Bab 11

Romance Completed 7444

aku bukanlah wanita yang suka menjadi perampas orang lain. tapi ni je masa dan peluang yang aku ada dan boleh gunakan untuk mendapatkan perhatian dia.

aku tahu ini memang dah melanggar prinsip aku, tapi aku sendiri sentiasa sahaja mengalami pergolakan dalam hati.

tiga minggu lagi je yang tinggal untuk aku dan dia sebelum dia bergelar suami orang, aku rindu dia, kenapa aku yang perlu jatuh cinta di saat yang salah pada bakal suami orang. Arggg!!!

"nanti lepas saya dah kahwin mesti tak dapat jumpa awak selalu macam ni lagi." luahan seorang Aidil dengan wajah yang sayu.

aku melihat di raut dan pandangan matanya itu memang dia juga mencintaiku tetapi masing-masing tidak meluahkan. atau mungkin ini semua hanya perasaan dan khayalanku semata.

aku cuba berusaha untuk bereaksi biasa.

"jangan risau lepas awak kahwin pun tak akan ada apa yang berubah, awak masih boleh jumpa saya macam biasa" ucapku padanya dengan sebaris senyuman yang kulakar paksa di bibir.

"jom kahwin dengan saya." ucapnya

tersentak! Ohhh...Aidil, kenapa kau masih memberikan aku harapan, aku nak kau terus patahkan sisa-sisa harapan yang aku bina ni kenapa kau barakan api yang sedang aku cuba padamkan.

"jangan mengarut Aidil." balasku dengan gelakan hambar yang dibuat-dibuat bagi menutupi luka di hati.

"awak nak tak hidup bermadu?" soalnya lagi kepadaku.

aku tidak tahu dia sedang bergurau atau serius dengan ucapannya pada ketika ini.

"Never!"balasku sambil tergelak bagi mengurangkan suasana tegang ketika itu.

'Aidil aku dah cukup bahagia dengan kehadiran kau, tapi kau juga memberikan luka. aku tak boleh kehilangan kau, aku sayang kau sangat-sangat. cukuplah jika hanya bersandarkan pada ikatan persahabatan asalkan aku masih dapat bersamamu dan mendekatimu' bisikku sendirian di dalam hati.

seketika kemudian aku yang sedang leka melayan luka, disentuh lembut bahuku olehnya.

"jom balik" ucapnya.

aku hanya mengangguk bersetuju kerana hari juga telah makin pekat malamnya.

suasana berakhir dengan aku dan dia saling meminta diri untuk pulang selepas perjumpaan di sebuah restoran berhampiran rumahku di malam itu.

beginilah kami, sekali sekala dia akan datang berjumpa denganku di kawasan sekitar perumahanku walaupun itu agak jauh dengan rumahnya.

hatiku sungguh berat untuk melepaskan dia tapi aku juga tahu dia bukan untukku dan aku harus kuat

selang beberapa hari selepas perjumpaan di malam itu, dia menghubunginya dengan lebih kerap, kami berborak santai dan aku cuba menepis segala tembok penghalang kerana aku ingin merasai bahagia itu walau hanya seketika.

dia juga seakan ingin aku menemaninya di setiap waktu terluang dan seakan masanya itu ingin dihabiskan bersamaku sebelum dia bergelar suami.

"awak nak hadiah apa majlis nanti?"tanya ku padanya di corong telefon bimbit.

sengaja aku tekankan perkataan KAHWIN sebab aku tak nak terlena dengan perasaan sendiri.

dia terdengar mengeluh di saat aku bertanyakan soal majlisnya nanti.

"saya nak awak hadir je kat sana." ayatnya itu menyentak hatiku

kuatkah aku untuk berdiri melihat dia bergandingan duduk di pelaminan bersama wanita lain

"InsyaAllah, tapi saya tak janji tahu boleh datang ke tak, mana tahu mungkin saya ada hal lain.ucapku dengan tenang

"kalau macam tu bagi saya aircond." balasnya sambil diikuti gelakan besar.

aku turut bahagia mendengar dia tertawa sebegitu, aku hanya mampu doakan dia bahagia dan aku juga temui kebahagiaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience