Bab 40

Romance Completed 7365

di atas permintaan Fatah, Anis akhirnya bersetuju untuk tinggal dan menemani Ain sebagai housemate. bersusah payah dia memujuk umi dan abi untuk membenarkan dia tinggal di rumah kawan, dengan alasan ingin belajar hidup sendiri sementara menunggu bergelar isteri tidak lama lagi.

yelah dia anak tunggal perempuan pula, mestilah ditatang bagai minyak yang penuh. lagipun dia hanya berjauhan semasa mengikuti pengajian kejururawatan 3 tahun sahaja di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kempas(Johor) dan selepas itu dapat posting kerja juga di Kuala Lumpur. mana nak berjauhan dengan umi, abinya.

teringat perbualannya bersama Fatah beberapa hari lalu.

"biy, Aidil dengan Ain to something ke, you tahu kan Aidil tu sape?" soal Anis kepada tunangnya itu

"mereka kawan je sayang, kan you dengan Aidil cakap dia singgah untuk pulangkan pendrive Ain je." jawab Fatah acuh tak acuh.

"tapi I rasa lain biy, pandangan diorang tu macam pandangan I and you." ucap Anis lagi.

Fatah tahu dia tidak akan mampu menyembunyikan sebarang rahsia dari kuasa firasat yang luar biasa tunangnya ini.

perlahan-lahan kereta yang dipandu meluncur ke bahu jalan dan berhenti.

"kenapa biy, kereta rosak ke?" soal Anis polos
Fatah mengharukan kepala yang tidak gatal serta menggelengkan kepala.

'ada juga masa biol dia.' bisik dan gelak Fatah di dalam hati.

"habis kenapa you berhenti?" soalnya lagi.

"I nak explain tapi just dengar sampai i habis story, janji." balas Fatah sambil menyuruh Anis mengangkat ikrar janji.

Anis hanya mengiakan tanda bersetuju.

"sebenarnya mereka punya perasaan antara satu sama lain.cinta dalam diam. semua ni I tahu sebab I curi-curi baca diari Ain masa i jumpa kat cybercafe dulu.

"you ingat tak I pernah cakap yang Ain sekarang ada seseorang dan I kena usaha untuk jauhkan mereka."

Anis khusyuk mendengar dan menganggukkan kepala apabila ditanya oleh Fatah.

"maksud you someone tu Aidil." Anis menjawab dan dengan tepat.

"Ya Allah, tu husband BFF I biy." ucap Anis dengan nada terkejut.

fikirannya teringat kembali akan luahan Laila dahulu, betullah orang cakap naluri seorang isteri itu kuat.

"I tahu, dari awal I tahu sebab I pernah jumpa Aidil masa ambil you balik kerja dan I nampak dia dengan Laila" terang Fatah secara tenang

"maksud you kisah cinta diorang ni cinta terlarang, diorang bercinta diam-diam." duga Anis lagi

"Tak, diorang tak bercinta dan hubungan tu hanya terbatas persahabatan je." terang Fatah

"tak bercinta, tapi you cakap tadi cinta dalam diam." soal Anis yang sedikit keliru dengan semua yang didengarkan

"mereka saling mencintai tapi tak meluahkan, Anis pun tak pasti Aidil cintakan dia atau tak, tapi I sebagai lelaki I tahu pandangan seorang lelaki untuk orang yang dia cinta." terang Fatah lagi.

Ain, Anis, dua wanita kesayanganku, akan aku lindungi mereka Kerana aku adalah takdir pelindung mereka' bisik hati Fatah sambil memandang wajah wanita kesayangannya itu yang masih berfikir dengan apa yang dijelaskan sebentar tadi.

"sayang dah, jangan fikir banyak sangat, Ain bukan perempuan yang suka rampas hak orang, I tahu dan kenal dia dari dia dengan Haikal, cuma dia yang tak kenal I." ucap Fatah lagi.

lalu kereta mulai bergerak meninggalkan bahu jalan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience