Bab 7

Romance Completed 7365

aku kini betul-betul berdiri dengan tepatnya di hadapan mata pasangan ini.

disaat itu Ismail terlihat sangat terkejut melihat diriku. dan wanita di sebelahnya boleh pula senyum dekat aku.

aku memandang dan meneliti wanita itu, berdahi licin dan boleh tahan. tapi yang aku pelik macam mana wanita cantik macam aku dan dia boleh pilih jantan haprak ni.

kalau aku sebab aku dah muak dengan lelaki kacak, akhirnya kena curang, tapi sebenarnya Mail tak lah teruk sangat berkulit putih, muka jawa dan sedikit gempal badannya. ini menyebabkan aku rasa dia boleh setia sebab package kurang handsome itu ada padanya.

tiba-tiba wanita itu menegur diriku.

"kami baru cari salesgirl, nak tanya design macam ni ada tak, yang ni tengah promosi sekarang kan ?" tanyanya padaku dengan sangat polos sekali sambil menunjukan paparan gambar tudung yang dimaksudkan.

what!!! Salesgirl, OMG!!! aku bukan main cun dengan berbaju kurung batik di hari khamis ini, dia call me SALESGIRL!!!

aku yang sedang berapi ketika tadi terus menukar strategi, aku melihat wanita di depanku ini agak baik, jadi tiada guna aku menyerang dia. targetku adalah Ismail bukan dia.

"seketika aku memandang wajah wanita itu dan membalas senyuman.

"maaf, saya bukan salesgirl kat sini cik." balasku aku dengan lembut.

aku katakan kepada dirinya aku bukan jurujual dan meminta dia bertanyakan di kaunter dan dia berkali-kali memohon maaf padaku di atas kecuaian yang menyangka aku adalah jurujual di situ.

katanya dia ingatkan aku jurujual yang ingin membantu pelanggan membuat pilihan sebab aku berdiri di hadapan mereka lagaknya seperti salesgirl yang sedang menunggu customer.

Ya! aku memang sedang menunggu, menunggu untuk menyerang pakwe curang ni.

dan aku memberikan isyarat mata kepada Ismail antara aku dan dia belum selesai!!!

"Maaf kalian ni suami isteri ke?" soal ku berpura-pura beramah mesra.

wanita itu tersenyum sambil matanya menatap Ismail. alahai so sweet sampai nak je aku tumbuk jantan keparat ni kat sini juga.

"Insyallah, dalam proses kenal." balasnya ramah

"dah lama ke kenal?" soalku lagi berlagak ramah

aku lihat peluh mula merecik di dahi jantannya, dalam hatiku berbisik ni baru serangan psikologi Ismail.

"4 bulan." jawab wanita itu jujur.

dan aku merasakan sangat panas sekarang ini, rupanya perubahan sikapnya selama ini ada buah baru. haprak punya jantan.

ku kawal riak wajah dan tersenyum pada wanita itu, masih banyak yang ingin ku siasat.

lalu aku meminta nombor telefon gadis itu untuk berkenalan lebih dekat dan dia tidak keberatan memberikannya.

"Cik tunggu sape?" soalnya pula kepadaku

"Oh, saya tadi baru habis jumpa boyfriend tengah curang, nanti saya bekas kan dia" jawabku bersahaja

dan kedua-dua mereka saling berpandangan yang seorang memahami maksud ku dan seorang lagi mengucap simpati padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience