Bab 26

Romance Completed 7444

"Encik Haikal?" tegur seorang jururawat yang akan menjalankan rawatan physioterapy di hospital Cheras Reheb ini.

Haikal sememangnya selalu termenung semenjak hari pertama dia mengenali pesakitnya itu belum pernah dia melihat lelaki itu menggariskan secalit senyuman, yang dia tahu dan kenal pesakitnya itu seakan berada di dunianya sendiri.

'dia bukan kehilangan keupayaan sahaja tetapi kehilangan jiwa juga, bagaimana hendak pulih jika dia tidak mengatasi konflik diri sendiri dengan baik.' keluh jururawat yang bernam Anis itu.

"Encik Haikal?" sekali lagi dia menyapa lembut pesakitnya itu, masih juga tiada respon.

perlahan-lahan bahu jejaka itu disentuh lembut.

Haikal tersentak dan menoleh ke arah tanya. yang menyentuhnya tadi.

"maaf, rawatan dah nak mula ke?" soalnya dengan nada suara dungu

Anis tersenyum seraya mengangguk, disorong kerusi roda lelaki itu menuju ke bilik rawatan.

"Maafkan saya jururawat yang cantik lambat pula hari ni pick up adik." usik Fatah yang baru muncul setelah satu jam rawatan habis.sambil sempat dia mengeyetkan mata pada gadis itu yang merangkap tunangnya.

Anis hanya tersenyum dan menggelengkan kepala melihat kenakalan si tunang pujaan. dia menoleh ke arah Haikal dan memberi isyarat untuk bercakap dengan Fatah di sudut yang jauh daripada bakal adik iparnya itu.

"Haikal tunggu dekat sini sekejap ye." ucap Fatah kepada adiknya itu.

Haikal hanya mengangguk dan dia kini ditemani oleh jururawat lain menggantikan tugas bakal kakak iparnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience