Bab 28 - Final Bab

Drama Completed 10365

" Khalisya , you know what ? Every midnight Khalif were here. Spending 1 hour with you. "

Tambah Khairil sambil tersenyum memandang Khalisya. Lantas itu Khalisya memandang suaminya yang berada disanpingnya. Lalu Khalif menggenggam erat tangan isterinya itu sambil tersenyum memandang wajah isterinya.

Akhirnya bersatulah semua keluarga Tan Sri Megat Amin dan Tan Sri O' Ghazali. Tidak cukup dengan itu , sahabat karib Tan Sri Amin yang dicari selama ini kini kembali ditemui.

Melihat Khalisya yang sudah lama terperap di ward itu membuatkan Khalif mengambil tindakan untuk membawa isterinya pulang.

Setelah seminggu Khalif merawat dan menemani Khalisya di hospital itu. Khalif mahu mencipta memori indah bersama isteri kesayangannya itu lagi. Meski Khalisya tidak lagi seperti dahulu , namun dimata Khalif isterinya tetap sahaja bidadari yang bertakhta dihatinya.

Setelah mendapatkan keizinan dari Doktor Sarah , Qaseh Khalisya dibawa pulang ke istana mereka berdua.

Tibanya dihadapan rumah mereka , pintu utama dibuka lalu bersama mereka melangkah memasuki rumah itu.

Keadaan rumah itu , masih lagi sama sebagaimana kali pertama mereka menjejakkan kaki ke rumah itu. Meski kedua-dua jasad itu telah berubah fizikalnya namun perasaan yang dirasa tetap sama.

Perlahan-lahan anak tangga didaki dan bilik mereka berdua dijadikan destinasi. Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka lalu kearah katil itu Khalisya berjalan.

Dilayangkan tubuhnya yang lemah itu diatas katil. Khalif yang melihat isterinya kepenatan lantas menyelimuti tubuh isterinya dengan sehelai selimut yang tebal.

" Sayang , abang bukakan tudung ya ?

Khalisya yang begitu kepenatan hanya menganguk perlahan. Penuh berhati-hati Khalif membuka tudung isterinya itu. Rambut isterinya yang semakin membotak jelas kelihatan. Lalu diusapnya rambut Khalisya lembut.

Diatas lantai Khalif duduk bersila. Beralaskan tilam Khalif bertungkat dagu. Wajah Khalif kini benar-benar dekat dengan wajah Khalisya.

Tangan Khalisya yang dingin digenggam erat oleh tangan kiri Khalif sedang tangan kanannya mengusap lembut pipi isterinya.

Senyuman Khalif jelas terpapar. Mata Khalif yang berkaca juga jelas kelihatan. Melihat Khalisya yang sudah memejamkan matanya itu telah mengusik jiwa Khalif.

Kesedihan yang dirasakan diruang hati Khalif apabila melihat isterinya dalam keadaan begitu benar-benar berat buatnya.

Bernada perlahan dan sebak Khalif berbisik dicuping telinga Khalisya.

" Sayang , terima kasih sebab tak putus asa. Terima kasih sebab masih berjuang. Walaupun penat , walaupun sakit. Terima kasih sebab terus bertahan hingga ke saat ini sayang. "

Genangan air mata Khalif akhirnya pecah. Air mata berjuraian jatuh menitis. Perlahan-lahan dahi Khalisya dikucup lama oleh Khalif. Lalu dilepaskan ciuman itu.

Usai itu Khalif kembali berkata dengan suara yang serak.

" I'll love you. Till my last breath. Hidup mati , kita bersama okay sayang ? "

Air mata Khalif dikesat. Wajahnya diraup kasar. Kabinet disisinya ditenung lama. Sebuah buku berwarna hitam itu menarik tumpuannya.

Ya , buku itu adalah buku diary mereka berdua. Perlahan-lahan buku itu dicapai oleh tangan kiri Khalif sedang tangan kanannya masih tidak melepaskan genggaman tangan isterinya.

Penuh berhati-hati buku itu dibuka lalu dibaca setiap coretan yang dituliskan oleh Khalisya disaat Khalif tiada disisinya.

Sekali lagi , tumpahlah linangan air mata Khalif saat membacakan segala isi hati isterinya itu. Begitu rindunya Khalisya pada Khalif jelas tertulis diatas helaian buku itu.

Usai membaca , buku itu kembali diletakkan diatas kabinet itu. Tangan Khalisya yang masih berada didalam genggamannya dicium penuh kasih sambil kedua matanya dipejamkan.

Khalif sedar , dia akan kehilangan isterinya itu pada bila-bila masa sahaja.

Sedang Khalif merenung wajah isterinya selama hampir 30 minit , laungan azan jelas kedengaran menandakan sudah masuknya waktu zohor.

Bernada rendah dan romantik suara Khalif yang garau jelas kedengaran.

" Sayang , saayang.. Qaseh Khalisya , bangun."

" Sayang , bangun.."

Khalif cuba mengejutkan isterinya itu dari tidur. Sedang bibirnya melafazkan kata-kata itu tangan kirinya mengusap lembut pipi isterinya yang sudah cengkung itu.

Perlahan-lahan kedua mata Khalisya dibuka. Sejurus membuka matanya Khalisya lantas tersenyum apabila wajah suaminya terpapar dihadapan mata.

" Sayang , bangun okay ? Dah masuk waktu zohor ni. Abang pergi ambil wudhuk sekejap. Nanti sayang pergi ambil wudhuk okay ? "

Dengan senyuman dan nada yang romantik Khalif mengatakan itu. Usai itu Khalif bergegas pergi mengambil wudhuk bersama tongkatnya.

Usai mengambil wudhuk Khalif memimpin Khalisya mengambil whuduk. Lalu dipimpin semula Khalisya duduk diatas katil sementara Khalif membentangkan sejadah dan meletakkan kerusi.

Solat Khalisya kembali berimam. Selesai solat zohor , tangan Khalif disalam penuh sayang. Diwajah mereka berdua , jelas terpancar sinar kebahagiaan.

Seminggu pun berlalu pergi dengan pantas. Sepanjang tempoh itu bersama mereka mencipta memori-memori indah bersama.

Kini tibalah masanya untuk mereka berpisah kembali.

Laungan azan menandakan telah masuknya waktu subuh itu menyedarkan Khalif dari tidur. Isterinya yang masih tidur lena ditenung lama. Dengan lemah lembut Khalif mengejutkan isterinya itu untuk solat subuh berjemaah.

" Sayang , bangun. Dah subuh. "

Bersama senyuman Khalif sekali lagi mengejutkan isterinya itu. Tangan isterinya digenggam erat. Pipi isterinya diusap lembut.

" Sayang , bangunlah.. "

Namun Khalisya tetap berdiam. Tiada sebarang tindak balas yang diberikan kepada Khalif. 

" Sayang.. bangun.. "

Mata Khalif sudah berkaca. Bernada sebak Khalif sekali lagi berusaha mengejutkan isterinya itu. Tangan isterinya yang digenggam lantas dicium lalu dilepaskan. Khalif sekali lagi cuba mengejutkan isterinya.

" Sayang , jangan buat abang macam ni.. "

" Sayang , bangunlah. Sayang .. ! "

Dengan deras air mata Khalif membasahi pipinya. Dahi Khalisya dicium lama. Tubuh Khalisya dirangkul olehnya.

" Sayang , don't leave me..  "

Khalif yang menangis sambil mendakap tubuh isterinya itu juga turut kembali terlena.

Jam menunjukkan jam 12 tengah hari. Keluarga Khalif dan Khalisya datang ingin melawat mereka berdua. Pintu rumah mereka dibuka oleh ibu Khalisya , Puan Sri Serina.

Salam diberi , lalu dilangkahkan kaki memasuki ruangan rumah itu. Suara kedua ibu mereka jelas kedengaran mencari susuk tubuh Khalif dan Khalisya.

Entah mengapa hati kedua wanita yang bergelar ibu ini seakan tidak sedap apabila tidak melihat anak dan menantunya itu.

Dengan pantas langkah menuju kearah bilik  mereka berdua diambil. Pintu bbilikitu dibuka lalu terlihatlah jasad Jhalif dan Khalisya yang masih terlantar diatas katil itu sedang berpelukan.

Kedua ibu itu lantas tersenyum dan mendekati katil itu. Dengan lembut mereka berdua cuba mengejutkan anak-anak mereka.

" Khalif , Khalisya. Bangun.. Dah tengah hari ni. Bangun "

Senyuman diwajah mereka masih tidak lekang. Sekali lagi mereka mengejutkan anak-anak mereka itu.

" Bangunlah anak-anak ku. Mummy dan mama datang ni. bangun. "

Kata ibu Khalif sambil menepuk bahu Khalif lembut. Entah mengapa senyuman diwajah kedua orang ibu itu hilang serta merta apabila Khalif dan Khalisya masih kaku.

Kedua orang ibu itu semakin panik. Lalu mereka berdua berteriak memanggil suami dan anak mereka.

" Abang ! Khai ! "

" Abang ! "

Dengan pantas mereka semua mendaki anak-anak tangga itu dan memasuki bilik itu. Khairil serta merta memeriksa denyutan nadi di pergelangan tangan Khalif dan Khalisya. Ternyata benarlah kata hati kedua orang ibu itu.

Khalif dan Khalisya , telah pergi meninggalkan mereka. Bersama mereka berjuang , bersama juga mereka pergi menghadap ilahi.

Usai itu kedua-mayat itu dikebumikan di tahan perkuburan Islam berdekatan. Air mata kedukaan terus mengalir dengan deras dipipi ahli keluarga mereka.

Berakhirlah sudah , kisah cinta Megat Khalif dan Qaseh Khalisya. Bersatunya mereka atas ikatan suci. Melayari bahtera perkahwinan bersama. Melewati hari-hari suka dan duka bersama. Dan berjuang bersama-sama.

Takdir dan ketentuan Tuhan yang telah memisah jasad mereka berdua , ketentuan dan takdir Tuhan jugalah yang telah mengizinkan mereka bersatu kembali dan menghadap ilahi bersama.

Walau apa jua yang menimpa kamu , jangan pernah hilang kepercayaan terhadap Allah. Kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience