K-Khalisy-sya b-baru sedar. B-bdan K-Khalis-sya s-sakit s-sangat. F-Faliq , t-tolong b-buka ikat-tan n-ni b-boleh ? "

Dengan payah aku cuba melontarkan kata. Buat pertama kalinya , aku berbicara setelah hampir seminggu aku diculiknya.  Ini saja peluang ku untuk melepaskan diri. Wajah Faliq yang tersenyum aku tenung lama.

Lalu Faliq mulai membuka bibirnya dan bernada tenang dia menjawab ringkas.

" Mestilah boleh. "

Dibukanya ikatan pada tangan dan buku lali ku penuh berhati-hati. Usai itu Faliq berlutut dihadapan ku dan berkata ;

" Khalisya , promise me , Khalisya takkan tinggal Faliq okay ? "

Perlahan-lahan , senyuman nipis aku lemparkan padanya. Lalu Faliq kembali berdiri dihadapan ku sambil menghulurkan tangannya.

Mata ku yang masih tertumpu padanya menyambut huluran tangan itu perlahan-perlahan bersama tangan yang berbekas lebam itu.

Dipimpinnya tubuh ku , penuh berhati-hati Faliq mengenggam erat tangan ku. Dibawa aku ke luar dari ruangan itu dan dipimpin aku memasuk sebuah bilik yang selesa.

Perlahan-lahan aku dibantu Faliq duduk diatas katil itu. Berukir senyuman yang lebar , Faliq memandang tepat ke arah ku sambil genggaman tangan dilepaskan dia. Matanya merenung ke dalam mataku dan dia mula berbicara.

" Khalisya , ni bilik Khalisya. Faliq dah lama siapkan untuk Khalisya. Khalisya rehat dulu ya. Faliq masak untuk Khalisya. Khalisya mandi , pakai cantik-cantik , wangi-wangi okay ? "

Setelah itu Faliq berlalu pergi. Pintu bilik itu ditutup perlahan. Aku yang masih lemah perlahan-lahan mencapai sehelai tuala dan mengatur langkah ke bilik mandi.

Aku lihat wajah ku pada cermin. Lebam dipipi , didahi yang begitu jelas kelihatan. Darah yang sudah mengering dibibir. Mata yang begitu bengkak. Benarkah ini kau Khalisya ?

Usai itu aku lihat pula pada tangan dan kaki ku. Tangan ku yang berbekas tali , kesan torehan bahu kiri ku. Lebam , jelas kelihatan disana sini.

Tenaga yang masih bersisa aku kerah. Tubuh yang berbalut luka dan kesan darah perlahan-lahan aku bersihkan.

Setelah itu aku terus bersiap-siap dan kembali duduk ke katil. Aku yang kepenatan , akhirnya terlena.

Selang beberapa minit , ketukan pintu yang kuat itu menyedarkan aku dari tidur yang pendek itu.

(TokTok)

Pintu bilik dibuka , Faliq yang tersenyum itu membawa dulang yang berisi makanan dan segelas air suam.

Dengan pantas diletakkan dulang itu diatas kabinet disampingku dan diatas katil Faliq melabuhkan dirinya. Dia yang sedang duduk merenung aku yang masih terbaring.

Penuh berhati-hati dibantunya aku untuk duduk. Dulang diatas kabinet itu diambil Faliq dan diletakkan diatas katil itu. Mangkuk yang berisi bubur diangkat dan diceduk dengan sudu.

Ditiup perlahan bubur yang masih panas itu lalu disuap ke mulutku. Faliq yang masih tersenyum kini bersuara.

" Sedap tak Faliq masak ? "

Aku yang masih lemah hanya mengangguk perlahan sebagai jawapan pada soalan Faliq.

" Kalau sedap , Khalisya kena makan banyak-banyak. Sayang kena cepat sihat okay ? "

Senyumannya yang semakin melebar hingga menampakkan giginya yang putih itu aku perlihatkan. Gembira sungguh dia.

Usai makan , air suam itu aku sedut perlahan. Setelah itu dihulurnya sebuah telefon bimbit berjenama Iphone berwarna keemasan oleh Faliq.

Telefon bimbit ku. Mata ku yang tertumpu pada telefon itu kembali melihat Faliq. Dengan senyuman Faliq bersuara.

" Ambillah. Ni telefon Khalisya. Nanti Khalisya call Mama Papa cakap Khalisya nak kahwin dengan Faliq okay ? "

Aku yang masih keliru hanya mengangguk. Telefon digenggaman Faliq aku ambil perlahan.

Lalu diusapnya rambutku dengan lembut. Faliq yang masih tersenyum kembalu berdiri dan keluar dari ruangan itu.

Telefonku yang kini berada digenggaman ku itu aku hidupkan. Begitu banyak mesej dan missed call yang masuk. Sudah tentu Khai , Mama , Papa , Mummy dan Daddy risau akan kehilangan ku tanpa berita.

Sedang aku memeriksa telefon ku , panggilan dari Khai masuk. Nama Khai terpapar pada skrin telefon itu. Dengan perasaan penuh ragu-ragu aku mengangkat panggilan itu.

" Hello ?! Khalisya ?! Khalisya kat mana ?! Khalisya ?! Hello ?! Khalisya please answer me ! "

Suara Khai yang cemas itu aku dengarkan. Aku yang masih terkejut hanya mampu mengungkapkan sebuah perkataan. "Abang"
Dengan nada yang lemah dan suara yang serak aku mengucapkan ia.

" Abang.. Abang..." 

Lalu pintu bilik ku dihempas sekuatnya. Faliq , bersama wajahnya yang marah mulai menghampiri ku.

Ketawa Faliq yang semakin kuat membuatkan aku menggiggil. Jantungku berdegup kencang. Telefon ku , terjatuh dari genggaman ku.

" Kau telefon siapa tu Khalisya ?! Kau nak lari ya ?! HAHAHAHAHAHA !"

Faliq yang kini berdiri dihadapan ku menarik kasar rambut ku hingga aku berdiri. Dikeluarkannya sebilah pisau dan diusapnya pisau itu kewajahku. Matanya yang terbeliak itu tertumpu pada ku.

Aku yang ketakutan hanya mampu menangis. Faliq yang masih memandang tepat ke arah ku melemparkan pisaunya itu.

Rambutku yang masih digenggamanya semakin kuat ditarik hingga aku mendongak memandang syiling.

Didekatkan wajahnya ke wajahku lalu dia berbisik pada telingaku.

" Kau takkan boleh lari dari aku Khalisya. TAKKAN ! "

Selepas mengatakan itu , Faliq kembali ketawa dengan kuat.

" MUAHAHAHAHAHA ! "

Usai itu dihempasnya sekuat hati kepala ku hingga membuatkan aku terduduk diatas lantai. Kepala ku yang sudah terluka , terhantuk pada bucu almari itu. Aku yang masih ketakutan melihat Faliq mengesot ke almari tersebut dan berpeluk tubuh.

Faliq yang masih memuncak kemarahannya lantas nencangkung dihadapanku dan menarik rambutku kasar. Didekatkan wajahnya dan dia sekali lagi berbisik di cuping telingaku.

" Kau takkan boleh lari dari aku ! "

Ditunjalnya kepala ku dan sekali lagi dihempas ke bucu almari itu. Luka yang sudah berdarah itu kini deras mengalir.

Faliq yang ketawa kembali berdiri dan nerjalan kearah katil. Telefon ku diatas katil itu dicapai dan diletakkan dicuping telinganya.

" Khalisya milik aku seorang. MILIK AKU ! HAHAHAHA "

Lalu dicampaknya telefon ku itu ke dinding hingga pecah. Usai itu , berlalulah Faliq keluar dari bilik itu. Pintu bilik ku , sekali lagi dihempas sekuatnya.

Bersandarkan almari itu , aku berpeluk tubuh. Badan ku yang menggiggil ketakutan itu aku peluk erat. Darah yang mengalir laju aku biarkan. Air mata yang berjuraian jatuh membasahi pipi ku. Ya Allah , bantulah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience