Bab 10

Drama Completed 10354

Qaseh Khalisya , today is the day. Kau perlu tahu segalanya hari ini. Sampai bila kau nak hidup dalam ketidak pastian ? Sampai bila kau nak tunggu jawapan dari Khai ? Bisik hati ku yang kuat menginginkan sebuah kepastian.

Perlahan-lahan aku mengatur langkah ku memasuki restoran itu. Aku lihat disekeliling. Mata ku melilau mencari susuk tubuh seorang lelaki. Sedang aku tercari-cari , seorang lelaki yang memakai kemeja hitam dan bertopi melambai ke arah ku.

Sudah tentu dia adalah lelaki itu. Langkah ku atur lagi menghampiri lelaki itu. Kerusi ku tarik perlahan dan ku labuhkan diri diatasnya. Wajah ini , seakan pernah aku lihat. Tapi , siapa dia ?

" Helo Khalisya , datang juga kau ! "

Dia yang memandang ku melemparkan kata-kata itu bernada sindiran. Aku yang masih merenung wajah itu hanya tersenyum pahit.

" Apa maklumat yang awak ada tentang suami saya ? Saya tak banyak masa. Tell me now ! "

Tegas aku pada lelaki itu. Melihat aku yang merenung tajam kedalam matanya , senyuman nakal terukir diwajahnya.

" Relax , Khalisya. Kita order makanan dulu. Kita makan-makan dulu , fun-fun dulu.. then we'll talk about that okay ? No need to rush dear. "

Kata-kata itu , terzahir dari bibir lelaki yang berada dihadapan ku. Aku yang begitu mahukan kepastian hanya menurut. Pesanan diambil. Makanan diterima. Gelas yang berisi air Teh O'ais itu aku tarik dan aku sedut perlahan. Aku yang masih menantikan jawapan , hanya melihat dia yang sedang menikmati makanannya.

Sedang aku menanti lelaki itu selesai makan , deringan telefon ku jelas kedengaran. Aku lihat skrin telefon. Nama Khai terpapar. Pasti Khai sudah tahu tentang keberadaan ku.

Lantas aku berdiri dan berlari ke tandas untuk mengangkat panggilan itu.

" Hello Khai , ada apa ? "

Tanya aku sejurus mengangkat panggilan itu.

" Khalisya , where you at ? Khai tanya your PA , and she said you're not in your office. Where did you go ? "

Persoalan ku dibalas dengan persoalan Khai. Nada suaranya , jelas kedengaran bimbang. Jika aku jujur dan berkata aku telah berjumpa lelaki itu , sudah tentu Khai akan datang dan merosakkan segalanya. No way ! Dengan pantas aku jawab persoalan itu bersahaja.

" Ouh , Khalisya jumpa Hana sekejap. Don't worry. I know how to take care of myself , Khai. Got to go , I'll call you later ! "

Talian telefon itu aku tamatkan. Aku tidak mahu Khai bertanya lebih lagi. Aku tahu Khai pasti merasakan sesuatu. Kerana itu dia menelefon dan bertanya tentang keberadaan ku. No , Khai tak boleh tahu.

Setelah itu langkah ke meja tadi aku atur. Lelaki itu telah siap makan. Aku kembali duduk di kerusi tadi.

" So , tell me now. What is it ?! I don't have time to play around with you. Tell me now ! "

Tegas aku sekali lagi sambil melihat dia yang menyedut kopi ais dihadapannya. Lantas dia tersengih memandangku yang sudah hampir hilang kesabaran.

" Relax Khalisya , minum dulu. Tenangkan diri. Or , I won't tell you anything. "

Gelas berisi Teh O' ais dihadapan ku itu aku capai lalu disedut minuman itu.

" That is Khalisya. Good girl ! Okay I'll start now. "

Mendengarkan itu , lantas aku hentikan tegukan itu. Ditolak ketepi gelas itu sebagai tanda bersedia untuk mendengar. Maka , bermulalah penyampaian maklumat dari bibir lelaki itu mengenai suami ku , Megat Khalif.

" So , as you know Khalisya.. Your husband. Megat Khalif ditemui mati di tempat kejadian dengan wajah yang sudah tidak berupa. On your fifth monthsary of being a husband and wife. That night , kau dengan Khalif supposed to have dinner together at the 5 star hotel right ? But he didn't showed up. Why ? Sebab dia accident ! Kau tahu kan ? "

Ujar lelaki yang serba hitam itu. Didengarkan satu persatu maklumat yang diceritakan. Semua itu , aku sudah tahu. Hendak saja aku tengking lelaki itu. Namun , tubuh ini seakan lemah. Bibir ku tidak mampu dibuka. Mata ku seakan ingin tertutup sepenuhnya. Kepala ku terasa pening. Lalu aku , tidak sedarkan diri.

Kedua kelopak mata aku buka perlahan. Terlihat cahaya terang yang begitu menyakitkan kedua mata ku. Kepala ku terasa begitu berat. Aku cuba untuk bergerak. Namun tak kesampaian. Tubuhku terasa seakan terikat.

Dengan perlahan aku gagahi juga membuka kedua kelopak mata ku. Aku lihat tubuh ku yang sedang duduk , diikat pada kerusi. Mulut ku , ditutupkemas dengan sehelai kain. Ya Allah aku dimana ni ? Sedang aku memandang sekeliling ku , aku terlihat bayangan susuk tubuh seseorang.

Aku yang masih separuh sedar merenung tepat ke arah bayangan pada dinding itu. Siapakah itu ? Apakah yang sedang dilakukannya ? Begitu banyak persoalan yang timbul diruang minda ini.

Setelah beberapa minit merenung setiap perilaku bayangan itu aku dikejutkan dengan jeritannya. Aku lihat tangannya di angkat bersama sebilah pisau yang digenggam.

" Kenapa kau tak mati ? Kenapa ?! Kenapa ?! Kau tak layak hidup ! Kau perlu mati ! Kenapa kau tak mati ?! "

Jeritannya yang kuat dan dipenuhi kemarahan itu aku dengarkan. Lalu tangisan pula yang dijadikan ganti jeritan itu tadi.

Aku yang masih merenung bayangan di dinding itu melihat tangannya yang menggenggam sebilah pisau itu dihayunkan laju ke sebuah objek. Lalu terperciklah darah pada dinding itu.

Seiringan tangisan yang semakin kuat itu dia berkata dengan lantang.

" Kenapa kau tak mati lagi ?! Kenapa kau suka susahkan aku ?! Kau ingat aku ape ?! Kenapa kau buat aku macam ni ?!! Khalisya milik akulah ! Kau takkan boleh miliki dia ! "

Lalu didengarkan pula ketawanya yang begitu menakutkan seakan mengilai. Usai itu dia kembali marah dan berkata

" Kau tak boleh miliki dia ! Dia milik aku ! Selamanya ! "

Dan ketawanya kembali lagi. Meski aku cuma melihat bayangnya di dinding dan mendengar suaranya , cukup membuatkan aku menggigil dalam ketakutan.

Setelah ketawa itu berhenti , bunyi hentakan kaki aku dengarkan. Dia , semakin menghampiri aku. Titisan darah yang menitik dari pisau yang digenggamnya tadi , kuat kedengaran. Tiada apa yang bisa aku lakukan lagi. Aku kini berserah hanya pada-Mu Ya Allah. Lantas mengalirlah air mata ku dengan deras.

Dia yang sudah mendekati ku memandang aku dengan senyuman yang lebar. Pisau ditangan dilempar ketepi. Dipegangnya wajah ku dengan tangan yang dipenuhi darah itu. Dengan suara yang mendayu-dayu dia berbicara.

" Qaseh Khalisya , kenapa sayang menangis ni ? Don't worry , Faliq ada. Don't cry okay ? "

Lalu diusapnya lembut air mata ku yang turun bak air terjun. Setelah itu senyuman diwajahnya kembali pudar. Renungan tajamnya diberikan pada ku. Lalu ditariknya tudung ku hingga kepala ku mendongak sambil berkata

" Aku cakap jangan nangis ! Khalif takkan balik lagi ! Dia dah mati ! Kau milik aku Khalisya. Kau milik aku ! MUAHAHAHAHAH"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience