Bab 54

Romance Completed 7365

"Finally kita graduate" sorokan gembira rakan-rakanku di hari graduasi ini.

sungguh tak sangka perjalanan PJJ ini memberikan rencah dan rasa yang sebati. dimana ada persahabatan, cinta, pengorbanan dan keikhlasan. semuanya akan tersimpul utuh hingga mati.

Ain turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Dona, dia dijumpa mati dalam keadaan yang sangat mengaibkan.

menurut polis Dona dan Botak bergaduh kerana Dona enggang memberikan wang upahnya apabila dia tidak berjaya membunuh Ain.

berlaku pertengkaran sehingga botak menjadi marah dan mengambil tindakan menyiksa Dona dengan sangat kejam, dimana dona dirogol dengan seksaan yang teruk, kemaluannya juga dibakar selepas dirogol. wajah Dona ditoreh-toreh dan badannya dikelar-kelar.

Ya Allah sungguh ngeri kematiannya. dan botak pula dijatuhi hukuman mati di atas segala kejahatannya.

'Moga Allah ampuni dosa kau Dona, aku dah maafkan segala dosa kau pada aku sepenuhnya bisik hati Ain.

"sayang termenung apa lagi tu, ibu mengandung kena selalu ceria, dah sayang pergi masuk line dulu, kan keutamaan konvo juga diberikan kepada mak buyung." ucap haikal sambil memeluk bahu si isterinya.

Ain membalas pelukan suaminya itu seraya membuat gaya memberi tabik penghormatan.

"Ayaaa..captain." ucap Ain sambil ketawa.

siapa sangka ikatan jodoh di antara mereka begitu kuat, bersatu , berpisah dan bersatu kembali dan berpisah lagi dan akhirnya kini bersatu dalam ikatan mikraj cinta atas ikan dan kabul sebagai suami isteri.

setelah selesai majlis penerimaan segulung ijazah yang ditunggu-tunggu selama 5 tahun akhirnya mereka bergelar pemegang ijazah.

terima kasih Allah.

"Ain jom bergambar" ajak kak mai sambil menarik tanganku menuruti langkahnya bergambar bersama kami berenam.

1,2,3...click!

"sesi pasangan sekali masuk jom" ajak abang Dan

1,2,3...Click!

"yeah, akhirnya, kita semua dah konvo." jerit kami semua sambil melompat membaling topi ke udara.

dan sekali lagi moment itu dirakam di rakaman digital dan dirakam juga di memori.

terima kasih semua yang telah setia menemani perjalanan Ain sebagai seorang pelajar dalam menggapai segulung ijazah ini. moga Allah kekalkan persahabatan kita hingga akhirat.

untuk Aidil biarlah cinta ini menjadi memori dan rahsia antara dua hati pada sang pencipta. moga kita ikhlas dan berbahagia menikmati kerukunan bersama pasangan masing-masing.

cinta kita biarlah cinta dalam diam dan Allah sahajalah pemegang kunci rahsia dua hati ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience