Bab 44

Romance Completed 7365

"Anis, aku nak kau bawa aku jumpa perempuan sundal tu." marah Laila ketika awal pagi lagi di tempat kerja

"lai, kau kenapa ni" soal Anis.

"aku tahu dia kawan kau, korang serumah kan, aku pernah nampak gambar perempuan tu masa teman kau balik rumah ambil barang. sekarang aku nak kau bawa aku jumpa dia." jelas laila dengan wajah penuh bengis

'Lai, aku rasa kau salah faham, Ain dia bukan macam yang kau sangka, she a nice girl." pujuk Anis yang cuba menyejukkan hati rakannya itu.

"aku tak kira, kalau kau sayangkan persahabatan ni go get her to me." balas Laila sebelum berlalu dari pantry.

di petang itu dengan penuh serba salah Anis terpaksa membawa laila untuk menemui Ain. dan dia sempat mengirim pesanan ringkas kepada tunangnya juga memaklumkan masalah tersebut.

setibanya di rumah, Ain tersenyum menyambut kepulangan Anis dan pelik kerana Anis tidak memaklumkan akan membawa teman.

dibelasahnya duduk namun wanita itu dengan angkuh memandang dirinya seraya berkata

"hey perempuan, aku akan pastikan hidup kau hancur jika kau cuba merampas suami aku." ucap laila dengan kuat serta memandang tajam ke arah ain.

Ain terpana.

"sabar Lai, anis dengan Aidil rakan kuliah je, kau yang salah faham." ucap Anis yang cuba menenangkan suasana.

"maafkan saya, anda isteri Aidil?" soal Anis kepada wanita yang dipanggil Lai itu.

wanita itu masih memandangnya seolah dia perampas ketika ini dengan pandangan yang sangat benci.

"puan dah salah faham, saya dengan suami puan cuma kawan baik sahaja, tidak lebih dan tidak pula berniat untuk merampas." jelas Ain

"sebelum puan menuduh saya sebagai perampas, apa bukti yang boleh puan beri ?" soal Ain lagi, dia tidak boleh membiarkan hal ini menjadi besar, perkara sebegini perlu bijak ditangani.

wanita itu mulai kematian kata dan seolah berfikir.

"puan tidak boleh datang dan menyerang saya membuta begini, saya rasa saya tidak selalu teks suami puan, tidak juga menelefon kecuali atas urusan kuliah kami sahaja." jelas Ain lagi.

"sebaiknya hal antara puan dan suami puan, diselesaikan secara elok antara kalian, saya mungkin penyebab daripada sangkaan puan, tetapi tidak pernah saya menggatal dengan suami puan, hubungan kami memang rapat tapi sebagai kawan, dari sebelum kalian berkahwin." terang Ain lagi

tiba-tiba salam diberikan oleh suara lelaki dari luar.

"Assalamualaikum semua," sapa Fatah bersama seorang lelaki yang sedang duduk si atas kerusi roda ketika ini.

"Haikal!" ucap ain terkejut

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience