Bab 4

Drama Completed 10640

" Good morning , my wife "

Wajahnya yang tersenyum itu adalah wajah pertama yang aku tatapi buat pertama kalinya. Suaranya yang bernada perlahan aku dengarkan. Tangannya yang kasar mengusap lembut rambutku yang terurai.

Dengan mata yang masih separuh terbuka aku melihat dia yang berada disamping ku. Terasa bagai mimpi. Begitu pantas masa berlalu , aku dan dia telah diikat sebagai suami dan isteri. Suara yang serak aku lontarkan biasa.

" Morning , husband. Awalnya abang bangun ? Dah pukul berapa ni ? "

Mataku digonyoh perlahan mencuba menyedarkan diri sepenuhnya. Tangannya yang mengusap rambutku kini mengusap pipi ku lembut. Kehangatan tangganya terasa begitu menyamankan. Tangan ku yang sedang sibuk menggonyoh mata ku perlahan-lahan ku letakkan diatas dada bidang itu. Perlahan-lahan juga kepala ini ku sandarkan didada itu.

Tubuh ku dipeluk kemas didalam dakapnya. Dahiku diciumnya mesra. Sedang aku terlena mendengarkan degupan jantung itu dia memujuk ku untuk bangun dari tidur yang lena ini.

" Sayang hey , bangun sayang. Dah subuh ni. Abang nak pergi ambil wudhu' ni. Sayang bangun tau. Lepastu sayang pergi mandi and ambil wudhu' nanti kita solat sekali okay ? "

Pelukan itu dilepaskan perlahan. Aku yang masih mamai mula menyedarkan diri. Kini , solatku tidak lagi dilakukan sendirian. Abang , adalah imam ku.

Usai saja solat subuh , disambung aktiviti pagi itu dengan membaca Al-Quran bersama. Sehingga terbitnya matahari. Tangannya yang kasar itu ku salam penuh kasih. Lalu dicubitnya dia pipi ku yang gebu itu sambil berkata ;

" Eee kenapa cantik sangat isteri abang ni hm ?"

Pipinya yang cengkung itu aku cubit sekuat hati hingga dia melepaskan pipi ku. Sambil tersenyum dia melepaskan pipi ku yang sudah kemerahan dicubitnya itu. Gemar sungguh dia mencubit pipi ku.

" Sakit tau tak ? Tahu la pipi saya gebu tak cengkung macam abang ! "

Kata aku sambil mencebik pada abang. Sedang aku menarik muncung , dicubitnya lagi pipi ku yang kemerahan itu sambil berkata ;

" Tengoklah wife siapa , Megat Khalif kot ! Mestilah gebu. Hari-hari kot abang invest bagi makanan banyak-banyak mana boleh tak gebu ! Hahahah "

Kata-katanya itu berjaya meletuskan ketawa kami berdua. Dengan pantas aku berdiri , dilipat telekung dan sejadah dihadapan mata dan bersedia untuk turun menyediakan sarapan pagi.

Pintu bilik dibuka , tangan dihulurnya dia. Aku yang kebingungan cuma berdiam sambil melihatnya dan bertanya dengan penuh spontan.

" Nak apa ni ? "

Wajahnya yang tersenyum kian menghilang. Dia mencebik melihat aku yang kebingungan. Lantas tangannya menarik tanganku dan berkata

" Ish awak ni ! Nak tangan awak la sayang. Awakkan abang punya. "

Katanya dia sambil mencebik. Alahai suami aku ni. Macam budak-budak. Sambil berjalan menuruni tangga aku dan dia mulai bersembang. Aku yang ketawa sengaja mengusiknya

" Abang , mana Megat Khalif yang Qaseh kenal dulu eh ? Kenapa lain sangat ni ? "

Dia yang sedang marah menjeling aku yang masih tidak berhenti ketawa melihat gelagatnya.

" Alololo sorry la abang , Qaseh terkejut tengok Megat Khalif macam ni hahaha "

Langkahnya tiba-tiba terhenti dari terus menuruni tangga itu. Lalu dipandang aku dan dileraikan genggaman tangan itu. Tangannya kini beralih ke dinding. Dadanya yang bidang itu mendekati aku yang kini bersandar didinding. Wajahnya yang ketat ditunjukkan padaku. Damn ! Apa aku nak buat ni ! Jantung ku semakin berdebar.

" Qaseh Khalisya , awak rindukan Megat Khalif yang dulu ke ? "

Ujarnya sambil merapati aku yang berada didinding. Aku yang sedang ketakutan dipandang tepat oleh kedua matanya itu. Lalu dia kembali tersenyum dan menggenggam tangan ku. Dia yang masih ketawa berkata ;

" Awak tu isteri saya. Mestilah berbeza layanannya sayang. "

Mummy yang terlihat kami berdua masih ditangga terus menyergah dengan mesra.

" Mummy tau awak pengantin baru. Jangan la show off sangat. Hormatlah pengantin lama ni sikit "

Aku dan abang menuruni tangga dengan pantas. Sedang Mummy tersenyum melihat kami berdua , Khalif membuka bicaranya.

" Kasi chance lah Khalif dengan isteri Khalif show off sikit Mummy. Hahahaha "

Daddy yang sedang duduk dan membaca surat khabar juga menyertai perbualan itu dengan berkata

" Awak janganlah cemburu. Nanti saya pegang tangan awak juga okay ? Ke awak mak bersanding sekali lagi ni hm ? "

Alahai ibu bapa mertua ku ini ! Manis betul. Perbualan itu akhirnya meletuskan ketawa kami dipagi ini.

" Khalif , Lisya , nanti you berdua ni nak kemana ? Takkan la pengantin baru duduk rumah je ? "

Pertanyaan Mummy itu dilontar spontan. Aku yang berada disisi abang hanya tersenyum dan memandang abang yang sedang berselera bersarapan. Abang yang terlalu sibuk makan tidak menghiraukan Mummy. Aku yang berada disampingnya ditenung lama oleh Mummy. Mata Mummy yang bertambah bulat itu menanti jawapan dari bibir ku.

Abang ni , saja je. Ish ! Lengan abang yang sado itu aku cubit manja. Lalu dipandangnya aku dengan penuh kebingungan. Dia ni , memang nak kena ! Air diteguk , dia mulai berbicara.

" Ouh ha , sorry Mummy sedap sangat menantu Mummy ni masak. Khalif rasa 2-3 hari ni kitorang rest dekat rumah je. Penatlah Mummy. Lagipun Isnin depan Khalif dah mula kerja. "

Setelah menjawab pertanyaan itu , dia kembali makan dengan berselera. Daddy yang berada disisi Mummy pula yang bertanya.

" Khalisya okay ke duduk rumah je ? "

Dengan sopan dan tenang aku menjawab pertanyaan daddy itu.

" Lisya okay je Daddy. Lagipun , kami berdua pun penat tak hilang lagi daddy. "

" Ha , lagipun Khalif dengan Khalisya kan nak pindah rumah Khalif lusa ni. "

Tambah Khalif yang sudah selesai menikmati hidangan sarapannya itu.

Mendengarkan jawapan abang , Daddy tersenyum dan menjawab

" Baguslah tu , belajar hidup berdikari. Okaylah kalau kamu berdua cakap begitu. "

Usailah sudah sarapan pagi bersama kedua ibu bapa mertua ku.

Setelah selesai membasuh pinggan , aku melangkah mendekati suamiku yang berada di atas sofa diruang tamu itu.

" Ha ! Mesej siapa tu ?! "

Mendengarkan jerkahan ku dari belakang sofa hampir saja membuatkan telefon digenggamannya tercampak. Melihat dia terjekut , begitu menggelikan hati ku. Dia yang masih terkejut itu merenung ke dalam mata ku yang kini disampingnya. Lalu dia berkata ;

" Baru nak tanya ? Abang mesej dengan ex-girlfriend abang la siapa lagi ? Tapi tulah , dia tak reply pun. "

Mendengarkan jawapan itu berjaya membuatkan aku terasa panas hati. Aku yang tersenyum menarik muncung yang panjang dan duduk diam membisu.

Abang yang masih merenung pada ku menghulurkan telefon ku sambil berkata

" Nah , ambil ni. Abang dengar ade banyak mesej masuk tadi. Ex-boyfriend mesej minta getback la tu kot. "

Telefon yang dihulur itu aku ambil dengan penuh rasa bingung. Hati ku mulai berbisik

" Bukan ke aku dah block semua ex aku ? Ade yang tertinggal ke ? Aduhai. "

Melihat saja paparan skrin telefon , aku tersenyum. Alhamdulillah. Rupanya , ex-boyfriend yang kini telah menjadi yang halal buat ku yang menghantarkan mesej itu.

Tanpa melengahkan masa aku ikut melayan kerenah abang sambil berkata padanya dengan wajah yang tersenyum

" Haah la abang , ex sayang minta getback ni. Banyak pula dia spam. Haih. Dahlah handsome. Macam mana ni abang ? "

Dengan wajah yang serious abang bertanya

" Qaseh nak dia ke nak abang ? Jawab cepat."

Dengan payah aku menahan ketawa. Ku hadapkan badan ku ke arahnya. Ku tarik kedua tangannya itu lalu ku genggam kemas. Dengan tenang aku menjawab persoalan itu.

" Eee buat apa Qaseh nak dia ? Abang lagi handsome ! Abang sorang , dah cukup untuk Qaseh. Sampai bila-bila ! "

Dia yang tersenyum mendengarkan jawapan ku perlahan-lahan meleraikan genggaman tangan itu. Lalu dicubitnya lagi pipi ku yang gebu itu sambil berkata

" That's my wife ! Abang love you sooo much !"

Hidupku , terasa begitu bahagia berada diaampingnya.

" Lisya , Lisya tak dengar ke Mama panggil ? Dah siap ? Jomlah kita balik. Khai dah tunggu tu. "

Kata Mama yang menyapa ku mesra itu telah menghentikan lamunan ku. Alhamdulillah. Setelah 2 minggu ward ini bagaikan rumah ku. Kini aku pulang ke rumah kami. Rumah yang dipenuhi kenangan bersama Abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience