Bab 34

Romance Completed 7444

Laila rasakan badannya sungguh penat hari ini, untuk bekerja serasa tidak larat juga, mual, pening semua terasa menyesakkan dan letih. dia mengeluh perlahan.

sudah hampir 7 bulan perkahwinannya bersama Aidil. lelaki itu memang baik dan bertanggungjawab namun dia masih juga merasakan yang dia hanya berkahwin dengan jasad tapi bukan hati Adil.

sekali lagi keluhan berat dilepaskan.

Anis yang dari tadi memerhatikan gerak dan keluhan demi keluhan daripada sahabatnya itu kemudian menghampiri.

"Lai, kau kenapa ni?" soalnya penuh prihatin.

dia memandang Anis, hendak diluah namun terasa berat, dia takut jika itu hanya andaian perasaannya sahaja.

"Lai, kalau kau ada masalah kau boleh share dengan aku, kita bukan rakan sekerja je, kita dah lama berkawan lai." pujuk Anis lagi.

"aku....aku, ah!" Laila teragak-agak, ditarik nafasnya dalam-dalam dan dia pandang wajah sahabatnya itu.

"Aku syak Aidil curang". terang Laila

"Astafirullahhalazim... Lai, mengucap jangan ikutkan sangat syak wasangka itu angkara syaitan.istigfar lai." nasihat Anis kepada sahabatnya itu.

baginya mungkin kerana faktor berbadan dua menyebabkan rakannya itu berfikir demikian, tapi dalam hatinya juga risau jika apa yang difikirkan oleh Laila itu benar-benar terjadi.

'ah, sekarang bukan masa untuk aku cucuk jarum, aku kena tenangkan sahabat aku ni." bisik Anis pada hati kecilnya dalam masa yang sama dia berdoa semoga Fatah hanya mencintai dia untuk selamanya dan suami laila tidak seperti yang difikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience