~ Bab 27~

Romance Completed 14748

Iman dan Aryan melihat dari jauh satu pasangan suami isteri yang duduk di kaki lima. Si Suami menyuapkan makanan ke mulut si isteri yang sibuk menyusukan bayi mereka. Timbul perasaan sebak di hati Iman.
" abang, sayang tak sanggup tengok dieorang macam tu..," Iman memandang Aryan di sebelahnya.
" jom...kita ajak dieorang balik...mesti ayah happy..," Aryan mengusap tangan Iman sambil tersenyum.
" abang rasa dieorang nak ikut kita tak?," Iman bertanya bimbang.
" belum cuba...belum tau," Aryan menjawab.

" Abang tak makan sekali?," Huda bertanya sambil mengunyah nasi di dalam mulut. Zahim tersenyum.
" abang dah makan tadi...sayang makan lah, kesian nak menyusu Wafi..," Zahim menjawab sambil mencubit daging ayam. Dia terpaksa menipu isterinya itu, jika tidak, pasti Huda tidak mahu makan.
" betul ni? abang betul dah makan?," Sekali lagi Huda bertanya. Zahim mengangguk sambil tersenyum.
" sayang makan lah..habiskan nasi dengan ayam goreng ni, biar ada tenaga nak menyusu...,"
" terima kasih abang..," Huda tersenyum manis.

" Assalamualaikum...," Iman memberi salam. Serta-merta pasangan suami isteri di hadapannya itu menoleh serentak. Jelas wajah terkejut mereka berdua.
" Wa...alaikumsalam...," Zahim menjawab salam.
" Ha..Hamani?," Huda memalingkan wajahnya. Dia malu Iman melihatnya begitu. Zahim juga sudah menunduk.
" Huda..Zahim...kenapa korang duduk dekat kaki lima macam ni? malam-malam bawak baby..," Iman bertanya lembut. Dia duduk berhampiran Huda. Aryan melihat dari jauh atas permintaan Iman.
" macam mana kau jumpa aku dekat sini?," Huda menjawab dengan pertanyaan.
" KL ni bukannya besar sangat Huda, bila-bila pun aku boleh terserempak dengan kau..., kenapa kau datang sini? kenapa tak duduk dekat langkawi?,"
" kau tak payah sibuk lah... aku dah cukup bahagia sekarang...," Huda menjawab agak kasar. Iman mengeluh panjang.
" Bahagia? Huda...jom ikut aku balik...kau tak kesian ke dengan anak kau ni? dengan sejuk macam ni, takkan kau nak biar dia tidur dekat kaki lima?," Iman cuba memujuk. Huda memandangnya.
" kau tak payah nak simpati dengan nasib aku Hamani, aku tau niat kau...kau saja nak buat aku terhutang budi..lepas tu kau nak goda Zahim kan? aku dah tak ada siapa-siapa lagi tau tak!!...aku ada dia dengan baby ni aja...mak kandung aku pun dah buang aku...tolong lah jangan kacau hidup aku Hamani!!!," Huda menjawab dengan mata berkaca-kaca.
" Sayang...," Zahim mengenggam tangan Huda.
" dia takkan goda suami awak Huda..," Tiba-tiba Aryan datang menegur. Huda dan Zahim terkejut buat kali ke dua.
" dia tak berani buat macam tu...dia hanya berani goda saya aja..," Aryan berkata sebelum duduk di sisi Iman. Zahim dan Huda saling berpandangan.
" aku dah kahwin Huda...ni suami aku, Aryan.. sebenarnya, aku yang suruh Aryan cari korang...dah berbulan dah...rupanya kau tak jauh pun, ada dekat KL..," Iman bercerita dengan tenang.
" kenapa kau nak cari aku? apa tujuan kau?" Huda bertanya curiga.
" sebab ayah nak sangat jumpa kau dengan Zahim... hari-hari dia tanya kau tau tak..,"
" ayah? kau jumpa ayah?," Huda bingung. Setahunya, ayahnya ada di langkawi bersama mamanya.
" aku jaga ayah sekarang..., jom lah Huda..Zahim... ikut kiteorang balik...,"
" kami tak nak menyusahkan siapa-siapa..," Zahim menunduk. Terasa hina bila berhadapan dengan Iman ketika itu. Dulu dia pernah mendabik dada dengan wanita bernama Iman Hamani. Dia pernah mempersoalkan, mengapa wanita itu tidak menerimanya sedangkan dia berharta. Sekarang, dia sedar, semua kekayaannya dulu tidak akan kekal.
" Bro, kita kan keluarga..., apa yang susahnya... takkan kami nak biarkan korang tidur dekat kaki lima macam ni sedangkan kami tidur nyenyak atas katil...kami tak nak di persoalkan nanti dekat 'sana'..," Aryan menepuk bahu Zahim.
" aku tak ada talian lagi dengan kau... aku bukan anak ayah... mama yang cakap masa halau aku hari tu.., a..aku tak sangka Hamani... aku sayang ayah macam ayah aku sendiri, salah ke kalau aku nak jaga dia? mandi kan dia? basuh berak kencing dia? salah ke?... mama marah aku...sampai dia mengaku yang aku ni anak...anak haram dia....," Huda menangis teresak-esak. Iman menghampiri Huda dan memeluk adiknya itu. Di usap belakang Huda lembut.
" aku faham perasaan kau Huda, walaupun kita tak pernah berbaik...aku tak pernah simpan dendam dengan kau...aku sentiasa anggap kau adik aku.., aku tau hati kau baik..., aku berterima kasih sangat dekat kau sebab tak abaikan ayah..., sudahlah tu..kita lupakan kisah lama.... masa depan masih panjang untuk kita tempuh...," Iman berkata tenang. Sejujurnya, hatinya semakin tenang dan lega bila memaafkan Huda.
" aku malu..., aku malu nak jumpa ayah..., aku bukan anak dia...," Huda masih mengongoi.
" tapi..ayah tetap anggap kau anak dia Huda...ayah tak pernah benci kau..., dia kenang segala jasa kau pada dia..., jom lah ikut aku balik..jumpa ayah... dia rindu sangat dekat kau dan Zahim.... lagi pun, takkan kau tak nak jumpakan ayah dengan cucu dia yang comel ni?," Iman cuba memujuk lagi. Huda melepaskan pelukan Iman. Dia mengusap pipi Wafi.
" nama dia Muhammad Wafi Danial..,"
" comel...boleh aku dukung?," Iman bertanya sambil tersenyum memandang Wafi. Huda mengangguk dan menghulurkan Wafi pada Iman. Zahim dan Aryan sekadar memerhati.
" Wafi...ni cik Iman, kenal tak?..alolo..dia menguap pulak...ngantuk ye...dah kenyang susu?.. Wafi nak tidur?... Wafi nak tidur atas katil tak?.. wafi pujuk lah mama..ikut cik Iman balik...," Iman mencuit pipi Wafi sebelum memandang Huda. Dia berharap sangat, adiknya itu bersetuju mengikuti mereka pulang.
" Huda..jom ikut aku..please..., kesian dekat ayah..., dia berharap sangat jumpa dengan kau?..,"
" tapi abang dengan Huda tak dapat bayar sewa...kami tak ada duit..," tiba-tiba Zahim menjawab.
" Ya Allah...bro, kami tak minta sesen pun, kami dah cukup bahagia kalau korang setuju nak ikut kami balik.., aku dengan Iman, memang ikhlas nak tolong korang...," Aryan pula bersuara.
" Jom Huda..kesian Wafi, dia dah terlelap ni... bagi lah dia peluang tidur selesa..," Iman memujuk lagi. Huda memandang Zahim. Suaminya itu menganggukkan kepala.
" terima kasih..," Huda memeluk Iman sambil menangis.

Wanita paruh baya itu berjalan tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Bakul yang di jinjing penuh dengan daun kering dan batu. Baju kurung yang di pakai sudah terkoyak sana-sini. Badannya juga berbau hamis. Tiba-tiba dia berhenti di sebuah gerai menjual pisang goreng. Tangan kanannya memegang perut yang sudah berkeroncong.
" aku nak goreng pisang...nak sepuluh ringgit..," Dia berkata pada si penjual. Si penjual itu menjeling sekilas.
" kau ada duit ke?,"
" Eh..kau buta ke? nampak ni..aku bawak duit satu bakul..emas pun ada berketul-ketul...," Wanita itu menjawab marah. Dia mengangkat bakul berisi daun kering dan batu tadi. Si penjual menggelengkan kepalanya.
" duit kau dengan emas kau tu tak laku.. kau simpan ajalah.. ni ambik pisang goreng aku sedekah...," Si penjual menghulurkan plastik kecil berwarna merah pada wanita itu.
" sikitnya..aku kan nak sepuluh ringgit..,"
" cukup lah ni untuk kau makan sorang...,"
" mana cukup..., kau ingat aku tak ada duit ke?," Wanita itu marah.
" nak ke tak nak? kalau tak nak aku ambil balik.,"
" ishh..iyalah!!!.., nah ambik duit ni..," Wanita itu menghulurkan dua keping daun kering. Si penjual mengeluh.
" kau simpanlah duit tu, dah banyak boleh masuk bank,"
" tak nak sudah..kau yang tolak rezeki..," Wanita itu menjeling sebelum mencapai bungkusan pisang goreng di hadapannya. Dia berjalan pergi meninggalkan gerai itu.
" rajin betul Pak Seman melayan orang tua tu," salah seorang pelanggan yang duduk di meja menegur.
" Kesian Mail," jawab Pak Seman.
" itu balasan dia Pak Seman, dekat kampung ni siapa aja tak kenal dengan Mak Cik Azizah tu..., sanggup halau anak sendiri, jual anak tiri.. macam-macam lagi lah..," Si Mail bercerita.
" biarlah Mail, dia dah tak siuman...kita yang sihat ni kena jaga mulut..., jadikan pengajaran apa yang jadi dekat dia tu..," Pak Seman berkata sambil melirik Mail. Jejaka itu tersengeh mendengar nasihat Pak Seman.

Iman teesenyum bahagia sambil di peluk Aryan dari belakang. Mereka berdua melihat Huda dan Zahim berpelukan dengan Hashim. Menitis air mata Iman bila melihat ayahnya menangis sambil tersenyum.
" sayang okay?," Aryan berbisik di telingan Iman.
" lebih dari okay abang..., sayang bahagia sangat... akhirnya dapat juga sayang tunaikan permintaan ayah..," Iman menjawab sambil mengesat air matanya.

" Sam..I dah penat lah..," Shima berkata sambil bersandar di pokok. Terasa menyesal pula mengikuti Sam mendaki gunung Apsan seawal pagi begini. Tiga bulan lepas, dia singgah di Seoul sebelum bertolak ke Switzerland, kini dia kembali ke korea dan mendaki gunung Apsan di Daegu. Memang gila di buatnya bila mengikuti idea Sam.
" come on...takkan dah penat...sikit lagi kita nak sampai..., mesti you bangga bila dapat tengok pemandangan dari atas sana...," Sam berkata.
" senang lah you cakap...I mana pernah hiking.., kalau shopping I pandai lah..," Shima berkata sambil menjeling Sam.
" sama je shopping dengan hiking, kena berjalan juga..," Sam tersengeh.
" No..I betul-betul dah penat...kalau you nak sangat I naik..you kena dukung I..," Shima mengugut. Tiba-tiba Sam mencangkung membelakangi Shima.
" what?," Shima mengerutkan keningnya.
" cepat lah...I dukung you sampai atas," Sam berkata selamba.
" urhhh..nonsense!!!," Shima merengus sebelum berjalan meninggalkan Sam di belakang.
" Shima!! wait!!,"

" Huda, macam mana? selesa tak tidur bilik tu? sorry ye..aku tak dapat sediakan bilik yang lebih besar..," Iman bertanya bila dia dan Huda sibuk menyediakan juadah untuk sarapan.
" Aku dah cukup bersyukur kau tumpangkan aku dekat sini Iman...nanti bila abang Zahim dah ada kerja tetap, aku nak pindah...tak sanggup susahkan korang lagi..," Huda menjawab sambil tersenyum. Dia kagum melihat wanita di hadapannya. Iman Hamani, dulu dia sentiasa ada perasaan dengki dan iri hati pada wanita itu, tetapi kini dia bersyukur yang Iman masih sudi memaafkannya.
" tak payah susah-susah, rumah sebelah ni dah lama kosong, aku dengan Aryan memang dah bercadang nak beli rumah tu untuk korang," Iman memandang Huda sambil tersenyum. Adiknya itu menoleh dengan wajah terkejut.
" a..aku tak mampu Hamani..., aku dengan Zahim dah bincang nak sewa bilik aja.., cukuplah untuk kami bertiga, kami tak mampu nak beli rumah..," Huda menunduk.
" Ishh...aku dengan Aryan dah lama bincang, kami memang nak hadiahkan rumah tu pada korang, sebab kau dengan Zahim dah jaga ayah waktu aku tak ada..," Iman berkata ikhlas.
" aku tak boleh terima Hamani, aku jaga ayah ikhlas.. tak minta balasan apa pun..,"
" begitu juga aku, aku ikhlas nak hadiahkan kau rumah tu, tak minta kau balas apa-apa...,"
" sebenarnya...aku berniat nak balik langkawi.., nak tengok mama..," perlahan sahaja suara Huda. Iman mengeluh.
" sorry Huda, sebenarnya aku dah halau mama kau... rumah tu pulak aku dah wakafkan jadi rumah orang tua-tua..," Iman berkata kesal. Huda jelas terkejut, tetapi dia tiada hak menidakkan tindakan Iman itu. Memang mamanya yang bersalah. Dia sedar, mamanya banyak berbuat jahat pada Iman dulu.
" kau marah aku halau mama kau?," Iman bertanya bila Huda membisu.
" aku tak ada hak nak marah...lagi pun, mama yang halau aku dulu..dia dah buang aku Hamani...," Huda tersenyum hambar. Luka di hatinya masih berdarah bila mengingati peristiwa lama.
" aku ada dengar yang dia dah tak siuman..., tapi aku belum jumpa dia lagi... kau nak cari dia?," Iman melirik Huda di sebelahnya.
" ermm..jom kita bawa nasi goreng ni ke depan, mesti dieorang dah lapar...," Huda mengangkat nasi goreng di dalam mangkuk dan berlalu ke ruang makan. Iman mengeluh lembut. Dia tahu Huda masih marahkan Azizah. Biarlah masa yang menentukan.

" Ibu, baba...kenapa tak cakap nak datang? nasib baik Iman masak nasi goreng lebih..," Iman terkejut bila Mastura dan Idris muncul di muka pintu.
" baby Wafi mana? ibu tak sabar nak peluk dia..nak gomol..," Mastura tidak menghiraukan pertanyaan dari Iman. Idris dan Iman saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala.
" tengok lah Ibu kamu tu, pantang dengar ada baby, berdezup dia datang...nasib baik lah baba ni hebat memandu..," Idris mengadu. Iman ketawa kecil sambil bersalaman dengan Idris.
" Assalamualaikum...," mereka menoleh bila ada yang memberi salam.
" Ehhh...mommy dengan daddy?... semua janji nak serbu rumah Iman ke apa pagi ni?," Iman jelas terkejut bila ibu dan bapa mertuanya juga ada di situ.
" Ibu yang bagitau mom kamu... Za..jom lah..kita tengok baby..," Mastura menjawab bagi pihak Datin Zara sambil menarik tangan besannya itu masuk ke dalam rumah.
" kejap..kejap.. aku nak buka kasut!!," Iman, Idris dan Datuk Ridwan sekadar menggelengkan kepala. Jika sahabat baik itu berjumpa, pasti huru hara jadinya.

Huda dan Zahim terkejut bila melihat wajah-wajah baru yang belum di kenalinya. Iman dan Aryan tersenyum bila Mastura dan Datin Zara mengagah Wafi yang baru bangun tidur.
" Huda..Zahim...ni ibu dan baba angkat aku..yang ni pulak mommy dan daddy, mertua aku," Iman memperkenalkan mereka semua.
" ohh...," Huda mengangguk faham.
" Hashim, macam mana kaki?" Idris bertanya sambil memegang lutut Hashim.
" Alhamdulillah... dah boleh berjalan sikit-sikit...," Hashim menjawab sambil tersenyum.
" baguslah... nanti rajin-rajin lah datang ke terapi, aku pun dah tak kemana... puas bercuti sana sini, nak berehat pulak..," Idris berkata sambil ketawa kecil.
" insyaallah, kalau Iman bawak...aku pergi lah..," Hashim menjawab.
" boleh je ayah...Iman kan dah ada lesen kereta..."
" Kau tak seram ke kalau si Iman ni bawak kereta?," Idris bertanya pada Hashim.
" kadang tu, aku rasa seram juga...takut terbabas masuk longkang..," selamba sahaja Hashim menjawab.
" Ayah!!!," Iman memuncungkan mulutnya, manakala mereka semua ketawa mengekek. Huda juga turut ketawa. ' Ya allah, sungguh perancanganmu itu adil dan sempurna, siapa sangka dugaan yang kau beri kau balas dengan hikmah rezeki yang tiada tandingannya..., sekarang aku sedar, setiap perbuatan itu pasti ada balasannya..., hanya insan berhati lembut dan mulia seperti Iman dapat memaafkan apa yang aku dah lakukan dulu..., adakah sisa kemaafan di hatinya untuk mama? aku juga...bersediakah aku memaafkan insan yang aku gelar mama itu?..,' Huda berbisik di dalam hati. Tanpa sedar air matanya mengalir di pipi.
" Sayang kenapa?," Zahim berbisik.
" tak ada apa, cuma terharu...sayang tak sangka Wafi dapat juga merasa kasih sayang nenek, walaupun bukan nenek sendiri..," Huda menjawab sambil mengesar air matanya dengan hujung lengan baju.
" percaya dengan hikmah sayang..," Zahim menggenggam tangan Huda. Dia faham apa yang di rasai isterinya itu.

" waalaikumsalam Ina, ada apa call saya malam-malam macam ni?," Iman menjawab salam sebelum bertanya. Dia melirik jam yang menunjukkan pukul dua belas malam.
" Puan Iman, maaf mengganggu, sebenarnya saya serba salah nak cakap...tapi kena juga bagitau Puan..," Terdengar suara cemas Salina di talian.
" kenapa Ina? apa yang dah jadi?," Iman bingkas duduk. Dia melirik Aryan yang masih lena di sebelah.
" Mak Cik Azizah.."
" kenapa dengan Mak Cik Azizah?" Kening Iman berkerut seribu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience