~Bab 5~

Romance Completed 14748

Aryan menghulur dua bungkus nasi lemak pada Iman. Dia sempat singgah di gerai yang berhampiran dengan apartment lelaki itu. Iman memandangnya pelik.
" aku tau kau tak sarapan lagi, ni aku belikan nasi lemak dekat gerai depan tu..," Aryan berkata. Dia seperti dapat membaca apa yang terlintas di fikiran Iman.
" sejak dua menjak ni, kau baik sangat dengan aku ni dah kenapa?" Iman bertanya lurus. Terasa janggal pula bila Aryan melayannya begitu. Rimas sebenarnya.
" kenapa? kau terharu ke?," Aryan ketawa mengekek bila Iman buat muka meluat.
" aku geli tau tak...patutnya kau carik awek la lepas ni..., boleh tolong ambil dan hantar pergi kerja...," Iman berkata sebelum mencapai bungkusan nasi lemak yang di hulur Aryan.
" releks la bro, aku cuma nak berkawan dengan kau je...," Aryan berkata jujur. Sememangnya dia tiada niat lain. Jika di awal pertemuannya dengan Iman tempoh hari agak mengganggunya, tetapi kini dia lebih selesa bila mengenali diri Iman yang sebenarnya. Lelaki itu lain dari yang lain. Tidak pernah melepak, tiada kawan lelaki selain pekerja di kafe. Senang cerita, Iman sejenis Introvert dan tidak banyak bunyi.
" woii..cepatlah..aku nak buka kafe ni..," Iman menegur. Aryan tersengeh sebelum memgangguk.

" siapa tu Iman?..kawan Iman ke?," Syura bertanya bila kelibat Aryan menghilang dari pandangan.
" Ermm...," Iman menjawab malas. ' kawan?..memang tak lah..kalau tak kerana ibu, jangan harap aku nak layan dia..,' bisiknya dalam hati. Sejak dia pulang dari rumah Datuk Ridwan tempoh hari, ibunya bersungguh mahu dia berkawan dengan Aryan. Dek kerana malas mendengar leteran Mastura, akhirnya dia mengiakan saja.
" wahh...kawan Iman tu handsome lah...tapi Iman lagi handsome...," Iman sekadar tersenyum sumbing bila mendengar kata-kata dari Syura. Bukan dia tidak tahu gadis itu menyimpan perasaan padanya, tetapi dia sengaja tidak melayan.
" kemas peti sejuk, hari ni stok sampai..," Iman memberi arahan.
" assalamualaikum!!!...hai kak Syu..hai abang Iman..," Jannah memberi salam dengan ceria.
" waalaikumsalam," Iman dan Syura menjawab serentak.
" korang!!!," Johan dan Ajil pula muncul di muka pintu dengan helmet di tangan.
" Ehh..abang Iman datang lambat ke..atau kiteorang yang datang awal ni?," Ajil bertanya sambil menggaru dagu yang tidak gatal.
" aku yang lambat..," Iman menjawab sebelum berlalu ke dapur.
" Kak Syu...tadi dari jauh Anna nampak ada lelaki hantar abang Iman..siapa?," Jannah berbisik sambil mengintai Iman yang berada di dapur.
" kawan Iman.. " Syura menjawab sepatah. Jannah sekadar mengagguk. Entah kenapa perasaannya kuat mengatakan yang Syura tidak berapa suka dengannya. Tetapi Jannah tidak ambil kisah, janji dia dapat bekerja dengan aman di situ.
" uii...pecah rekod abang Iman ada member, selalu kita ajak lepak mesti dia tak nak...," Johan berkata dan di iyakan oleh Ajil.
" dah..jangan nak berborak aja.., cepat buat kerja..," Syura mencampakkan kain pengelap pada mereka berdua.
" alaa..kiteorang baru nak sarapan..," Ajil merungut.

Aryan menutup mukanya dengan fail di tangan. Langkahnya di besarkan, supaya cepat sampai ke office. Suara yang amat di kenalinya itu membuatkan dadanya sesak. ' jangan nampak..jangan nampak..,'.
" ARYAN!!!!...baby!!!," usaha Aryan untuk melarikan diri tidak berjaya. Dia menurunkan fail dari wajahnya.
" baby!!!..kenapa you tak tunggu i?..sakit tekak i jerit panggil you...sampai hati tau..," Shima merengek sambil memeluk lengan Aryan.
" Shima...lepaskan tangan I...." Aryan berkata sambil menarik tangannya dari pelukan Shima.
" Baby....I rindu dekat you tau, kenapa I call you tak jawab? you tak rindu kan I ke?," Shima tidak menghiraukan permintaan Aryan.
" tak!!," Aryan menjawab malas. Shima betul-betul membuatkan dia rimas. Sikap gedik, menyibuk dan suka mengganggu itu membuatkan dia alergi dengan perempuan. Shima satu-satunya manusia yang tidak pernah serik dengannya. Walau di tolak beratus kali, di maki beratus kali, gadis itu tetap juga mengganggu hidupnya. Jika tidak kerana Shima itu anak kawan daddynya, mustahil dia mahu melayan.
" you ni kan...selalu je nak sakitkan hati I...,merajuk lah..," Shima memuncungkan bibir, tanda protes.
" good..merajuk lah selamanya..I banyak kerja lagi nak buat..so you boleh..BERAMBUS!!," Aryan berkata sebelum masuk ke biliknya.
" Aryan!!!..," Shima menjerit sambil mengekori Aryan,tetapi pintu bilik sudah tertutup dan di kunci dari dalam. Shima menjengah di dinding kaca. Aryan buat-buat tidak nampak. Nasib baik bilik itu kedap bunyi, jadi Aryan tidak dapat mendengar apa yang di bicarakan Shima di luar. Aman..

Iman sekadar memerhati wajah Aryan yang termenung di hadapannya. Sudah lima minit berlalu, tetapi lelaki itu masih juga berdiri tanpa membuat pesanan.
" kalau kau datang ni setakat nak termenung..baik kau pergi duduk dekat sana...jangan nak menyemak depan muka aku..," Iman berkata sambil menjeling Aryan.
" Hmm..aku nak tanya idea kau ni..,"
" idea?..,"
" kau tau tak macam mana nak buat perempuan benci dengan kita?," Aryan bertanya serius. Iman mengerutkan kening sambil memandang wajah kusut Aryan.
" kenapa?"
" aku rimas dengan sorang awek ni...asyik nak berkepit je dengan aku...sampaikan nak buat kerja pun susah..," Aryan mengadu. Entah kenapa, antara teman-temannya, hanya dengan Iman sahaja dia selesa berkongsi masalah.
" cari awek lain...kau kan playboy...," Iman menjawab sambil tersenyum sumbing bila Aryan menjelingnya.
" kau ni bagi la idea bernas sikit..., aku tak ada masa nak layan awek bagai..banyak lagi kerja aku nak buat...perempuan ni leceh lah..,"
" tak ada masa lah sangat...ni yang tercanguk dekat sini..boleh pulak..kau nak order ke tak ni? kalau tak baik kau bagi ruang orang lain nak order...ni kaunter untuk buat pesanan..bukan kaunter luahkan masalah..," Iman membebel. Aryan ternganga, baru kali ini dia mendengar Iman membebel begitu. Suara serak basah Iman membuatkan dia terleka.
" woii!!,"
" hah!,"
" blah!!...orang lain nak order..," Iman berkata garang. Aryan mengeluh.
" buatkan aku kopi o," Dia berkata sebelum berlalu ke salah satu meja. Iman sekadar menggelengkan kepalanya. ' kalau tak kerana ibu, dah lama aku halau mamat ni,' Iman sambung membebel dalam hati. Sekarang hidupnya tidak aman seperti dulu. Setiap hari, dia terpaksa menghadap Aryan, dari soal kerja..hingga masalah peribadi, pasti dia tempat yang di tuju lelaki itu untuk mengadu. Sudah hampir sebulan, rutin hariannya kucar-kacir gara-gara Aryan. Kalau dulu dia sentiasa tepat pada masa, tetap kini, dia asyik terlambat sahaja.

" kau kena tolong aku..,"
" tolong apa pulak?," Iman bertanya malas.' ah sudah mamat ni..bala apa yang dia nak bagi dekat aku?,'.
" kau je yang mampu tolong aku Iman..," Aryan merayu. Iman mengeluh sebelum menarik kerusi.
" kau nak tak kerja part time dengan aku?,"
" part time?..kenapa aku nak kerja dengan kau pulak? aku memang dah ada kerja kan..,"
" ni lain sikit...okay..okay..berapa gaji kau sebulan?,"
" tiga ribu..," Iman menjawab lurus.
" kalau macam tu, aku bayar kau enam ribu..," Aryan berkata serius.
" kau sihat tak ni? demam ke? nak aku call ambulance? "
" aku serius ni.., kau je yang mampu tolong aku... please Iman...,"
" aduh!!..aku tak nak kerja dengan kau lah... lagi pun ni kan kafe ibu, kalau aku kerja dengan kau... apa pulak ibu kata nanti..," Iman menjawab sebelum bangun dari duduknya.
" yang tu, kau jangan risau..aku awal-awal dah mintak izin auntie Mas..," Aryan tersengeh.
" kerja apa yang penting sangat, sampai nak libatkan ibu aku ni?," Iman bercekak pinggang. Aryan tidak menjawab pertanyaan itu, tetapi dia melihat Iman dari atas ke bawah.
" sesuai sangat..,"
" apa yang sesuai?," Iman mula hilang sabar. Semakin hari, semakin pening melayan kerenah Aryan.
" hari ni kau ambik cuti, ikut aku..,"
" ikut pergi mana?,"
" adalah...," Aryan tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience