Bab 12

Romance Completed 7365

malam ni adalah malam pernikahan dia, aku tidak dapat tidur. mata ku benar-benar telah letih tapi otak ni degil dan tidak berhenti menggila memikirkan dia.

yang aku rasakan saat dan detik ini adalah sakit yang teramat sangat. membayangkan ini adalah malam pertama dia bersama wanita lain juga sangat menyakitkan diriku.

dimana pada malam ini dia telah bertukar status dan menjadi hak dan kepunyaan wanita lain membuatkan aku sangat tertekan. di malam bahagianya ada hati yang sedang menangis dan itu adalah aku!

'awak kenapa awak perlu layan saya dengan baik, kenapa awak buat saya rasa istimewa dan dekat dengan hati awak tapi akhirnya semua tu palsu, awak memilih untuk bersama dengan perempuan lain juga akhirnya.' bisik hati kecilku dan tanpa sedar air mata kelukaan mengalir di pipiku.

ahhh....aku sudah terlewat untuk solat subuh, dah hampir jam 6.40am.' marahku pada diri sendiri apabila tersedar daripada tidur kerana masalah semalam.

segera aku bangun dan menarik selimut dari badan ku dan bergegas ke bilik air. niat asal ku untuk mandi sebelum solat aku batalkan dan hanya menggosok gigi, mencuci muka dan kemudian berwudhuk kerana mengenangkan hari yang makin cerah dan bakal berlalunya waktu subuh yang berada di ambang waktu hujung tanduknya.

dan aku menyesal sekali dengan keterlanjuran tidur ku malam tadi.

selesai solat dan membaca beberapa surah lazim dan berdoa aku melipat sejadah dan menggantung telekung di sudut pintu bilik yang telah tersedia besi penggantung.

hari ini aku tidak ingin memikirkan perkara-perkara sebelum ini yang telah menggangu diriku. dan aku telah putuskan untuk belajar terima takdir yang telah tertulis untukku.

'di hari minggu sabtu ni awak pilih untuk bersanding, selamat pengantin baru Aidil.' bisikku didalam hati.

"Ain, kau kena kuat, kau pernah harap benda yang lagi teruk dari ni sebelum ni, kau mampu." ucapku dengan bersungguh-sungguh pada diriku sendiri.

tepat jam 3 petang aku dihubungi oleh abang kamil.

"Assalamualaikum Ain, tak datang ke majlis Aidil ni?" tanya abang kamil kepadaku.

aku yang pada awalnya kebuntuan idea tiba- tiba mendapat idea yang bernas tapi aku takut juga untuk menipu sebab aku selalu dikatakan lurus dan tidak pandai berbohong. tapi untuk kali ini kebohongan ini perlu terlihat nyata.

"maaf abang saya tak sihat, saya kena demam denggi." ucapkan dengan nada suara seakan tidak bermaya sambil aku sendiri menepuk dahi dengan penipuan ini.

"hah! deman denggi?" soalnya dengan nada terkejut.

"bila, sekarang kat hospital mana?" soalnya lagi padaku dengan nada cemas.

"dah 4 hari jawabku, ada kat serdang, kalau nak datang pun tak payahlah sebab petang ni dah discharge." jawabku lagi dengan kebohongan.

"yelah-yelah, baru ingat nak pergi tengok, jaga diri elok-elok. nanti abang bagitahu dekat Aidil, Ain tak sihat. moga cepat sembuh." ucapanya dengan tulus mendoakan kebaikan dan kesihatan untukku.

"baiklah abang, terima kasih, nanti kita jumpa kat kelas ye.wassalam" jawabku sebelum mematikan talian.

'menyesal sungguh aku dengan penipuan yang telah aku ciptakan saat ini, menyesal menipu seorang rakan yang baik dan mempercayaiku' bisikku penuh sesal di dalam hati.

tapi aku tak kuat untuk berada di sana, aku takut aku tak mampu membendung lagi riak wajah dan airmata ini. dan aku juga tidak ingin mengenali wanita yang telah menjadi isterinya itu.

TUHAN TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA JIKA HAMBANYA TIDAK MAMPU.

tiba-tiba satu notifikasi muncul di screen telefonku dengan ayat tersebut. aku terkedu dan tersedar mungkin inilah ayat dari tuhan dan aku menarik nafas lega seakan termotivasi dengan patah ucapan teks tersebut.

'jangan risau Ain, kau hanya kehilangan cinta manusia, bukan cinta tuhan' bisiku pada hati kecilku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience