Bab 31

Romance Completed 7365

panas betul hatinya di saat ini apabila melihat Ain dan Fatah yang semakin hari semakin akrab.

sungguh dia cemburu, tapi apa pun dia hanya mampu menahan rasa itu kerana dia tahu dia tiada hak ke atas gadis itu.

"abang dah balik." tanya isterinya Laila.

dia hanya mendiamkan diri dan tiada perasaan untuk menjawap pertanyaan isterinya ketika ini. yang dirasakan penat dan kusut fikirannya.

ingin sahaja dia menggoda wanita itu untuk tunduk pada cintanya, namun dia tahu Ain seorang wanita yang kelihatan lemah lembut tetapi berhati tegar, prinsipnya adalah tidak akan pernah jadi perampas.

tiba-tiba timbul rasa amarah dan benci dalam dirinya terhadap perkahwinan ini.

terdetik di hatinya jika dia masih bujang akan dia takluki wanita itu.

Laila melihat suaminya seakan ke keletihan.

laju sahaja kaki Laila melangkah ke dapur, tidak beberapa lama kemudian dia keluar dengan segelas jus dan diberikan kepada suaminya.

Aidil memandang jus tersebut dan segera menegurnya bagi menghilangkan kemarahan dan cemburu di dada.

sungguh dia benci apabila Ain didekati atau rapat dengan lelaki lain, serasa belum bersedia untuk dia melepaskan gadis itu. Ain dia hampir gila sebentar tadi angkara gadis itu.

Laila hanya memerhatikan setiap gerak geri sang suami dan hanya mampu memendam rasa. naluri wanita dan seorang isteri dapat merasakan ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh lelaki ini.

'Curang' tiba-tiba hatinya terdetik yang suaminya sedang berlaku curang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience