Bab 14

Romance Completed 7365

"Nur Ain Safia Bt Mohd Imran aku nikahkan dikau dengan pasanganmu Mohd Fatah Bin Mukris, adakah dikau sudi?" soal lelaki berserban yang sedang berdiri di hadapanku kini.

disamping itu aku melihat dia sedang memegang clipboard borang persetujuan nikah yang perlu aku tandatangani.

aku melihat keadaan disekelilingku semuanya wajah asing yang tak ku kenali.

di mana aku sekarang ni dan siapa lelaki yang bernama Fatah itu. siapa dia, aku tak kenal mana mungkin ini kahwin paksa.

aku menoleh di hadapan ada sekujur tubuh yang sedap mata memandang walaupun dia hanya menghadap ke arah bahagian belakang badannya sahaja.

dia turut mengenakan pakaian pengantin seperti diriku, adakah dia Fatah?

aku cuba untuk bergerak mendekatinya, serasa mendekat tiba-tiba aku dihentak dengan kuat dari belakang.

"aduh!!! sakit" jeritku

perlahan-lahan aku membuka mata sambil memegang kepala yang terasa sakit dan berdenyut

Oh... Ya Allah aku bermimpi rupanya

aku bangun dan melihat ke arah jam yang baru menunjukkan pukul 4.00am, hatiku terdetik untuk bangun mensucikan diri dan solat tahajud alang-alang sudah terbangun.

"Fatah" tiba-tiba bayangan mimpi berlegar kembali di minda ku dan membuatkan aku tersenyum kecil.

'menyesal terbangun, kalau tak sempat tengok muka dia tadi.' omelku sendiri bersama keluhan kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience