Bab 32

Romance Completed 7444

'Siapa yang aku nampak tadi,kenapa dua tiga hari ni aku rasakan seakan aku diintip dan diekori.' bisik hati Ain apabila dia keluar dari perkarangan parking untuk menuju ke rumahnya.

dengan laju langkah kaki diatur untuk segera memasuki rumah kerana suasana makin sunyi disini.

tiba-tiba dia melihat seakan sesuatu sedang berdiri di belakangnya ketika dia menoleh telah tiada.

"Astafirullahhalazim..." ucap Ain beristighfar meredakan keributan ketika ini.

dipegang dadanya dirasakan detakan jantung berdegup dengan sangat kencang.

segera dia menoleh ke kiri dan kanan sekali lagi sebelum membuka pintu rumahnya.

salam diberi bersama bacaan surah lazim seperti Al-Ikhlas dan Ayatul kursi sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.

'sabar Ain, insyallah semuanya okay, kau baca je ayatul kursi, percaya dengan janji Allah setiap jiwa yang yakin dan memohon perlindungan hanya padanya akan selamat' bisik Ain bagi menguatkan semangatnya sendiri.

"aku dah mulakan kerja pertama aku takut-takutkan dia sikit-sikit dulu." terang lelaki misteri itu kepada wanita yang sedang berada di dalam talian telefon itu.

kedengaran gelak jahat wanita tersebut di corong telefon.

"bagus, bagus... sekarang kita mainkan emosi dan gertak dia macam ni dulu, aku nak dia takut-takut, hidup berserabut." balas wanita itu sambil tergelak jahat.

Dona terbayangkan betapa takutnya wanita itu di saat ini, dia tersenyum jahat dan merancang rancangan yang makin kejam yang telah disusun di dalam otak hitamnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience