~Bab 25~

Romance Completed 14748

Iman meraba-raba tilam di sebelah, manakala matanya masih terpejam rapat. ' kenapa tilam ni keras semacam? semalam elok je lembut..,aduiii..malasnya nak bangun...,' Iman mengeluh dalam hati sebelum mengeliat. Perlahan-lahan dia membuka matanya sebelum terkebil-kebil. Wajah Aryan tepat-tepat di sebelahnya. Tangan lelaki itu melingkar kemas di pinggang Iman. ' ishh...aku lupa pulak yang aku ni dah ada suami...,' Iman tersenyum sendiri. Dia menatap wajah tenang Aryan. Siapa sangka, lelaki ini akan menjadi suaminya. Dan siapa sangka dia akan jatuh cinta. Sungguh semuanya sudah di takdirkan. Kerana keikhlasan cinta Aryan...akhirnya hati beku Iman mula cair.
" sebab kau lah aku ada perasaan ni Aryan... I love you...abang...," Iman berbisik.
" I love you more...and more..sayang..," Iman terkejut bila Aryan membalas kata-katanya sedangkan lelaki itu masih memejamkan mata. Lelaki itu tersenyum sebelum membuka mata.
" Aryan!!," Iman menolak tubuh lelaki itu manakala Aryan tersenyum meleret.
" sayang...kenapa nak malu?..abang kan suami sayang...," Aryan menarik kembali Iman ke dalam pelukannya. Isterinya itu menurut sahaja.
" ermmm...rasanya dah lewat nak subuh ni...aku nak mandi..," Iman bingkas bangun dan mencicit ke bilik air.
" sayang...," Langkah Iman terhenti.
" iyaaa...,"
" sayang dah boleh solat ea?," Aryan bertanya nakal.
" sibuklah..," sepantas kilat Iman masuk ke bilik air dan mengunci pintu.

Iman mengetap bibir bila Aryan mencapai tangannya di bawah meja. Mereka di meja makan untuk bersarapan. Datuk Ridwan dan Datin Zara juga turut ada di situ.
" Mom..dad..., hari ni last tau Aryan dengan Iman dekat sini..kiteorang dah buat keputusan nak pindah dekat apartment Iman..., sayang lah kalau biar kosong...lagi pun...boleh berdikari..," Aryan tiba-tiba bersuara. Datuk Ridwan dan Datin Zara saling berpandangan manakala Iman membutangkan matanya pada Aryan. ' bila masa pulak dia bincang dengan aku nak pindah ni? mamat ni suka betul buat keputusan sendiri tau...,'.
" mom dengan dad tak kisah...tapi tak nak tunggu lepas majlis resepsi ke?," Datin Zara bertanya.
" Aryan bukan apa mom...kesian dekat isteri Aryan ni...dia kan tak biasa duduk sini...takut tak selesa..," Aryan menjawab sambil memeluk bahu Iman.
" ohhh..betul juga..., kalau macam tu..mom dengan dad tak nak menghalang...yang penting kamu berdua kena pandai jaga diri...., Aryan...jangan buli menantu mom...kesian dia...,"
" baik mom...,"
" Iman..kalau Aryan buat perangai..cepat-cepat bagitau daddy ea..," Datuk Ridwan berkata pada Iman. Menantunya itu sekadar mengangguk dan tersenyum.

" wah..wah...tak bincang pun nak pindah..., keputusan bersama konon....," Iman bercekak pinggang di hadapan Aryan.
" sayang....abang tau sayang tak selesa tinggal dekat sini...abang faham..," Aryan menjawab tenang.
" okay...secara jujurnya, aku memang tak berapa selesa tinggal dekat sini...,tapi kau tak kesian dekat mom dengan dad ke? dieorang dah terbiasa tengok kau hari-hari dekat rumah...," Iman berkata sambil duduk di sofa.
" sayang...," Wajah Aryan bertukar serius.
" iyaa..,"
" kenapa masih panggil kau aku? bukan ke abang dah bagi amaran malam tadi?," Aryan mengangkat keningnya manakala Iman sudah terkebil-kebil. ' alamak!!!,'
" errr..emmm..,"
" kalau abang dengar lagi sayang bahasakan kau dan aku...,jangan salahkan abang kalau abang....,"
" okay..okay....abang...sayang mintak maaf...," Iman memotong kata-kata Aryan. Tidak sanggup dia mendengar apa yang akan di katakan lelaki itu seterusnya.
" haaa..macam tu lah...dengar pun romantik aja...," Aryan tersenyum meleret.
" senyum..senyum...," Iman menjeling geram. Entah kenapa, hilang sudah sifat memberontaknya bila bergelar isteri Aryan, sedangkan dia bukan sejenis yang mudah menurut kata. Ilmu apa yang lelaki itu guna untuk membuatkan dia menurut, Iman pun tidak tahu.
" tengok tu..asyik termenung aja...fikirkan apa?," Aryan mencuit hidung Iman.
" tak adalah..., hurmm...ni bila nak kemas bag?," Iman bertanya.
" Eh...tadi macam tak setuju nak pindah..," Aryan menggaru dagunya.
" bukan tak setuju..cuma kesian dengan mommy dan daddy aja...,"
" it's okay...semua ni kami dah bincang awal-awal...," Aryan menjawab sambil membelai rambut Iman.
" kalau macam tu...aku okay je..opss...sayang okay je..," Iman melirik Aryan yang merenungnya. ' aduhhh...susahnya nak bahasakam diri sayang abang ni...berbelit-belit lidah aku..,'.

" cuba you pakai ni...," Sam berhenti di salah satu gerai menjual cenderamata sebelum mencapai topi berbentuk arnab. Dia memakaikan topi itu di kepala Shima.
" so cute...Gwiyeopta!!," Sam tersenyum lebar manakala Shima mengerutkan keningnya.
"Gwiyeopta tu apa?," dia bertanya lurus.
" maksudnya comel sangat..gwiyeopta tu bahasa Korea...," Sam menjawab.
" ohhh...you boleh berbahasa Korea ke?,"
" sikit-sikit boleh la...tapi kakak I memang fasih, banyak juga bahasa yang dia guna...mungkin sebab tu dia jadi guide...,"
" okay...lepas ni kita nak kemana? I dah lapar lah...ada kedai makan halal ke dekat sini?,"
" Jom..dekat depan tu ada restoran Murree...ada macam macam makanan Korea yang halal dekat situ...," Sam menunjukkan ke satu bangunan di hadapan mereka. Shima sekadar mengangguk setuju.

Iman merenung wajah Aryan yang masih terlena di sofa. Mereka baru sahaja berpindah ke apartmentnya. ' kesian..mesti penat naik tangga tadi...nak buat macam mana..lif tu boleh pulak rosak time macam ni...nak tak nak kena lah menapak naik tangga..., nasib baiklah bawa beg baju aja..,' Iman membebel dalam hati. Dia menyentuh kening Aryan sebelum menyentuh bulu mata lelaki itu. Seluruh wajah itu di tatapnya hingga ke bibir. Iman tersenyum sendiri. Sejujurnya, dia memang mencintai Aryan setelah lelaki itu sah menjadi suaminya. Perlahan-lahan Iman mendekatkan bibirnya ke bibir Aryan.
chup!..tiba-tiba Aryan terlebih dulu mencium Iman. Dia tersenyum nakal sambil membuka matanya.
" ohh..sayang nak curi-curi kiss abang ea...," Aryan suka bila wajah Iman sudah memerah malu.
" mana ada..perasan..," Iman menolak tubuh Aryan ke sofa tetapi tangannya pantas di capai Aryan menyebabkan dia terduduk di atas riba lelaki itu.
" cepatlah...abang nak sayang kiss...," Aryan menadah wajahnya.
" tak nak!!!," Iman menolak dada Aryan.
" cepatlah..abang tutup mata...nak kiss abang atau abang denda lagi teruk?," Aryan mengangkat keningnya. Iman menggigit hujung bibir. ' suka sangat nak ugut aku...it's okay Iman...sekadar kiss sekali kau tak kan apa-apa...cool...kiss je cepat-cepat lepas tu lari,' Iman mendekatkan wajahnya ke wajah Aryan.
chup!..tanpa di duga, Aryan membalas ciuman Iman. Isterinya itu terkejut tetapi tidak membantah. Bibir mereka bertemu agak lama..seminit..dua minit...
'sayang...jangan mengelak dari abang...,' bisik hati Aryan. Dia melepaskan bibir kekasihnya. Iman tertunduk malu. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh kecil Iman dan di bawa ke bilik. Iman hanya menurut tanpa berbicara walau sepatah. Dia redha.

" sayang...lama lagi ke dekat dalam tu? ke nak abang tolong mandikan sayang?," Aryan bertanya sambil bersandar di tepi pintu bilik air.
" diamlah!!!," Iman menjerit dari dalam.
" sayang...jangan lupa niat mandi wajib tau..," Aryan masih dalam mood menyakat.
" Aryan!!!!," Iman menjerit sekuat hati manakala Aryan sudah ketawa mengekek sambil memegang perutnya.

Akhirnya, hari yang di tunggu-tunggu tiba juga. Majlis resepsi Aryan dan Iman sungguh meriah. Sanak saudara dan teman handai ramai juga yang datang. Jelas terpancar wajah kegembiraan Mastura dan Idris. Satu-satunya anak angkat mereka sudah berkahwin.
" sayang...kenapa ni?..abang tengok muram aja...,sayang tak sihat ke?," Aryan bertanya separuh berbisik.
" sayang okay...cuma teringatkan Ayah...," Iman mengeluh.
" sayang sabar ye..nanti kita datang melawat dia...," Aryan mengusap tangan isterinya.
" tapi..,"
" jangan risau....abang kan ada..., kalau sayang kena halau..abang akan pertahankan sayang...," Aryan berkata yakin dan tersenyum.
" okay...,"
" sekarang abang nak sayang senyum...,risau pulak kalau Ibu dengan mom nampak...nanti mesti abang kena soal siasat...tak kesian dekat abang ke?," Aryab buat muka sedih. Iman tersenyum sebelum mencubit lengan Aryan. ' tenang Iman....kau tak perlu risau..,'.

" orang tua tak sedar diri!!!...aku dah bela kau penat-penat...susah sangat ke kau nak bagi aku!?.." Iman dan Aryan saling berpandangan. Mereka baru sahaja tiba di halaman rumah Encik Hashim sebelum terdengar suara Azizah menjerit.
" abang..kenapa agaknya?," Iman berbisik.
" entah lah..jom kita masuk..," Aryan menjawab. Mereka masuk tanpa memberi salam.

" cepat lah!!!,..tak kan nak tunggu kau mampus baru nak bagi aku? sia-sia aku jaga kau selama ni!!!," Azizah menjerit sambil memukul kepala Encik Hashim.
" Ya Allah!!!..Mak Cik!!!," Iman menjerit bila tiba di muka pintu bilik. Dia meluru ke arah Azizah dan menarik tubuh wanita itu ke belakang. Menitik air matanya bila melihat sekujur tubuh yang hanya berbalut kain pelikat di atas tilam nipis.
" ayah....," Dia memeluk Hashim erat. Tubuh itu tidak setegap dulu. Lemah dan tidak berisi. Wajah ayahnya itu cengkung dan tidak bermaya.
" Hamani...," lemah sungguh suara Hashim.Terketar-ketar tangannya mengusap wajah Iman.Iman menangis semahunya.
" Mak Cik...apa yang makcik buat dekat ayah kami?," Aryan bertanya serius.
" Ayah korang?...ehh..kau ni siapa? tiba-tiba nak mengaku ayah?..," Azizah bercekak pinggang. Sebenarnya dia masih terkejut dengan kemunculan Iman di situ. Habis rosak rancangannya.
" saya suami Iman..., Mak Cik belum jawab soalan saya..kenapa Mak Cik buat ayah macam tu?," Suara Aryan naik seoktaf. Dia menahan diri dari berkasar dengan Azizah.
" ohhh..dah berlaki...tak sangka ada juga yang nak kan kau ye Hamani...," Azizah tersenyum sinis. Iman datang menghampirinya. Tiba-tiba baju kurung wanita itu di cengkam Iman.
" apa yang kau dah buat dekat ayah aku!!!??," Iman menjerit bagai orang histeria. Azizah terkelu. Selama dia mengenali Iman, baru kali ini anak tirinya itu meninggikan suara padanya.
" cakap!!!???," Iman menjerit lagi. Aryan juga terkejut melihat isterinya yang menyinga itu.
" lepaskan aku...," Azizah cuba melepaskan cengkaman di bajunya, tetapi tidak berjaya.
" heyy orang tua!!!??..aku dah lama bersabar dengan kau tau..., ikutkan hati aku ni..dah lama aku cekik kau sampai mampus!!!," Iman berkata dengan wajah geram. Nafasnya tidak teratur kerana terlalu marah.
" sayang...sabar dulu...jangan ikutkan perasaan marah tu...yang penting sekarang Ayah, bukan dia..," Aryan memeluk isterinya dan berbisik di telingan Iman. Perlahan-lahan cengkaman di baju Azizah di lepaskan. Iman kembali tenang sambil di peluk Aryan.
" Hamani...," Hashim memanggil lemah. Iman kembali mendapatkan ayahnya.
" iya ayah..," wajah Hashim di usap lembut.
" Allah dah dengar doa ayah..., sebelum ayah tutup mata..ayah nak serahkan geran tanah pusaka ni pada Hamani... satu-satunya anak ayah...,," Hashim berkata sayu sambil menyeluk sesuatu di celah papan di sebelahnya.Berkerut seribu kening Iman.
" apa!!!?? Ohh...patutlah aku cari satu rumah tak jumpa...dekat situ kau sembunyikan geran tu...bak sini!!!," Tiba-tiba Azizah menjerit dan meluru ke arah Hashim.
" Mak cik!!!...apa semua ni!!??..," Aryan sempat menahan Azizah dari mendekati bapa mertuanya. Wanita itu meronta minta di lepaskan. Iman menjeling Azizah dengan senyuman sinis.
" patutlah kau dera ayah..sebab dia tak bagi geran ni dekat kau rupanya..., bukan ke kau ada menantu kaya? mana dia? kenapa kau tak kikis je menantu kau tu?," Iman bertanya sambil merenung Azizah tajam.
" kaya apanya..dia dah kena halau masa kahwin dengan Huda..sebab tu merempat dekat rumah ni... menyusahkan aku aja...kalau aku tau yang dia tak dapat sesen pun harta bapak dia..aku tak bagi dia kahwin dengan Huda....," Azizah membuka cerita. Iman dan Aryan saling berpandangan.
" hah..padan lah dengan muka kau..., itu balasan dari sikap tamak dan gila harta kau tu..., sekarang mana menantu dengan anak kesayangan kau? dah lari?..bukan ke kau nak dapat cucu?," Iman mengangkat keningnya.
" aku dah halau...," selamba sahaja Azizah menjawab.
" halau?," Aryan bertanya sambil mengerutkan keningnya.
" duduk dekat sini menyusahkan aku aja...,asyik nak membela orang tua ni.."
" wahh...aku tak sangka hati kau sebusuk ni..., sampai anak kau sendiri pun kau halau...," Iman memggelengkan kepalanya.
" patut pun kena halau...yang dia ikutkan sangat cakap laki dia tu kenapa...,"
" Huda tu masih ada hati..tak macam awak..," Hashim tiba-tiba bersuara.
" heyy..kau diamlah orang tua..., pasal kau lah aku halau dia..asyik nak membela kau aja, sampai melawan cakap aku..," Azizah berkata tanpa rasa bersalah.
" aku rasa...tak guna nak bertekak dengan orang macam kau ni..., Abang...angkat ayah masuk kereta.. kita bawa pergi hospital...," Iman mengeluh berat sebelum melipat geran di tangannya.
" Ehh..kau nak bawak orang tua tu..kau bawak..geran kau tinggal..," Azizah masih juga tidak sedar.
" apa hak kau pada geran ni?..,"
" aku isteri dia mesti lah aku ada hak!!,"
" isteri macam apa dera suami sendiri? lagipun..kalau kau ambik geran ni..kau takkan boleh buat apa-apa..sebab ayah dah letak nama aku.., nama kau tak ada dekat sini.., selagi aku hidup...satu habuk pun kau tak dapat merasa...," Iman tersenyum sinis. Azizah hilang kata-kata. Dia merenung Hashim tajam. Suaminya itu buat tak endah dengan renungan itu.
" jom abang...,"
" jom...abang angkat ayah..sayang bukakan pintu kereta..," Aryan mengangguk sebelum mencempung tubuh kering Hashim. Ringan sungguh tubuh tua itu, entah apa yang masih tersisa.
" jantan tak guna!!!," tiba-tiba Azizah menyerang Hashim.
Pang!!!
" jangan berani kau sentuh ayah aku...," Aryan dan Hashim terkejut bila Iman menampar Azizah hingga terduduk ke lantai. Wanita itu memegang pipinya yang memanas.
" aku nak kau keluar dari rumah ni..., kau tak ada hak tinggal dekat sini lagi..cukuplah selama ni ayah aku buat kesilapan kahwin dengan perempuan macam kau...sila berambus!!," Iman berkata sebelum menapak keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience