Bab 46

Romance Completed 7365

sementara di rumah Aidil

"awak dah kenapa pergi serang Ain, malu saya tahu tak malu!" marah Aidil kepada si isteri

"awak dah puas hatilah sekarang?" marah Aidil lagi

"saya minta maaf, saya tahu saya yang salah, tapi semua yang saya buat ni hanya untuk lindungi keluarga kecil kita." ucap wanita itu dengan nada perlahan dan lembut seakan cuba memujuk lelaki di sisinya itu.

sungguh Aidil malu dengan sikap isterinya petang tadi, tapi semuanya salahnya juga dalam persahabatan ini dia tersilap langkah mencintai dan jatuh cinta kepada sahabatnya itu.

tapi dia juga tak minta, hati lelakinya yang memilih untuk mencintai wanita bernama Ain itu sendiri, jika boleh memilih mana mungkin dia pilih seseorang yang tak mampu digapai sudah pasti dia akan memilih Laila yang sudah pasti disisi.

jika dia belum terikat sudah pasti akan dimenanginya cinta gadis itu. namun apakan daya wanita bernama Laila ini sungguh licik menjerutnya sehingga dalam terpaksa dia terperangkap dalam ikatan perkahwinan ini sedangkan dia juga sudah berada di posisi yang hampir berjaya menyatukan dua hati.

perlahan-lahan keluhan dilepaskan. berat, ya dadanya terasa berat dan siksa apabila mengetahui tentang kisah dan hubungan Ain,haikal,Fatah dan Anis.

"awak saya janji lepas ni saya tak syak atau curiga dekat awak lagi, lagipun tak mungkin juga awak akan bersama Ain sebab dia milik haikal." ucap laila . sengaja perkataan MILIK HAIKAL ditekankan disitu.

kata-kata Laila itu bagaikan belati yang menghiris perasaannya.

dan untuk Laila pula dia puas, akhirnya hatinya mampu tersenyum kelegaan kerana selepas ini tiada lagi kecurigaannya pada wanita bernama Ain.

diusap lembut perutnya yang semakin bulat dan membesar kini.

'sayang jangan risau, mama tak akan pernah biarkan papa tinggalkan kita.' bisik hati Laila sambil memberikan senyuman yang sukar ditafsirkan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience