Bab 43

Romance Completed 7365

"Botak, aku nak kau musnahkan dia malam ni." ucap wanita itu di dalam talian.

setelah mendapat arahan lelaki yang bernama botak itu sangat bersemangat untuk menjalankan misinya, dia sudah terbiasa dengan kerja ini sejak zaman muda lagi, memperkosa dan membunuh itu sudah biasa dan sebati dengan hidupnya.

terbayang akan kenikmatan meratah tubuh gadis itu, terbayang suara meminta tolong, merayu dan airmata adalah bahagian dari kesukaannya. terasa dia bagaikan malaikat maut, yang sangat ditakuti saat kematian seseorang itu menjelma.

"kau budak baik, tapi sayang sebaik-baik kau ada musuh berhati syaitan." monolognya sendiri.

dia melihat ke arah jam, dia sudah mengikuti gadis itu hampir sebulan lebih, segala gerak geri dan aktiviti dia sudah tahu.

gadis yang bernama Ain itu akan tepat berdiri di kaki lima pada setiap hari bekerja bersama sebungkus makanan kucing dan minuman untuk diberikan kepada kucing-kucing jalanan.

di hari minggu dia akan ada kelas hanya sekali sebulan, masa hari minggu yang lain tepat jam 7.30 am dia akan keluar berjogging di kawasan sekitar taman. dan di waktu asar hingga isyak dia akan berada di masjid untuk kelas mengaji Al-Quran dan solat berjemaah.

dia juga tahu kebiasaan gadis itu akan ditemani oleh jiran sebelah rumahnya.

dia tersenyum licik kerana kini tiada alasan untuk dia tidak berjaya dalam misinya itu kerana semuanya telah ada di dalam kocek seluarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience