Bab 38

Romance Completed 7365

pagi ni bila Ain bangun dari tidur dia melihat ada ayam mati di hadapan rumahnya, ayam yang masih segar berbulu dan berdarah. niatnya untuk keluar jogging dimatikan. ini semua sangat menggelikan dan dia sememangnya geli dengan darah.

"abang, datang sini bang." ucap Ain setelah panggilannya bertaut.

sepanjang menunggu ketibaan lelaki itu dia hanya berkurung di dalam bilik.

beberapa saat kemudian lelaki itu menghubunginya setelah berada di hadapan pintu rumahnya.

Ain segera keluar, Fatah yang melihat keadaan itu juga terkejut dan beristighfar panjang.

"bila lagi ni?" soal Anis yang sedang berdiri di sisi Fatah

"Ain tak tahu, Ain bangun pagi ni buka pintu benda ni dah ada." terang Ain

"ada apa-apa nota tak?" soal Fatah

tiba-tiba perbualan mereka terganggu apabila melihat Aidil yang baru sahaja tiba di situ.

"Aidil" seru Anis yang memandang suami rakan baiknya itu.

Aidil yang baru menongkat motornya juga terkejut melihat Anis disitu, dia juga tidak menyangka Ain dan Anis saling mengenali.

Fatah yang seakan faham segera mengalihkan perhatian dengan mengajak Aidil membersihkan. kotoran bangkai ayam tersebut. dengan penuh terkejut dan keliru langkah Fatah dituruti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience