Bab 48

Romance Completed 7444

"siapa kau, apa yang kau nak buat dengan aku ni hah?" jerkah Ain kepada lelaki di hadapannya ini.

dilihat kaki dan tangannya telah diikat kemas dengan tali dan dia sedang diikat sambil didudukkan di atas kerusi.

"cantik kau ni kan, tak payah pakai make up, dan melawa pun dah lawa." ucap lelaki itu sambil ketawa dipandang olehnya lauk yang sudah terhidang di hadapan mata yang begitu menggiurkan selera jantannya.

"apa kau nak?" balas Ain dengan kasar

tiba-tiba ada seseorang sedang menghadiahkan tepukan. Ain dan lelaki botak itu menoleh ke arah yang memberi tepukan.

"Hai Ain sayang, macam mana rasa diikat macam ni." sambil menunjukkan ke arah ikatan tangan dan kakinya itu.

"baiklah memandangkan ini adalah hari terakhir kau, nak buat hajat terakhir?" soal wanita itu lagi sambil membuat memek muka kasihan.

"kenapa kau buat aku macam ni Dona, apa salah aku pada kau, bukan aku yang menjahati kau tapi kau yang selalu menjahati aku." ucap Ain dengan penuh berani.

pandangan mata mereka bertatapan. seketika tangan Dona telah memegang dan mencengkam muka ain dengan kuat. manakala sebelah tangannya lagi menarik tudung ain sehingga bergerak sedikit ke belakang.

" aku nak kau mati."ucap Dona penuh dendam

"kau tanya aku apa salah kau, salah kau adalah kau miliki cinta Haikal, sampai nak mati pun jantan tu hanya pilih kau bodoh." jerit Dona sambil mencengkam pipi Ain dengan lebih kuat lagi.

Ain mengaduh kesakitan, terasa ada luka menjalar sakit di pipinya akibat cengkaman kuku dona.

"Ain, aku benci kau, segalanya tentang kau aku benci. hanya satu sahaja yang mampu buatkan aku bahagia iaitu kematian dan derita kau." ucap Dona sambil tergelak jahat.

kemudian pipi ain ditampar kuat sehingga mengalir darah pekat bibirnya. sakit sungguh yang ia rasakan sekarang. tidak cukup dengan itu dia dipukul dan diterajang perutnya dengan kasut rumit 10 inci Dona.

setelah puas dirasakan dia mengerjakan Ain, kini dia memberi arahan untuk botak menjalankan dan menyudahkan kerja seterusnya.

lelaki itu tergelak jahat sambil membangunkan Ain yang terjatuh bersama kerusi ke lantai.

"jom sayang kita berseronok sebelum ajal, puaskan abang dulu ye." ucap lelaki itu penuh jijik.

Dona tergelak besar mendengar ucapan lelaki itu kepada Ain.

"botak kau buat je depan aku, aku nak tengok setiap kesengsaraan tu depan mata, baru hati aku makin puas." ucap Dona dengan kejam sambil duduk di sebuah kerusi kosong.

lelaki itu tergelak jahat diikuti ketawa Dona.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience