Bab 30

Romance Completed 7629

Dear diari,

hari ni, aku berkenalan dengan seorang lelaki ni, kiranya aku dapat kawan baru. nampak macam orang baik-baik dan boleh tahan segak. tapi dia buat aku rasa sesuatu, seakan aku kembali ke masa silamku, matanya mengingatkan aku pada seseorang yang cuba aku lupakan. ya! dia dan HAIKAL seakan dua jasad tapi satu jiwa. aku terkeliru di saat aku berbicara dengannya aku melihat bayangan Haikal.

Dear diari,

setiap kali mata kami bertembung, aku seakan terpesona, tadi di hadapan lif aku seakan terpaku. senyumannya juga adalah seperti Haikal. semakin aku dekat dengannya semakin hatiku tertarik untuk mengingati Haikal tapi dia bukan Haikal diari, dia adalah Fatah.

dua orang yang berlainan, mungkin sahaja pelanduk dua serupa atau mungkin juga aku yang masih belum mampu membuang bayangan Haikal.

Dear diari,

Hatiku mungkin sahaja sunyikan? dan juga masih terluka dengan Aidil sehingga aku berharap seseorang seperti Haikal muncul kembali.

atau adakah aku yang masih terikat dengan masa silam setelah masa depan yang ku angankan bersama Aidil musnah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience