Bab 33

Romance Completed 7444

"patut ke aku pergi buat laporan polis, tapi atas dakwaan apa, makhluk halus?" soal Ain sendirian pada dirinya.

"tak, aku tak rasa tu makhluk halus, aku rasa ada seseorang sedang berniat jahat, tapi aku tak ada bukti." keluh Ain sendirian sambil termenung

dia takut kerana di rumah ini dia hanya tinggal sendirian setelah adik perempuannya berkahwin dua tahun yang lalu.

tiba-tiba dia tergerak hati untuk berkongsi dan meluahkan perasaannya ini pada Fatah, lelaki yang walaupun baru dikenali tapi seakan banyak perkara tentang dirinya yang diketahui.

telefon di pandang dan nombor lelaki itu ditekan.

tut...tut...panggilan terhubung

"Assalamualaikum" ucap lelaki itu memberi salam setelah telefon dijawab

"Wassalam, abang Fatah sibuk ke, sorry Ain kacau. " ucapku dengan serba salah

"tak, abang tak sibuk pun, abang baru lepas hantar tunang abang si Anis ni, dia kerja shift malam." terang Fatah secara jujur.

"kenapa ye Ain?" soalnya yang merasakan ada sesuatu yang ingin dikongsikan oleh gadis itu kepadanya.

Ain memang telah tahu yang Fatah memiliki tunang, dan Ain kagum dengan lelaki itu yang sentiasa bersikap jujur. jelas terlihat betapa kuatnya cinta lelaki itu kepada insan bertuah bernama Anis ini dan dia juga selesa menerima lelaki itu sebagai abang kerana dia sememangnya sikap dan perhatian seperti seorang abang padanya.

dan hatinya sekali lagi dirundung sayu.

'jika Haikal masih disisi sudah pasti dia juga akan bertuah seperti Anis ini.'detik hatinya

"hello Ain." suara lelaki itu memanggil setelah lama talian sepi

"abang saya rasa ada orang ikut saya tadi." jelas Ain secara jujur

"maksud Ain, sejak bila?" soalnya dengan penuh risau.

"Ain nak abang pergi sana tak?" soalnya lagi.

"eh...tak payah bang, Ain okay, cuma Ain nak minta tolong abang siasat siapa yang sedang nak buat jahat dekat Ain." pinta Ain penuh pengharapan dan harapannya kini adalah Fatah.

"Ain, ain jangan risau, abang akan cuba lindungi ain, dah buat report polis?" soal Fatah dengan penuh kebimbangan

"Ain tak ada bukti." jawab Ain

Fatah termenung seketika, kemudian dia terlintas akan nama DONA

'ini mesti kerja dia.'detik hati Fatah

"Ain jangan risau ye, ain bertenang dan doa banyak-banyak, abang akan pastikan Ain selamat, trust me." ucap lelaki itu polos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience