Bab 8

Romance Completed 7365

sudah dua minggu Ismail tidak pernah berhenti menelefon dan mengirimkan pesanan ringkas.

memohon dan terus memohon agar diberi peluang dan ruang untuk sebuah penjelasan.

dan aku, aku sudah penat dengan penipuan dan kecurangan. dulu masa zaman sekolah aku pernah jatuh cinta pun kena kes sama juga.

dan kenangan lalu itu dah sangat menyakitkan, untuk kali ni aku tak nak terlebih sayang atau berharap sangat dalam hubungan yang masih di permukaan muara lagi.

malangnya nasibku dalam percintaan kan. sodih!!!

orang tua-tua selalu berpesan, jangan tengok keburukan orang, tengok dan ingat kebaikan mereka dan ingat keburukan sendiri.

dalam minggu-minggu yang berlalu ni, tu yang cuba aku buat. lebih kepada muhasabah diri. dan aku dah datang dengan sebuah kata putus iaitu aku nak akhir kan hubungan ni!

sedang aku menimbang tara keputusan sudah kedengaran seekor beruk sedang meraung-ruang mengganggu ketenangan penghuni taman perumahan Harmoni ini.

"sayang...sayang..."terdengar suara laungan seseorang dari luar rumahku.

aku intai di sebalik tingkap bilik ku dan melihat Ismail sedang buat kerja gila menjerit-jerit dari luar rumahku.

untuk menjaga ketenteraman kawasan kejiranan ini agar kekal harmoni, aku terpaksa juga keluar dan menghadap mukanya yang dah aku muntah hijaukan dia.

"sayang...sayang..."panggilnya apabila melihat diriku sudah mulai menghampiri dia yang sedang gila ni.

"awak nak apa, malam-malam terjerit-jerit depan rumah anak dara orang ni, dah gila ke!" hemburan marah yang telah disimpan beberapa minggu ini akhirnya terluah juga.

"sayang, i'm so sorry, abang tahu abang salah, tapi dia tak lebih dari tempat abang hilangkan bosan je." balasnya dengan penuh kebodohan.

aku yang mendengar jawapannya itu pula yang lagi menyirap darah sampai ke kepala. apa dia fikir hati dan perasaan seorang perempuan itu sebuah mainan.

dan aku merenung diriku kembali, bagaimana aku boleh terima dia sebagai pakwe aku pun tak tahu.

aku memberikan pandangan meluat kepada dirinya.

"awak dengar sini, saya dah buat keputusan, awak jangan ingat boleh main-main dengan saya." aku berhenti seketika sebelum menyambung bicara.

"saya pernah cakap dekat awak dulu sebelum kita couple bila salah seorang curang, hubungan ni dah tak akan ada peluang lagi, ingat?" soalku padanya.

dia menganggukkan kepala setelah beberapa detik terlihat seperti berfikir dan seakan mengerti maksud yang ingin ku sampaikan nanti.

"Ismail, awak seorang lelaki yang berkejaya baik, bijak saya harap awak tak akan ganggu saya lagi selepas ni, jangan dekati atau cuba dekati saya walau seinci pun. dan wanita tu nampak macam orang baik-baik, hargai dia dan jangan buat kesilapan yang sama lagi." ucapkan yang terakhir buat dirinya.

"tolonglah bagi saya peluang sekali lagi, ni kesalahan pertama saya kat awak kan." balasnya yang masih cuba berdiplomasi denganku.

"awak silap, silap menilai kelembutan saya Ismail, sekali salah tu pun dah cukup untuk hilangkan kepercayaan yang dibina terhadap awak." balas aku pula.

"cuba tanya hati awak betul-betul, adakah saya wanita yang awak nak dan cinta. saya dah fikir semua ni, selama ni kita hanya berhubungan disebabkan kesefahaman. dan sekarang bila titik kesefahaman tu dah hilang, awak menggantikan saya dengan yang lain." balasku dengan nada melirih.

"tolong Ismail, tolong jangan seksa hati saya dan juga hati awak, lepaskan semua ni." sambungku.

"lagi satu kekacakan sebenar dari hati bukan rupa paras atau duit dan nilai sebenar perhubungan terletak pada kesetiaan dan kepercayaan." ucapku lagi.

dia terlihat sangat terkesan dengan kata-kataku dan hanya berdiam diri.

tanpa membuang masa aku bergerak untuk masuk ke dalam rumah tiba-tiba dia bersuara.

"maafkan saya Ain." ucapanya dengan nada penuh sesalan.

dan aku yang telah membelakangi dirinya hanya menganggukkan kepala dan terus berlalu meninggalkan dia sendiri.

aku nak tidur dah, mengantuk,malas layan dan sentimental lebih. tidur mampu ubati luka. huhuuuu...sodih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience