Bab 15

Romance Completed 7365

ketika Ain sedang memasuki pintu lif tiba-tiba ada seseorang yang sedang menahan pintu lif yang hampir tertutup itu.

"maaf, boleh tolong tekan tingkat 2A" pinta lelaki itu kepadaku dengan lembut seraya tersenyum.

aku mengangguk dan menurutkan permintaannya. badanku sungguh penat dan kepalaku juga masih terasa sakit akibat jatuh dari katil semalam.

aku dan lelaki itu saling menyepi sambil menunggu lif bergerak membawa ke destinasi.

ting...pintu lif terbuka, dan aku melangkah keluar kerana telah sampai ke tingkat yang inginku pergi iaitu P1.

aku dan lelaki asing itu hanya saling berbalas senyuman tipis sebagai pemanis adat.

"hi, auntie, sapaku kepada pemilik cybercafe di tempat kuliahku ini.

"hi, hari ni nak print colour ke black white." tanya auntie itu yang sememangnya pemurah dengan senyuman di bibir.

"print black white jelah auntie." ucapku

setelah selesai print assigment untuk dihantar pada kelas petang nanti, aku meminta diri untuk pergi kepada aunty setelah membuat pembayaran.

tugas ini sepatutnya selesai semalam tapi ini catridge printerku habis terpaksa aku datang ke cybercafe college. nasib baik tidak perlu bersesak-sesak dengan ramai orang hari ni.

ketika aku hendak melangkah keluar, sekali lagi aku bertembung dengan lelaki asing di dalam lif bersamaku tadi.

'adakah jodoh' tiba-tiba hatiku terdetik, namun segera ku usir segala anasir itu, aku perlu berhati-hati dan tidak boleh untuk mudah jatuh cinta.

dan aku berlalu meninggalkan cybercafe tersebut bersama fikiran yang menjengah juga telah ku usir sejauh mungkin. hanya sebuah kebetulan sahaja, tidak lebih.

sekali lagi hanya senyuman dihulur sebagai salam sapaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience