Bab 3

Romance Completed 7365

wah... tak sangka ini adalah perjumpaan kali kedua untuk kelas ku. dan aku sangat bahagia mengisi hari mingguku dengan kelas.

ya, memang sedikit penat, tapi setiap usaha itukan perlukan pengorbanan.

semenjak aku sambung belajar sebagai student PJJ masaku juga mulai berkurang buat kekasihku Ismail.

tapi syukur dia memahami ku dengan baik sekali dan ini membuatkan aku yakin dan selesa dengannya. dan dia juga seorang yang sentiasa menyokong diriku.

sepanjang kami bersama selama satu tahun ini belum pernah sekalipun kami bergaduh. tidak pernah.

"jauh termenung Ain." sapa abang Kamil, iaitu ahli kumpulan yang baru join venture bersama aku dan kak mai.

aku yang sememangnya tersedar membalas sapaanya dengan senyuman.

"anak dara kalau termenung begini mesti fikir pakwe." balas kak mai sambil ketawa mengekek.

''aik,pandai je." balasku

sebelum mereka menambah perasa untuk membahamku dengan lebih lagi, tiba-tiba kerusi di sebelah abang Kamil ditarik oleh seseorang. aku terus mengalihkan pandangan ke arah sosok tubuh yang belum dikenali itu.

"Assalamualaikum semua, sapanya dengan senyuman yang cukup manis sekali terukir dibibir.

"ni Aidil, kawan group kita yang tak datang masa perjumpaan tempoh hari." jawab abang kamil yang seakan mengerti persoalan yang sedang bermain di benak fikiran kami ketika ini.

"hai." balas kak mai, dan aku hanya membalas sapaan dengan sebuah senyuman tipis sahaja, aku tidak begitu berminat untuk berkenalan lebih dekat dengan ahli baru kami ini. tumpuanku lebih kepada lelaki yang bernama Danial ini.

mataku beralih pula kepada lelaki yang bernama Danial ini. dia sememangnya sepanjang dua kali perjumpaan. belum sepatah kata yang didengari dari bibirnya. uhhh...ada jongkong emas kali ye.

'bagaimana nanti aku akan bekerjasama dengan mamat ni ye nanti, macam susah je. tak macam abang kamil kenal-kenal terus ngam, tapi dia ni macam tak nak kawan je dengan aku, senyum pun tak, mata tu asyik pandang bawah je. apa lantai tu lagi cantik dari muka aku ke. marah Ain di dalam hati kepada lelaki itu.

tak tahu kenapa sikapnya itu sangat menjengkelkan padaku. berlagak, itulah desis hatiku padanya, kalau bukan kerana abang kamil tak mungkin aku memilih untuk satu kumpulan dengan lelaki seakan bisu ini.

tiba-tiba matanya memandang kepadaku.

gulp...aku menelan air liur

'dia tahu ke aku tengah sumpah secukup rasa cucur adabi dekat dalam hati pasal dia.' soal Ain pada hatinya

sepantas kilat Ain berpusing dan menoleh ke arah lain.takut kantoi...heheee...

'dan lelaki yang bernama Aidil ini,nampak lebih muda daripada lingkungan sahabatnya yang lain. lebih kurang seumur denganku kot.' bisik hatiku pada otak.

dari tadi matanya asyik mencuri pandang padaku dan aku seperti biasa tahu batasku dan hanya bersikap acuh tidak acuh sahaja.

bagiku dia ada gaya seorang kasanova dan itu bukan minatku. aku lebih memilih Ismail teddy bear bulatku berbanding lelaki berkelas sepertinya mahupun lelaki semacho Daniel itupun jika perlu memilih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience