~Bab 7~

Romance Completed 14748

Shima berjalan pantas ke arah Datin Zara yang sedang memberi makan ikan di kolam. Wajahnya masam mencuka. Hari ini dia perlu mendengar penjelasan dari mulut Datin Zara sendiri.
" auntie!!!,"
" astagfirullahhalazim...Shima...terkejut auntie tau...," Datin Zara beristigfar sambil mengurut dadanya. Dia melihat Shima yang berpeluk tubuh sambil merenungnya tajam. ' Ehh..budak ni dah kenapa? kena sampuk hantu raya ke apa? bagi salam pun tidak..,'
" hari ni auntie kena jujur dengan Shima, Shima tak kira!!!..auntie jangan nak berkomplot dengan Aryan ea..," Shima berkata tegas.
" ishh..jujur pasal apa pulak ni? apa yang Aryan dah buat? cuba bagi tau auntie apa yang Shima nak tanya...," Datin Zara cuba menenangkan Shima. Gadis itu bukan boleh di buat gurau,asyik berangin satu badan. Pantang di cuit sikit, terus nak 'melatah'.
" betul ke Aryan dah bertunang? kenapa Shima tak tahu pasal ni?," Shima bertanya terus dengan wajah seriusnya.
" Aryan bertunang?," Datin bertanya kembali. ' bila masa pulak budak Aryan ni bertunang? ni mesti kes nak lepaskan diri dari Shima...apa-apa ajalah si Aryan oii...,'.
" yeaa...pagi tadi siap berkepit satu office dengan tunang dia si Hamani..., eiii...sakit hati Shima ni tau tak...," Datin Zara terkejut bila Shima menyebut nama Hamani. ' Aryan bertunang dengan Hamani? dia dah tau? takkan lah...,'.
" auntie!!..kenapa senyap aja? dengar tak apa yang Shima cakap ni?,"
" haaa..auntie dengar ni...,"
" betul ke Aryan dah tunang dengan Hamani?," Shima bertanya tidak puas hati. Jawapan dari Datin Zara amat penting baginya.
" iya lah tu..betul lah..," Datin Zara menjawab sepontan. Dia masih terkejut bila mendengar nama Hamani di sebut.
" what!!!!....so..betul lah tak lama lagi Aryan nak kahwin?...kenapa auntie tak bagitau Shima?... auntie kan tau dari dulu lagi Shima suka dekat Aryan... sampai hati auntie bagi Aryan kahwin dengan orang lain...," Shima menagis sebelum berlari pergi. Datin Zara mencapai telifonnya.
" Hello Mas...,"

Iman bersandar di sofa sambil memejamkan matanya. Hari yang amat memenatkan. Walaupun dia berlakon hanya setengah hari, tetapi penyiksaannya, hanya Allah yang tahu. Paling tidak boleh di terima, bila Aryan menariknya ke atas riba sewaktu di office tadi. Lelaki itu memang sudah melampau. Mungkin Aryan tidak kisah, tetapi tidak baginya. Dia amat kisah.
" first time aku rasa malas nak pergi kerja..., arkhhh!!!...esok mesti mamat tu tercongok lagi dekat kafe..., silap-silap orang cop aku ni gay..," Iman mengeluh berat.

Aryan duduk sambil menongkat dagu. Sedari tadi dia asyik memerhati setiap gerak-geri Iman. Kemana sahaja lelaki itu pergi, dia turut mengkori dengan matanya. Hari minggu begitu, dia lebih suka melepak di kafe Mastura dari keluar dengan teman-temannya yang lain.
" boleh tak kalau sehari aku tak nampak muka kau dekat sini?" Iman bertanya sambil meletakkan secawan kopi untuk Aryan.
" ala bro...aku suka lepak sini...minum kopi..," Aryan menjawab sebelum menghirup kopinya.
" tak kembung ke perut kau minum kopi bercawan-cawan?" Iman menjeling Aryan yang tersengeh bagai kerang busuk. Dia malas melayan kerenah lelaki itu, ada sahaja perangai pelik yang di lakukan. Aryan menghirup kopinya sambil melirik Iman di meja sebelah. Entah kenapa, sejak dia melihat Iman berpakaian wanita, hatinya mula di pagut rasa bimbang, bimbang terjatuh cinta dengan lelaki itu. ' tapi kenapa ek? kenapa aku rasa dia ni perempuan? dari gaya dia bercakap semalam pun, memang macam perempuan...,bila dia pakai macam ni pun aku nampak dia ni perempuan...why?,'.
" kau perempuan kan?," Iman tersentak bila Aryan bertanya soalan itu padanya.
" kenapa?," Dia bertanya kembali. Wajahnya berlagak biasa.
" betul lah kau perempuan?," Aryan merenung Iman yang sibuk mengelap meja.
" asal? kau syok dekat aku ke?," Iman bertanya sambil tersenyum sumbing. Dia mendekati Aryan yang duduk sambil merenungnya.
" aku tak tau pulak kau ni gay..," sempat dia mencampakkan kain lap pada Aryan sebelum berlalu ke dapur kafe.

Iman duduk mencangkung di balik pintu stor sambil mengeluh panjang. Dia meraup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Topi yang di atas kepala, di tanggalkan sebelum di sarung ke kepala lutut.
" Kenapa aku bodoh sangat ikut kata dia? Iman..Iman...kenapa kau boleh biarkan orang masuk dalam hidup kau senang-senang aja macam tu?..aku benci kau Hamani...aku benci kau..," tanpa sedar air matanya mengalir di pipi.

"abang, cuba abang tengok dekat sana tu," Mastura menujuk ke arah tempat longgokan sampah dengan wajah curiganya. Idris yang tenang memandu menoleh sekilas.
" apanya? malam-malam macam ni jangan di tegur kalau nampak yang pelik..," Idris mengigatkan. Mereka dalam perjalanan pulang dari tempat makan.
" Mas rasa, Mas nampak ada budak tengah korek sampah..lepas tu dia makan...cuba abang berhenti kejap...," Mastura berkata sambil mengoncang lengan Idris.
" tak payah lah Mas, kita bukan orang sini..," Idris menjawab. Dia agak penakut sikit berbanding isterinya itu.
" abang...berhentilah kejap..kita tengok, mana tau budak tu dalam kesusahan...kesian Mas tengok dia korek-korek sampah..lapar agaknya...," Mastura merayu. Idris mengeluh berat sebelum memberhentikan kereta di bahu jalan. Mereka keluar dan perlahan-lahan menghampiri budak yang di lihat Mastura tadi.
" Assalamualaikum..adik..," Mastura memberi salam sambil tersenyum.
" Mas kata budak..tapi abang tengok dia ni dah remaja...," Idris berbisik pada Mastura. Dia masih curiga dengan mahluk di hadapannya itu.
" adik...kenapa korek-korek sampah dekat sini? adik lapar ke?," Mastura tidak menghiraukan kata-kata suaminya dan ikut mencangkung di sebelah remaja yang di anggap kanak-kanak tadi. Remaja perempuan itu mengangguk laju.
" kalau lapar jom ikut acik..kita makan sedap-sedap... jangan korek sampah dekat sini, nanti sakit perut..," Mastura berkata sambil menghulurkan tangannya. Idris mula tidak sedap hati. Dia kenal benar dengan sikap isterinya itu, pantang nampak orang dalam kesusahan, pasti dia berkeras untuk menolong.
" Mas...kita dah jauh malam ni.., kedai pun banyak yang dah tutup..," Idris mengigatkan.
" kalau macam tu kita bawa dia balik dulu..bagi dia mandi elok-elok...baru kita cari makan..Mas rasa dekat bilik masih ada roti..," Mastura tersenyum. Dia tahu, suaminya itu dalam kerisauan.
" jom ikut acik balik..,"

" tak nak!!!...tak nak masuk!!!," Mastura panik bila remaja perempuan yang di bawanya tadi menjerit bila di ajak masuk ke dalam homestay. Wajahnya ketakutan dan tubuhnya menggigil.
" abang rasa dia trauma...," Idris berkata serius. Dia selalu berhadapan dengan pesakit yang begitu bila melihat atau berhadapan dengan sesuatu yang paling di takuti. Tapi...kenapa gadis itu takut untuk masuk ke dalam homestay?.
" adik...dekat luar ni sejuk..mari lah masuk dalam..," Mastura berkata bimbang. Gadis itu duduk mencangkung dan memeluk kedua lututnya. Rambutnya yang panjang hingga ke pinggang, sudah kusut-masai. Wajahnya comot di sana-sini. Pakaiannya agak terdedah, blouse putih tanpa lengan itu juga sudah kotor, mungkin terkena sampah.
" tak nak!!!...sa..saya nak balik...sa..saya nak balik.."
" adik ada rumah?..rumah adik dekat mana? acik boleh hantarkan...," Mastura memujuk. Tiba-tiba gadis itu menangis teresak-esak. Mastura berasa simpati dengan keadaan gadis itu. Tanpa berfikir panjang..dia menarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Naluri seorang ibu menguasainya ketika itu. Idris mengeluh panjang. Dia faham apa yang di rasai Mastura. Isterinya sangat menginginkan sosok seorang anak. Tetapi, harapan isterinya itu tidak mungkin terjadi kerana Mastura tidak mempunyai rahim. Mustahil untuk dia mengandung.
" adik jangan takut ye..acik orang baik...," Mastura memujuk.

" Abang Iman...terkejut Anna...ingatkan siapa tadi..apa yang abang Iman buat dekat sini?," Jannah bertanya. Dia terkejut bila masuk ke dalam stor dan melihat Iman duduk di situ.
" saja rehat..," Iman menjawab sebelum memakai topinya. Dia menyembunyikan wajah di balik topi, tidak mahu Jannah perasan wajahnya yang sembab itu.
" bagitau Syura, aku half day..," Iman berkata sebelum keluar dari stor.
" abang Iman tak sihat ke?," Jannah menggaru kepalanya yang tidak gatal bila Iman tidak menjawab soalannya.
" kenapa muka abang Iman merah ea?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience