Bab 13

Romance Completed 7365

" Ain okay tak?" soal Alia teman sekerjaku

aku menggelengkan kepala. sungguh aku sangat lemah sekarang sejak Aidil berkahwin sudah dua minggu aku betul-betul demam.

"ambil MC dear kalau tak larat, jangan paksa diri." ucap alia lagi.

"minggu lepas dah banyak MC lia, kalau ambil lagi bising bos." balasku padanya

" Ain, jangan macam ni, lia tak nak tengok Ain macam ni, lia nak Ain yang aktif, happy, talkative, bukan Ain yang sekarang." balasnya pula padaku.

"Lia, Ain rindu dia." ucapku melirih

sememangnya lia tahu tentang masalah yang dihadapi oleh diriku, dia bukan sahaja rakan sekerja malah dia juga pendengar setia setiap curahan dan cerita ku.

"Lia tahu, tapi apa yang Ain dapat dengan bersikap macam ni, Ain makin tak terurus lia tengok, wake up Ain, wake up!" marah lia padaku.

"esok Ain ikut lia, Ain ni perlu berubat banyak ni." marahnya lagi sebelum berlalu menuju ke meja kerjanya.

aku hanya mampu memandang lesu langkah kaki lia meninggalkan aku dengan kemarahan yang pertama kali kulihat angkara diriku.

LOSER!!!

itulah kata yang menggambarkan diriku yang sekarang

"Ain, report apa yang awak hantar ni, banyak error, apa kena dengan awak ni?" marahnya Mr Tan padaku.

entah sedari bila dia berdiri dan menghempaskan fail laporan itu ke ke mejaku juga tidak aku sedari.

"Ain, what wrong with you hah! i tengok pun serabut, kerja pun performance teruk, why,why!" marahnya lagi padaku

"maafkan saya bos" balasku hanya dengan tiga patah perkataan.

dia kemudian mengeluh dengan diriku, sebelum berlalu pergi dia menyuruhku membetulkan dan menyiapkan laporan tersebut hari ini juga.

dengan penuh lesu aku mencapai file tersebut.

"Ain, jom ke pantry jap." pelawa lia sambil menarik tanganku untuk mengikutinya.

dan aku hanya membiarkan pandangan mata yang lain dan mengikuti langkah lia menuju ke pantry.

sesampai di pantry lia mendudukkan diriku di satu sudut meja sambil tangannya lincah membancuh dua gelas kopi.

"minum" pelawanya bersama secawan kopi hangat di hadapanku

aku dengan lemahnya menghirup aroma kopi tersebut dan tiba-tiba aku tersedar ini kopi dan aku tak minum kopi.

"lia, apa ni. Ain tak minum kopi." ucapku setelah akal warasku berhubung kembali, dan lia dia hanya tergelak melihat eksperesiku saat ini .

"akhirnya sedar pun Ain, dah lupakan dia. Ain perlu hargai diri dan hidup Ain sendiri. jangan macam ni. Allah kan ada." pujuk lia dengan lembut padaku sambil tangannya mengusap lembut belakangku.

aku memandangnya dengan penuh terharu lalu kami berpelukan.

"lia, kenapa ain rasa sakit sangat macam nak mati, putus dengan Ismail dulu Ain tak selemah ni, tapi dengan Aidil, Ain jadi lemah sangat." ucapku.

"lia tahu tu sayang, tapi Ain tak boleh macam ni. stay strong sayang." pujuk lia lagi.

"tahu kenapa lia bancuh kopi sebab hidup kita ni macam kopi Ain, pahit tapi kalau kita mampu telan dan menikmatinya kita akan tahu erti ketenangan, macam tu juga dengan hidup." ucap lia padaku

bahuku ditepuk-tepuk tanda dia ingin aku terus kuat dan termotivasi. dia tidak lagi marah-marah padaku seperti tadi malahan bersikap lembut. sememangnya aku bersyukur memiliki rakan sekerja yang baik dan prihatin sepertinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience