Bab 42

Romance Completed 7365

"siapa Ain, apa hubungan awak dengan dia." bentak Laila yang sudah mulai menggunung api kemarahannya saat ini.

"apa awak ni, sabar dan cuba slow-slow cakap." jawab Aidil dengan nada perlahan

semua mata di balai polis itu memandang mereka. Aidil yang malu dengan tindakan isterinya yang tiba-tiba datang menyerang di tempat kerja menarik tangan si isteri.

"awak masuk, saya suruh masuk sekarang." marah Aidil pula

Laila yang terkejut kerana inilah buat pertama kalinya dalam hidup lelaki yang bergelar suami itu meninggikan suara.

secara spontan badannya laju masuk de dalam perut kereta itu.

setibanya mereka di rumah, walaupun dalam marah Aidil tidak akan masuk rumah tanpa salam surah al-ikhlas dan ayatullah kursi.

Aidil menarik tangan lailatul untuk duduk di kerusi.

"awak kalau saya ada salah sekalipun, tolong jangan jatuhkan air muka saya di tempat kerja saya, tak boleh ke awak tunggu saya balik dulu nak mengamuk sekalipun, bukan dalam office Balai polis serang saya." ucap Aidil yang masih mampu menahan sabar.

"siapa Ain,." laila masih bersuara lantang mencerlung matanya memandang suami di hadapan.

sebuah foto dikeluarkan dari beg galasnya.

"apa semua ni." sambil menunjukkan ke arah gambar tersebut

Aidil memandang gambar kenangan pertama ketika dia dan Ain di MCd, ketika sebelum dia bergelar seorang suami.

dia mengeluh dalam masa yang sama terdetik rasa rindu akan semua kenangan lalu bersama dia dan Ain.

"awak saya tanya ni, siapa dia dalam hidup awak?" soalnya dengan suara makin meninggi apabila melihat sang suami begitu asyik menatap gambar tersebut.

"Laila tu gambar lama, kami cuma kawan." balas Aidil yang sudah penat dengan kecemburuan si isteri.

"kawan, tapi kenapa belakang gambar awak tulis caption 'let's this love vibrate and touch our heart.' apa awak nak jelaskan sekarang." soal Laila seakan mengambil alih tugas sang suami dalam siasatan jenayah.

Aidil mengeluh seraya mengambil gambar di gengaman tangan sang isteri dan berlalu meninggalkan sendirian di ruang tamu.

dia tidak ingin bertekak sekarang ini, biarlah kedua-dua pihak bertenang dahulu baru kes dapat diselesaikan secara baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience