Bab 28

Romance Completed 7365

"Ain jom makan." ajakan sahabat-sahabatnya setelah sesi kuliah tamat.

"nak makan kat mana hari ni." soal Ain kepada sahabatnya itu.

"kita makan kat dalam sini jela, malas nak keluar parking." ucap abang Dan dan dipersetujui semua ahli.

mereka semua berjalan ke arah lif menunggu pintunya terbuka.

Ting... beberapa saat pintu terbuka, Ain tertoleh kepada lelaki yang keluar dari perut lif itu dan mereka saling memandang.

lelaki itu memberikan senyuman lalu berlalu pergi.

"Ain nak masuk tak?" soal abang kamil yang melihat ku masih terpaku di hadapan lif,segera aku masuk dengan laju sebelum pintu lif tertutup.

"korang nak makan masakan panas ke buffet yang dah terhidang ni?" soal abang daniel meminta kepastian, dia ingin tahu kerana jika masakan panas akan mengambil masa

"masakan panas jela." jawabku yang sememangnya kurang gemar dengan makanan yang sejuk. dan ideaku dipersetujui semua.

setelah semua membuat pesanan kami semua menunggu hidangan sambil berborak santai dan juga serius.

"Hi ,assalamualaikum." tegur seseorang asing yang sedang berdiri di hadapan mereka sekarang ini.

semua mata memandang ke arah lelaki tersebut.

"Ni buku cik ye?" soal lelaki itu sambil menghulurkan buku tersebut kepada Ain.

Ain yang terkejut melihat diarinya yang hilang beberapa minggu lepas muncul semula memandang lelaki berkenaan.

"terima kasih" ucap Ain sambil menyambut huluran buku tersebut.

Ain segera membelek-belek diarinya. pandangannya itu diperhatikan oleh lelaki berkenaan.

"jangan risau saya tak baca, cik tertinggal dekat cybercafe hari tu." terang lelaki itu dengan penuh kejujuran.

"Oh! terima kasih" ucap Ain sekali lagi

" nama saya Fatah." ucap lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada semua.

"Ain" balas ain
"kamil" balas abang kamil
"Mai" balas kak mai
"daniel" balas abang daniel
"Aidil" balas Aidil

akhirnya rancangan pertama Fatah telah berjaya, terima kasih kepada diari Ain yang telah memudahkan misinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience