Bab 52

Romance Completed 7365

dihospital Ain tidak habis, habis dikunjungi para pelawat yang terdiri daripada rakan sekerja, rakan kuliah dan juga polis. setiap hari dia akan disoalsiasat tentang kes ini bagi mereka mengumpul bukti dan memberkas Dona dan botak.

menurut mereka bukti juga telah cukup untuk mendakwa Dona di atas tuduhan langgar lari terhadap Haikal dua tahun lalu. dan untuk botak atau nama sebenarnya adalah Abu Jahal telah lama menjadi buruan kerana kes pembunuhan bersiri, rogol dan pedophilia.

"awak kena sembuh Haikal, saya tak nak awak terus duduk atas kerusi roda ni je, awak kena jadi pelindung saya untuk selamanya." ucap Ain kepada Haikal ketika mereka berdua sahaja di dalam bilik hospital.

Haikal yang duduk di kerusi roda itu memandang Ain bagi mencuba mentafsirkan maksud wanita di hadapannya ini.

'adakah Ain ingin bersama diriku lagi.' bisiknya di dalam hati.

Ain hanya memandang Haikal yang seakan termenung itu dia takut jika kata-katanya tadi menyebabkan haikal salah sangka yang dia sedang melemahkan lelaki itu, sedangkan niat nya adalah sebaliknya.

"Haikal saya sanggup terima awak walau apa sekalipun keadaan awak, tapi saya lagi bahagia jika awak kembali sihat macam dulu. saya nak nanti bila kita dah kahwin anak-anak kita ada abah yang kuat dan sihat untuk lindungi keluarga kecil kita." ucap Ain lagi sambil menghadiahkan senyuman paling manis untuk lelaki pertama yang pernah bertakhta di hatinya dahulu dan mungkin kini. perlahan-lahan bayangan wajah Aidil tersingkir dari hatinya.

Haikal tersenyum mendengar perkataan dan ucapan tulus daripada hati seorang Ain, dan dia juga terasa lucu apabila Ain menyebut perkataan 'abah' dia terimbau kembali bagaimana dia dan Ain pernah bertekak untuk panggilan bakal anak-anak mereka nanti.

"awak, nanti dah ada anak awak nak diorang panggil awak apa." soal haikal di suatu petang semasa perkahwinan kakak sulung Ain.

Ain merah, merah pipinya bak nak cendol. heheee...

malu apabila masih sekolah ditanya tentang anak-anak pula.

"kalau saya nak diorang panggil ABAH." tutur haikal

"euuu...klasiknya awak, tak nak saya pun panggil baba dekat ayah saya, kita panggil daddy sebab kita ni dah zaman moden, abah tu macam atuk-atuk dulu." ucap ain yang tadinya malu-malu kucing gitu.

Ain yang kehairanan melihat haikal tersenyum sungging menepuk bahu lelaki itu dengan bantal.

"awak dah kenapa senyum sorang-sorang." tanya Ain geram.

Haikal tersenyum melihat rajuk wanita itu, sudah lama dia rindukan saat seperti ini datang kembali dan Alhamdulillah Allah itu maha baik.

"awak tunggu saya sembuh nanti kita akan bina keluarga kecil kita." ucap Haikal bersungguh-sungguh.

perlakuan mereka itu dilihat oleh sepasang mata yang baru hadir ke bilik itu untuk melawat pesakit.

sepasang mata menyenangi scenario tersebut sementelah sepasang mata lagi berbulu dengan bulu kecemburuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience