Bab 24

Romance Completed 7365

"Ain" jerit Haikal terkejut sehingga bangun dari tidur.

dia terus beristighfar di dalam hati bagi menenangkan emosi yang terkesan teruk akibat dari mimpi yang baru dialaminya.

tanpa sedar air mata mengalir di pipi jantannya. rindu yang sekian lama terpendam begitu kuat mencengkam di segenap sanubarinya saban hari dan waktu.

"Ain, saya rindu awak." ucapnya bersama airmata yang makin deras mengalir sehingga dia tersedu-sedu menahan tangisan.

"Ya Allah, yang maha menjaga, maha pelindung pemilik dan penguasa penuh kerajaan langit, bumi dan segenap alam yang nyata mahupun ghaib, Ya Allah kau lindungilah Ain dimana sahaja dia berada, usirlah segala malapetaka daripada menimpa dirinya.'" doa Haikal setelah tangisannya mulai reda.

dia tahu dia bukan lelaki yang sempurna lagi, dia sudah tidak layak untuk memiliki gadis itu, dia sudah cacat, lumpuh.

ingin sahaja dia nyatakan kebenaran sebenar mengapa gadis itu ditinggalkan di suatu ketika dahulu, namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur.

biarlah jika dengan dibenci boleh membahagiakan gadis itu dia rela asalkan gadis itu kelak tidak menangis dan menderita kelak apabila bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience