Bab 6

Drama Completed 10365

Sesungguhnya , aku hanyalah seorang insan yang begitu lemah. Kehadiran abang yang memberikan episod-episod bahagia dalam hidupku. Kehadirannya yang ku anggap buat selamanya. Kini pergi meninggalkan aku.

Kerana adanya memori bahagia , mengundang keperitan yang tak tertahan sakitnya.

Hari demi hari berlalu. Tempoh ku berpantang sudah tamat. Ketiadaan abang disisi ku , masih sukar ku terima.

" Abang , Qaseh datang ni. Qaseh rindu sangat dekat abang. Abang.. "

Menangis aku sendiri sambil mengatakan itu. Air mataku terus mengalir. Tubuhku terasa lemah. Batu nisan itu ku pegang sekuatnya. Abang , abang tunggu Qaseh ya ?

Mama yang disisi mengusap perlahan bahu ku mencuba untuk menenangkan hati yang terluka.

" Lisya , jom kita balik. Nanti kita datang lagi ya ? Lisya jangan macam ni. Tersiksa Khalif tengok Lisya macam ni. Lisya kena kuat. "

Bernada sebak , kata-kata itu ku dengarkan. Dipimpinnya Mama tubuh ku yang lesu. Titisan air mata ini mengalir tanpa hentinya. Selangkah demi selangkah ku lalui. Begitu berat hati ini meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Perjalanan yang pendek ku rasakan panjang. Memori bersama abang , terimbas sendirinya.

" Sayang slow-slow jalan tu. Haip tangan tu jangan gatal nak buka ! Tak surprise la nanti ! "

Mata ku yang ditutup kemas sehelai kain cuba ku buka. Abang yang melihat tindakan itu segera menampar lembut tanganku perlahan lalu digenggam erat tangan ku itu. Dengan penuh berhati-hati dipimpinnya aku beberapa langkah ke hadapan.

Disaat langkah itu terhenti , genggaman tangan dileraikan dia. Perlahan-lahan kain itu dibuka. Jeritan riang abang , jelas kedengaran ditelinga ku.

" Ta-Da ! "

Sebuah bungalow , kini benar-benar berada dihadapan ku. Aku yang yang masih kebingungan ditarik menghadapnya. Lantas kedua-dua tangan ku kembali ke genggamannya yang hangat itu.

" Sayang , this is .. our house ! Sayang , mulai hari ini , abang harap kita sama-sama belajar untuk saling melengkapi each other and warnai mahligai cinta kita sama-sama okay ?"

Berukir senyuman tangan ku dilepaskannya. Matanya yang berwarna hazel itu masih setia merenung ke dalam mata ku. Sambil mengenyitkan matanya tangan kanannya dihulur pada ku.

" Sayang , sudikah awak menjadi Permaisuri dirumah ini ? Sudikah.. awak menemani Raja yang kesunyian ini ? "

Tanpa berfikir panjang , huluran tangannya ku sambut bersama senyuman. Persoalan yang dilontarkan dia ku jawab dengan nada ceria.

" Of course , yes ! Forever and after , you will always have me , my King ! "

Mendengarkan jawapan dari bibirku itu menambahkan lagi kelebaran senyumannya. Tangan yang digenggam ditarik perlahan langkah diambil , mendekati pintu istana kami.

" Now , let's go ! Ketibaan Raja dan Permaisuri memasuki perkarangan istana ! "

Senyumannya yang nakal aku tatapi. Teriakannya itu menambahkan lagi kebahagiaan yang dirasa. Terbukanya pintu rumah itu meneruskan langkah kami ke dalam rumah.

Sedang aku melihat ruang disetiap sudut rumah itu. Abang merapati tubuhku sambil berkata ;

" Permaisuri , dah puas ke tengok sekeliling rumah ? Kalau dah puas , Raja hendak menghadap ! "

Senyuman nakalnya diberikan pada ku lagi. Tanpa sempat ku menjawab itu , tubuhku diangkat olehnya. Digendongnya aku tanpa ragu.

" Kenapa ringan je ni ? Tak cukup makan ya ? Nanti abang invest lebih sikit okay ?"

Tambahnya sambil memandang aku yang kini didukungnya. Bahunya yang berotot itu ku peluk kemas. Dahiku , dicium bibirnya yang hangat itu. Perlahan-lahan , anak tangga itu didaki. Hingga tiba dihadapan pintu.

Penuh berhati-hati dibuka pintu itu dengan pantas dia meneruskan beberapa tapak lagi , memasuki sebuah bilik. Dibaringnya aku diatas katil dipeluknya tubuhku sambil berkata ;

" Ini , adalah kamar Raja dan Permaisuri beradu. "

Lengannya ku jadikan bantal mengalas kepala ku. Tangannya yang kasar ku tarik ke genggaman ku. Dicium tangannya yang kasar itu. Begitu bahagia rasa hati ini , tidak terungkap dengan kata. Sekali lagi , dahiku diciumnya lama.

Kehangatan ini , tidak tergambar bagaimana rasanya. Ia , begitu menyamankan. Berada disampingnya dia menjadikan aku wanita terbahagia di muka bumi ini.

Terhentinya lamunan ku , istana kami berdua telah dihadapan mata. Pintu kereta ku buka berhati-hati. Langkah pertama ku ambil , ku masuki rumah yang menjadi syurga aku dan abang.

Anak tangga itu , perlahan-lahan ku daki. Tibanya dihadapan pintu bilik itu penuh berhati-hati , ku buka. Ruangan ini.. masih terlihat sama seperti mana kali pertama aku memasuki kamar ini.

Mata ku mulai bergenang. Langkah pertama ku ambil. Ku dekati katil itu. Bersama tubuh yang lesu berlabuhlah aku diatas katil itu.

Wangian abang , masih kekal disini. Menghidu wangian abang yang melekat pada katil itu , menambahkan lagi kehibaan didada. Maka pecahlah kaca dimataku terbitlah titisan cecair membasahi pipi ku.

(Tok Tok)
Bunyi ketukan pintu jelas kedengaran ditelingaku. Sedang aku mengelap sisa air mata yang berbaki di pipi , pintu itu dibuka. Mama , mendekati aku yang sedang duduk diatas katil.

" Lisya , Lisya buat apa ? Jom turun. Khai dengan Mummy ada dekat bawah tu. "

Aku yang sudah selesai mengelap air mata itu langsung berdiri. Langkah ke ruang tamu ku atur. Bersama Mama , ku turuni anal-anak tangga itu. Suara Mummy dan Khai , jelas kedengaran. Melihat aku dan Mama yang sudah tiba di ruang tamu itu Mummy mulai menyapa.

" Khalisya ! Khalisya sihat ? "

Dengan pantas ku rapati Mummy yang sedang duduk disofa itu. Huluran tangannya , ku sambut mesra. Belum sempat aku menjawab tubuh ku ditarik ke dalam dakapannya.

" Lisya , Mummy rindu Lisya. Mummy faham. Lisya masih rindukan Khalif kan ? Mummy pun rindukan dia Lisya. Tapi , Lisya kena kuat. Lisya tak boleh macam ni sayang. "

Kata-kata yang terzahir dari bibir Mummy dengan penuh kesedihan itu membuatkan lidah ku kelu. Aku yang terkedu mendengarkan ucapan Mummy terus berdiam didalam dakapnya. Sedang Mummy , mengusap bahuku.

Pasti , apa yang di rasakan Mummy itu lebih menyakitkan. Melihat anak lelakinya membesar dihadapan mata. Lalu meninggalkan dia itu sudah tentunya tidak tergambar perasaannya.

Jika aku , yang baru mengenali abang sudah terluka sebegini rupa... Bagaimana agaknya Mummy menahan keperitan itu ? Sungguh , tidak dapat ku bayangkan ia.

Mummy yang masih menangis sambil mengusap bahuku , ku peluk erat. Dengan tenang aku cuba mengurangkan keperitan yang dirasakan dia.

" Mummy. Dah , jangan nangis k ? Mummy ada Lisya , Daddy , Khai pun ada. Kita sama-sama doa untuk abang Khalif ya Mummy. Inshaa Allah dia tenang dekat sana. Mummy kuat kan ? "

Alhamdulillah. Aku berjaya menghentikan air mata Mummy. Perlahan-lahan pelukan itu terlerai. Mummy yang berada disampingku , aku hulurkan sehelai tisu. Ku angkat wajahnya , aku usap air matanya. Lantas itu , segaris senyuman terukir diwajahnya.

Benar. Aku juga masih tidak mampu menahan kerinduan , keperitan yang dirasa andai aku teringat akan abang yang sudah pergi meninggalkan kami. Tetapi aku bersyukur Ya Allah. Dihadapan Mummy , aku bisa berlagak kuat. Seolah olah aku sudah bisa menerima ketentuan mu..

Ya Allah. Redha kanlah hati kami untuk menerima pemergian abang. Terima kasih untuk segala nikmat yang telah kau berikan pada ku ya Allah. Terima kasih , kerna telah meminjamkan abang buat ku. Walau seketika.

" Rin , banyakkan bersabar ya. Kita semua rindukan arwah. Kakak pun rindukan arwah Rin. Yang dah pergi tu , biarkanlah pergi. Yang hidup ni. Kita kena teruskan Rin. Rin sabar ya. Istighfar banyak-banyak. Inshaa Allah. "

Kata Mama yang juga berada disamping Mummy sambil mengusap lembut bahu Mama.

Setelah berjaya memujuk hati Mummy , alhamdulillah syukur , Mummy telah kembali tersenyum seperti sedia kala. Tajuk perbualan ditukar dari suatu tajuk ke tajuk yang lain. Sedang mereka rancak berbual aku melihat Khai. Dia , benar-benar sama seperti abang. Megat Khalif , Raja dihati Qaseh Khalisya.

Abang , kami semua merindukan abang. Ketiadaan abang disini.. Begitu membuatkan kami merasa kehilangan abang. Tapi , abang jangan risau ya ? Inshaa Allah. Kami , pasti akan redha akan ketentuan Allah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience