~Bab 17~

Romance Completed 14748

Iman menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Hilang rasa segannya pada Aryan, dia menangis semahunya hingga tersedu sedan. Baju t-shirt yang di pakainya juga habis basah. Aryan mengusap bahunya lembut. Sedih sungguh melihat kekasih hati menangis begitu. Jika boleh dia mahu memeluk Iman dan menenangkan cinta hatinya. Semua yang berlaku sungguh tak di jangka. Dia juga tertanya-tanya mengapa Encik Hashim berkata kasar pada Iman, sedangkan sewaktu dia tiba di bilik, lelaki itu tersenyum sambil mengusap wajah Iman.
" Iman...kau okay?..nak balik sekarang?," Aryan bertanya lembut.
" Aryan...kenapa aku rasa sakit sangat dekat sini?," Iman bertanya sambil menepuk-nepuk dadanya. Kecewa di hati....luka lama berdarah kembali. Kenapa susah benar dia merasa bahagia? kenapa kasih yang dia dambakan hadir dari orang lain dan bukan dari darah dagingnya sendiri? kenapa susah benar insan bergelar ayah itu mahu memaafkannya?
" Iman...aku tau, aku tak layak nak bersuara sebab aku tak lalui apa yang kau dah lalui...segala derita, perit, pedih..hanya kau dan Allah yang tahu...tapi...jika kau tiada tempat bersandar... aku akan setia di sisi kau...bersandarlah selama mana pun kau mahu...," Aryan berkata separuh berbisik. Iman merenung ke dalam mata Aryan, mencari kejujuran di situ. ' betul ke Aryan?..betul ke kau akan setia?,'
" dah..jangan menangis lagi...sakit hati aku ni bila tengok kau menangis...jom kita pergi makan..tadi tak menyempat nak sarapan..," Aryan mengesat air mata di pipi Iman. Senyuman manis di hadiahkan. Iman sekadar mengangguk.

" Berani dia jejak kaki dekat sini ye...bukan main lagi anak abang tu...balik-balik bawak jantan...rupa pun dah macam jantan dah...sakit hati saya ni tau bila dia lari dulu..," Azizah membebel di sebelah Hashim.
" kenapa awak jual dia Zah? dulu awak kata dia lari rumah..." Hashim bertanya sebak. Azizah menjeling Hashim sambil mencebikkan bibirnya.
" ehh...sejak bila abang kisah pasal dia? bukan abang yang nak dia mati ke?... kira untunglah saya jual dia..dari saya bunuh...," selamba sahaja Azizah berkata-kata tanpa rasa bersalah. Hashim beristigfar panjang. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya tanda kesal dengan sikap Azizah.
" tak payah nak beristigfar sangat abang oii.... abang dah lupa ke apa yang abang dah buat dekat dia?..abang yang benci sangat tengok muka dia kan? kononnya muka dia tu sebiji sama dengan muka kak Ara...konon dia lah penyebab kak Ara mati...jangan nak salahkan Zah...abang yang benci dia...jangan lupa apa yang abang dah buat dulu... sepak terajang yang abang bagi..." Azizah terhenti bila memdengar suara tangisan. Dia menoleh sebelum tersenyum sumbing melihat Hashim menangis.
" ehh..kenapa menangis? menyesal?...tak payah nak menyesal abang... teruskan aja benci budak tu... abang dengan Zah sama je... jangan berlagak dah insaf pulak...meluat abang..meluat!!," Azizah menyambung katanya sebelum berlalu pergi. Hashim memgongoi sendirian. Sesak dadanya dengan perasaan bersalah. Satu persatu peristiwa lalu terbayang di tubir mata. ' ampunkan ayah Hamani..ampunkan abang Ara..,'

Wajah sembab Iman di pandang penuh kasih. Mereka berhenti makan di warung tepi jalan. Waktu menunjukkan pukul sepuluh pagi. Iman masih tidak menjamah nasi lemak yang di pesannya. Di kuis-kuis nasi dalam pinggan sambil termenung.
" Sayang...,"
" ermm...," Aryan tersenyum. ' mesti dia tak perasan aku panggil dia sayang..,'.
" sayang...I love you..,"
" ermm..love you too..," Iman menjawab dalam berangan. Dia tidak sedar apa yang di ucapkannya. Aryan tersenyum lebar.
" alhamdulillah...akhirnya kau cintakan aku jugak..," Aryan sengaja menguatkan suaranya. Iman tersedar sebelum terkebil-kebil memandang Aryan.
" hah?,"
" sayang tak boleh tarik balik...tadi dah kata I love you kan..so dah mengaku yang sayang ada perasaan dekat abang..," Aryan berkata selamba, manakala kening Iman berkerut seribu.
" Bila masa aku cakap sayang dekat kau ni?"
" tadi...masa tengah berangan..,"
" tak..aku tak kata pun...kau jangan nak buat cerita ea...aku tengah sedih macam ni pun kau ajak bergurau...," Iman menjeling geram. ' geram betul aku dengan mamat ni..'
" alaa..jangan lah marah..aku saja je nak buat kau happy...lupakan masalah kau..kesedihan kau tu... tak pun kau makan dulu..bagi ada tenaga...kalau kau pingsan sebab tak makan..jangan salahkan aku kalau aku dukung kau bawak masuk bilik..," Aryan berkata dalam nada mengugut.
" Hishh...iya lah..aku makan..," Iman menghadiahkan jelingan maut pada Aryan yang tersenyum nakal.

" tak payahlah pegang tangan aku..," Iman menepis tangan Aryan.
" alaa..pegang masa melintas aja..,"
" kau ingat aku budak kecik?..saja lah tu nak ambil kesempatan...," Iman mengetap giginya bila Aryan ketawa lepas. Mereka beriringan menyeberangi jalan untuk ke kereta.
" Hamani!!," Iman dan Aryan serentak menoleh bila ada yang memanggil nama Iman. Zahim berdiri di sebelah motornya berhampiran kereta Aryan. Iman dan Aryan saling berpandangan.
" kau nak apa?," Iman bertanya serius.
" Boleh abang bercakap dengan Hamani sekejap?," Zahim memandang Aryan yang berdiri di sisi Iman.
" cakaplah..," Iman menjawab acuh tak acuh.
" maksud abang...Hamani seorang..,"
" kalau kau nak cakap..cakap depan aku...aku pun nak tau..," Aryan berkata tegas. Iman memandang Aryan di sebelahnya sebelum beralih ke wajah Zahim. Dia mengeluh perlahan.
" Aryan kau masuklah kereta dulu..,"
" tapi..,"
" it's okay...," Aryan mengeluh. Sempat dia memandang tajam pada Zahim, sebelum masuk ke dalam kereta.
" cepatlah...apa yang kau nak cakap?," Iman bertanya malas.
" jom kita minum dekat gerai..,"
" tak payah nak tunjuk baik sangat...cakap je apa yang kau nak cakap..,"
" okay..sebenarnya abang sanggup kejar Hamani sampai sini sebab nak jelaskan semuanya..," Zahim mengalah. Nampaknya gadis di hadapannya ini bukan Hamani yang dulu.
" jelaskan apa lagi?,"
" sebenarnya...abang dengan Huda dah kahwin..,"
" aku dah tau...tak payah nak jelaskan..," Iman tersenyum sinis.
" bukan...maksud abang..abang berkahwin dengan Huda bukan sebab cintakan dia..,"
" kau ni buang masa aku ajalah...kalau setakat nak dengar cerita mengarut kau baik kau berambus..," Iman mula hilang sabar. ' huh!!..tak cinta konon...kalau dah berisi perut si Huda tu, kau kata tak cinta?...'
" abang kena perangkap dengan Huda sampai kena tangkap basah...," Zahim menunduk malu.
" baguslah...jimat...tak payah keluarkan duit nak buat hantaran...cuma satu je aku nak tanya...apa kena mengena aku dengan kisah kau ni?," Iman memandang Zahim dengan pandangan meluat.
" abang nak Hamani tau yang cinta abang pada Hamani masih macam dulu...Hamani cinta pertama abang...abang tak nak Hamani salah faham dekat abang...,"
" eiiii...geli geleman aku dengar...tolonglah Zahim.. kau dengan aku umur tak jauh beza pun..tak payah nak berabang sangat...geli.., macam ni la ye... kau pun tau aku dengan Aryan dah nak kahwin...jadi kau tak payah risau dan teruskan berbahagia dengan isteri kau tu... aku memang tak ada kena-mengena dalam hidup korang lagi... jadi..tak perlu kau susah payah nak terangkan segala bagai..." Iman berkata panjang lebar sebelum membuka pintu kereta. Malas melayan kata-kata mengarut Zahim.
" tapi abang masih cintakan Hamani...,"
" eiii..pergi mampus lah dengan cinta kau tu... kau pun tau kan..aku tak pernah layan kau dari dulu lagi... aku benci kan kau..sebab apa?..sebab kau penyebab aku kena pukul... sebab kau badan aku berselirat dengan parut...sebab tu aku geli bila kau kata kau cintakan aku..." Iman berkata penuh geram sebelum masuk ke dalam perut kereta. Zahim tidak mampu berkata apa-apa. Hanya keluhan yang keluar dari mulutnya.

" jom balik..," Iman berkata sambil berjalan lesu menuju bilik hotel.
" siapa Zahim?," Aryan bertanya serius.
" manusia lah..takkan kambing..," Iman menjawab selamba.
" ishh...masa ni pulak dia nak melawak..aku serius ni..tadi kau sebut cinta..benci ..mesti ada sesuatu kan?," Aryan tidak puas hati.
" aku ringkaskan aja ea...kau faham-faham sendiri...,"
" okay..,"
" Huda suka Zahim..Zahim suka aku..aku benci dia.. faham? sebab dia la aku selalu kena pukul dengan ayah...sebab tu aku benci dia..," Iman berkata malas. Malas mengigati masa lalu yang memeritkan.
" ohhh...tapi dia dah kahwin dengan Huda kan? kata tak suka..,"
" kena tangkap basah..,"
" hah!?"
" ishh..dahlah..aku dah penat ni..badan pun dah melekit..nak mandi.." Iman berkata sebelum menolak pintu bilik.
" Nak ikut..,"
" nampak ni?," Iman menunjukkan penumbuknya pada Aryan. Lelaki itu ketawa lepas sebelum mengangkat kedua tangannya tanda menyerah.

" abang!!!..mana abang pergi? lagi tadi Huda tunggu macam tunggul dekat klinik tu...sampai Huda balik sorang..," Huda bertanya marah.
" alaa..bukan jauh pun klinik tu...,"
" memang lah tak jauh...Huda cuma nak tau abang pergi mana sampai tak muncul tadi? mama kata abang keluar.., tak kesian ke Huda jalan kaki sorang-sorang?," Huda bertanya kesal.
" kau ikut budak Hamani tu ke?," Tiba-tiba Azizah mucul dari dapur. Huda terkejut bila mamanya menyebut nama Hamani. Nama yang sudah lama tidak di dengarnya.
" Ha..Hamani?,"
" Iya..budak sial tu datang sini tadi...dah serupa jantan aku tengok..., kau tak jumpa dia ke?," Azizah bertanya kembali.
" Huda jumpa..tapi tak kenal..," Zahim menjawab antara dengar dan tidak.
" dia..dia yang kawan abang tadi tu ke,?" Huda baru teringat tentang kehadiran lelaki yang di anggap kawan suaminya pagi tadi. ' lelaki tu Hamani?..patutlah muka dia sama..,'.
" abang tau tu Hamani? kenapa abang tak bagitau Huda? abang masih ada hati dengan dia ke?" soalan demi soalan di ajukan Huda pada Zahim.
" Huda..sudahlah...abang penat..," Zahim mengeluh.
" abang!!!..." Huda menjerit bila Zahim menapak ke kuar rumah.
" abang nak ke mana? jangan cakap nak pergi jumpa perempuan tu...," Huda berkata dengan nafas yang tidak teratur. Zahim menghidupkan enjin motor tanpa menghiraukan Huda.

Aryan melirik telifon di sisinya. Entah kali yang ke berapa telifon itu berdering, tetapi dia tiada niat untuk mengangkatnya bila melihat nama yang terpapar di skrin. Jam menunjukkan pukul dua belas malam. ' minah senget ni tak serik-serik nak kacau hidup aku...hishh..,'.
" kenapa aku rasa macam nak mendajal dia ea?," Aryan berbisik sambil tersenyum jahat. Dia mencapai telifonnya sebelum mengatur langkah ke pintu bilik.

Iman tidak boleh tidur. Walaupun badannya terasa letih, matanya masih juga segar bugar. Terkebil-kebil dia melihat syiling di bilik hotel. Masih terbayang peristiwa petang tadi. Dia meraba pipinya yang di usap Hashim. ' kalau ayah benci aku..kenapa dia usap pipi aku?..minta maaf dekat aku?... dia nampak happy aja sebelum makcik tua tak sedar diri tu datang...kenapa ea?.
Tok!! Tok!!..Iman terkejut bila pintu biliknya di ketuk dari luar.
" siapa pulak malam-malam ni?,"
" Iman..aku ni..kau dah tidur ke?," suara Aryan terdengar di balik pintu.
" kau nak apa? dah tengah malam ni..,"
" aku nak minta tolong ni..kejap je..,"
" hishhh...," Iman merengus sebelum melangkah ke pintu.
" Ha..nak apa?," Iman bertanya malas bila pintu telah di buka. Aryan tersengeh sambil menayang telifonnya yang berdering.
" kenapa? dah tak reti jawab call?"
" tolong jawabkan..cakap dengan dia aku tidur...," Aryan merayu dengan muka sepuluh sen.
" tak nak aku...dia kan awek kau..angkat sendiri.." Iman berkata malas.
" please...sekali aja...," Aryan merayu lagi.
" iyalah!!..aku jawan lepas tu kau jangan kacau aku lagi..,"
" okay-okay..,"

" Hello..,"
" Hello...siapa ni?," Suara Shima kedengaran garang.
" Hamani..," Iman menjeling Aryan yang tersengeh di hadapannya.
" Hamani?..kenapa you yang angkat fon Aryan? mana dia?," Shima mula tidak tentu arah.
" dia tengah tidur..,"
" tidur? you dekat mana ni? kenapa dia boleh tidur dekat dengan you?," Shima bertanya dengan nada separuh menjerit.
" dekat hotel..."
" what!!!??," Kali ini Iman menjarakkan telifon dari telinganya bila Shima menjerit sekuat hati. Mahu gugur jantung di buatnya. Aryan tersenyum meleret. Iman pula menggeleng-gelengkan kepalanya.
" heyyy perempuan!!!..kau buat apa dengan Aryan ha? baik kau cakap dekat aku..korang dekat hotel mana..cakap!!!," Shima masih terjerit-jerit.
" ehh..mana boleh bagi tau...rahsia..," Iman menjawab sebelun meletakkan talian.
" puas hati kau? dah aku nak tidur..," Iman menghulurkan telifon pada Aryan.
" good...thanks sayang..I love..,"
belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya pintu bilik sudah di tutup oleh Iman.
"I love you...," bisik Aryan dengan senyuman lebar di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience