bab 6

Romance Completed 7365

Hari ini aku dapat pulang kerja awal jadi sebelum pulang ke rumah aku singgah ke pusat membeli belah berdekatan syarikat tempatku bekerja.

sedang aku asyik mencuci mata dengan barang-barang yang menjadi tayangan di setiap kedai, tiba-tiba aku nampak dia.

patutlah beberapa bulan kebelakangan ini dia berubah dan selalu sahaja mencari salah ku. rupa-rupanya di belakangku dia bermain drama pukul 7.00pm dengan orang lain.

kurang ajar dia!

patutlah hatiku beria untuk window shopping setelah habis waktu pejabat tadi.

yang niat asalnya hanya untuk berjalan-jalan di sebuah Mall di Sogo untuk mencuci mata dan menghilangkan tekanan kerja dan pelajaran.

ketika itu aku berseorangan meninjau-ninjau jika ada sebarang pameran atau promosi jualan yang menarik perhatianku.

ketika mataku sedang bergerak meninjau sekeliling tiba-tiba aku terpandang sosok tubuh yang sangat aku kenal sedang tersenyum dengan bahagia dengan seorang perempuan di sebuah butik tudung Ariani.

aku berjalan menghampiri bagi memastikan yang aku tak silap tengok.

'dasar Mail gemuk, muka pecah tembok macam kau ni pun main kayu tiga belakang aku, siap kau, siap!' marah ku di dalam hati sambil tangan ku sudah menghempap penumbuk menahan geram yang berbuku di hati.

aku berdiri di satu sudut yang agak tersembunyi dan aku dail nombor telefonnya.

talian bertaut tapi tidak diangkat. aku lihat dia sedang mematikan telefon bimbitnya saat itu.

apa lagi, ni buatkan aku makin naik hantu. perlahan-lahan aku hampiri sepasang merpati sejoli ini.

dan disaat ini aku benar-benar telah hilang sabar!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience