bab 2

Romance Completed 7365

Hari ni kami semua dah diberikan senarai dan arahan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi kampus. kami masing-masing mengikuti senarai kelas pengajian dan menuju ke bilik kuliah masing-masing.

Nak cari bilik kuliah bagi kami pelajar baru ni tak senang ye guys. pening-pening itik dibuatnya.

Dahlah ramai dalam kalangan PJJ ni golongan perak. harap faham lar ye. heheee...

Akhirnya jumpa juga bilik kuliah kami iaitu di bilik 202.

'Mak aiii... penuh. ramai gila student yang daftar course aku ni rupanya.' bisikku sendirian

kami tanpa membuang masa mengambil posisi ruang yang kosong. aku makin rapat dan baik dengan kak Mai.

"ramainya kan student course kita ni Ain." ucap kak Mai kepadaku dan aku membalas dengan anggukan.

seketika kemudian seorang lelaki berdiri memberikan ucapan di hadapan

"Assalamualaikum class, nama saya Doktor shiek Nazhan Bin Shiek Bukhary, saya yang akan mengajar kamu semua untuk fakulti perakaunan ini. kalian semua boleh salin nama saya, nombor telefon dan email saya, take note ya! ini semua penting untuk proses remote learning memandang kamu dan saya ada masa yang terhad untuk kelas." ucap pensyarah tersebut.

"akak ingatkan tadi student juga, tak dapat nak beza sebab dia pun muda je nampak, rupanya lecture kita." ucap kak mai

"yelah nampak muda lect ni daripada student kak."kataku yang menyetujui pandangan kak mai.

"tulah, maybe baru 30an kot, kalau single Ain boleh try Ain" usik kak Mai sambil disikunya lenganku.

"jangan macam-macam kak, Ain dah ada mail lar." balasku pula yang malas melayan benda-benda sebegini, fokusku belajar!

"kalaulah jodoh tak kemanakan." sambung kak mai lagi yang masih belum puas menyakat

"Ain rasa lapar tak?" soal kak Mai kepadaku.

pertanyaan kak Mai menyedarkan aku yang perut aku belum terisi lagi di pagi ini kerana olah mata ku yang enggan tidur awal semalam sehingga sekali lagi hampir terlewat ke kelas pertamaku pada hari ini.

aku menganggukkan kepalaku tanda mengiakan pertanyaan kak mai itu.

"ni akak ada beli roti lebih, jom makan, sambil-sambil dengar lect mengajar kita sambil makan." ucap kak mai sambil mengeluarkan dua buku roti berperisa jagung dan satunya diberikan kepadaku.

"Ok class, macam yang saya dah terangkan tadi untuk tugasan ni saya nak dalam kumpulan ya! 5-7 orang dan maksimum hanya 7 orang sahaja!" ucapanya dengan jelas dan tegas sebelum mengakhiri sesi kelas pada petang itu.

aku dengan kak mai saling berpandangan, memikirkan yang kami perlu mengisi sekurang-kurangnya 3 kekosongan ahli lagi.

tiba-tiba lelaki di sebelah kami yang tadinya diam mulai bersuara.

" hi, jom buat group sekali nak." pelawanya dengan santai.

"kami ada dua orang, encik berapa orang?" tanya kak mai kembali kepada lelaki berkenaan.

"saya, Daniel, dengan seorang lagi kawan, tapi dia ada emergency so dia tak datang hari ni, campur dia kita cukuplah berlima" ucapannya dengan yakin.

kami yang sememangnya memerlukan ahli terus bersetuju bak kata pepatah bagai mengantuk disorong bantal. heheee...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience