Bab 50

Romance Completed 7365

"Alhamdulillah, Ain selamat sayang." ucap puan Laily ibu kepada Haikal dan Fatah.

Ain melihat ke arah sekeliling dan dirinya yang sedang berbaring di katil hospital ketika ini.

dia teringat kembali bagaimana dia berjaya meloloskan diri, walaupun diancam dengan tembakan bertalu-talu tapi dia tidak mengalah kerana tekadnya tika itu harus berjuang sebelum kalah menang hingga ke titisan darah.

tembakan itu sempat mengena di bahu kirinya secara tipis tapi itu tidak mematahkan semangatnya, dia adalah semangat Sumayyah akhir zaman.

ketika dia memukul Dona dia sempat mengambil kunci kereta wanita itu dan itu sememangnya nasib baiknya kerana Allah sentiasa menolong orang-orang yang benar. dengan kereta itulah dia memandu laju dalam kesakitan meninggalkan perkarangan. markas gudang lama tempat tragedi itu menimpa dirinya.

Ain baru teringat yang seingatnya dia terlalu lemah dan berhenti di bahu jalan kerana kehilangan banyak darah, bagaimana dan siapa yang telah menyelamatkan dirinya kemudian?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience