~Bab 18~

Romance Completed 14748

" you buat ajalah apa yang I suruh...jangan nak merungut...berapa pun I sanggup bayar.... I tak nak dengar lagi alasan you ea...sebelum dieorang balik sini..I nak benda tu dah siap..," Shima berkata sebelum memutuskan talian. Dia menghenyakkan punggungnya di birai katil. ' siap lah korang...aku tak akan biarkan korang hidup bahagia...,'.

" Hari ni kita balik...," Iman berkata sebelum menghirup air kopinya.
" alaa....aku dah ambik cuti seminggu tau...takkan nak balik sekarang...jom lah jalan-jalan dekat sini... aku pun dah lama tak mandi pantai...berguling dekat pasir...,"
" kau ni ada aje kan....aku bagi sehari aja..esok kita balik...," Iman menjeling wajah Aryan yang tersengeh.
" haa..macam tu lah...sayangggg.. tunang aku ni..," Aryan mencuit hidung Iman, tetapi di tepis gadis itu.
" sayang..sayang...ingat aku percaya?" Iman bangun dari duduknya.
" sayang tak percayakan abang ke? sampai hati sayang...," Aryan pura-pura merajuk.
" takkk...sayang tak percaya dekat abang...," Iman menjawab dengan pura-pura menggoda. Aryan ternganga. Pertama kali dia melihat Iman benar-benar seperti seorang perempuan sejati.
" tutup mulut tu...nak kena sumbat dengan pasir pantai ke?," Iman kembali berwajah serius. Dia sengaja menguji Aryan tadi. ' elehh...tergoda lah tu..kau tak tak tengok aku jadi perempuan betul-betul Aryan...kalau takkk...,' Iman tersenyum sumbing sebelum menapak ke arah pantai. Walaupun dia sudah berkemas malam tadi, apa salahnya berseronok sehari. Seronok?...mungkin dia hanya berpura-pura seronok, hakikatnya jauh di lubuk hati, dia masih mengharapkan Encik Hashim berlembut hati padanya.

Datin Zara dan Datuk Ridwand saling berpandangan, manakala wajah Datuk Hasrul dan Datin Mona masam mencuka. Mereka benar-benar marah saat itu.
" tapi Rul...boleh percaya ke gambar ni?," Datuk Ridwan bertanya. Dia tidak mahu percaya bulat-bulat apa yang baru di lihatnya.
" Rid...sekarang ni pun kau masih nak menafikan apa yang anak kau dah buat dekat Shima? kalau dia tak suka dengan anak aku..kenapa dia buat macam ni? anak aku tu perempuan Rid... mana kami nak letak muka?," Datuk Hasrul berkata dengan wajah kesalnya.
" kami tak kira, setuju ataupun tak Aryan kena berkahwin dengan Shima...anak kami tu pun ada maruah tau tak..dah pandai buat pandai lah tanggung...takkan nak biarkan Shima tanggung sorang...," Datin Mona pula bersuara. Panas hatinya bila tahu apa yang Aryan buat pada Shima.
" tapi Mona...kami kena tanya Aryan dulu..tak boleh buat keputusan terburu-buru...,"
" ohhh...tak nak terburu-buru...masa korang tunangkan si Aryan dengan Hamani tu..boleh pulak?..patutlah nak cepat bertunang...rupanya nak lepaskan tanggungjawab...,"
" jaga sikit mulut awak tu Mona..," Datin Zara mula hilang sabar. Dia tidak percaya Aryan buat begitu. Tak mungkin.
" susah-susah sangat...telifon aja Aryan suruh dia balik..biar kita selesaikan perkara ni cepat," Datuk Hasrul memberi cadangan.
" baiklah...," tiada apa yang boleh dilakukan Datuk Ridwan selain mendengar sendiri jawapan dari mulut Aryan.

" baik daddy...Aryan balik sekarang..," Iman sekadar mendengar apa yang di bualkan Aryan dengan Datuk Ridwan di talifon. ' apa yang tak kena? kenapa muka mamat ni tiba-tiba berubah? berita buruk ke?,'
" kenapa daddy kau call?,"
" entah..dia suruh kita balik hari ni jugak...katanya ada hal penting nak bincang...bunyi macam serius aja..," Aryan mengeluh. Dia baru merancang untuk berseronok di sini bersama Iman, nampaknya terpaksalah dia membatalkan semua rancangannya.
" kalau macam tu..jomlah balik.., aku dah rindukan kafe..,"
" hurmm...sorry Iman...,"
" kenapa pulak nak sorry?," Iman mengerutkan keningnya.
" iyalah..kita baru nak berseronok..tiba-tiba dah kena balik..,"
" it's okay...aku pun dah tak ada urusan dekat sini..," Iman tersenyum hambar.
" kalau macam tu..jomlah kita balik..,"

Shima tersenyum puas. Akhirnya Papa dan Mamanya masuk juga ke dalam perangkap yang dia cipta. Masih terbayang riaksi marah papa dan mama bila melihat gambar dia dan Aryan di bilik hotel. Gambar tanpa seurat benang itu bukanlah gambar sebenar dia dan Aryan, tetapi gambar yang telah di edit untuk menyerupai mereka. Dia mengupah seseorang untuk melakukan itu.
" aku nak tengok macam mana kau nak mengelak dari semua ni? selama ni kau tak penah nak layan aku baik-baik kan...agaknya..apa perasaan kau Hamani, bila tahu tunang kau buat macam tu?," Shima tersenyum sinis sambil menatap dirinya sendiri di cermin.

Wajah Aryan merah padam bila melihat gambar yang di hulur olah Datuk Ridwan. Dia terus terduduk di sofa.
" sekarang Aryan kena berterus terang dengan daddy dan mommy...betul ke kamu buat semua ni? patutlah selama ni dia kejar aja kamu ke hulu ke hilir...kamu ada janji apa-apa ke dengan dia?," Datuk Ridwan bertanya dengan menahan rasa marah.
" cakaplah Aryan...mommy nak tau perkara sebenar.. Aryan tak buat semua ni kan? tak kan?," Datin Zara bertanya. Dia tidak sabar mendengar jawapan dari mulut Aryan.
" tak..ni bukan Aryan..., bukan..Aryan tak kan buat macam ni..," Aryan menjawab dengan serba-salah. Dia memicit kepalanya yang tiba-tiba berdenyut. Sudahlah penat memandu masih belum hilang, tiba sahaja di rumah di serang dengan berita begini. Terasa penatnya bertimpa-timpa.
" Aryan nak keluar..," Aryan bangun dari duduknya sambil mencapai kunci di atas meja.
" Aryan nak kemana malam-malam macam ni?" Datin Zara bertanya bimbang.
" kemana aja mommy, janji dapat tenangkan fikiran..," Aryan menjawab sebelum hilang dari pandangan mereka.
" abang...,"
" biarlah..biar dia fikir dulu..tenangkan hati dia..,esok kita bincang lagi..abang pun dah letih..," Datuk Ridwan mengeluh panjang.

" kenapa aku tak sedap hati ek? macam ada sesuatu nak jadi aja...hishh..nak call ibu...malas lah pulak..lagi pun dia mesti tengah fly..esok ajalah aku call...Aryan?..kenapa aku asyik teringatkan dia ye... takkan nak call..tadi dia okay aja..masa hantar aku.., ahh..tidurlah Iman..esok kau nak kerja dah...," Iman membebel sendiri sambil terkebil-kebil merenung syiling.

Matanya di kecilkan sambil melihat kereta Audi A5 berwarna hitam metalic tidak jauh di hadapannya. Dagunya yang tidak gatal di garu perlahan.
" macam kenal..," Perlahan-lahan dia menghampiri kereta itu.
" Ehh..apa yang mamat ni buat awal pagi dekat sini? tak cakap pun nak ambik aku...," memang benar sangkaan Iman, kereta itu milik Aryan. Dia mengetuk perlahan cermin kereta. Tidak sampai sesaat, cermin kereta di turunkan. Iman terkebil-kebil melihat wajah sembab Aryan. ' lahh..dia nangis ke? tapi kenapa? apa yang dah jadi?,' tanpa berfikir panjang, Iman membuka pintu kereta di sebelah pemandu.
" Bro..kau dah kenapa? sakit ke? demam? kenapa muka kau sembab macam tu? menangis?," bertubu-tubi soalan di ajukan oleh Iman.
" weyy..kenapa senyap je? kau okay tak?..," Aryan tidak menjawab tetapi dia mencapai tangan Iman dan di bawa ke wajahnya. Tangan itu di cium lama. Iman terkejut tetapi dia membiarkan sahaja.
" Aryan..apa yang dah jadi? cuba kau cerita...," Iman memujuk. Kini suaranya di lembutkan.
" kau selalu cakap yang kau tak percayakan aku kan?," Aryan bertanya dengan suara seraknya. Iman sekadar mengangguk.
" boleh tak..untuk kali ini..kau percayakan aku?," Terdengar suara Aryan seperti merayu. Kening Iman berkerut seribu.
" kenapa?," ' buang tabiat ke mamat ni?,'.
" please...," Iman terkedu bila Aryan menagis sambil mencium tangannya. Dia dapat merasakan kehangatan air mata yang mengalir di pipi Aryan. ' dia..dia serius ke?,'. Baru kali ini dia melihat Aryan selemah itu. Apa yang berlaku sebenarnya, hingga Aryan menangis dan merayu padanya begitu?.
" Weyy..tak payah lah menangis..aku percaya dekat kau...ceritalah..," Iman memujuk lagi. Aryan menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Tangan Iman masih di genggam erat.
" semalam daddy suruh aku balik sebab gambar ni..," Aryan menyeluk poket seluar jeansnya dan di hulur sekeping gambar pada Iman.
" ka..kau dengan Shima?," Iman terkejut bila melihat gambar mesra Aryan dan Shima di atas katil.
" itu bukan aku..."
" tapi kenapa...,"
" sebab tu aku nak kau percaya kan aku Iman
untuk kali ni aja..please...aku menangis sebab aku takut kau tinggalkan aku...," Aryan merenung wajah Iman penuh mengharap. Gadis itu mengeluh panjang.
" siapa bagi gambar ni?," Iman bertanya serius.
" Shima...,"
" kalau kau tak buat..kenapa ada gambar kau dengan Shima? "
" aku pun nak tau Iman...macam mana aku boleh ada dalam gambar tu?..,"
" macam ni ajalah...kau hantar aku pergi kerja dulu... kau pulak pergi balik..mandi.. buat lah apa yang patut..nanti tengah hari ambik aku...kita terangkan dekat mommy dan daddy kau...aku tau lah nak buat apa..," Iman berkata tenang. Aryan terkebil-kebil memandang Iman di sebelahnya.
" lagi satu..tolong lepaskan tangan aku ye Encik Aryan...tangan aku tu bukan tisu yang kau nak buat lap air mata..," Iman berkata selamba tanpa menghiraukan wajah tercengang Aryan.
" dah...cepat sikit..aku dah lambat ni..,

Iman berlagak biasa sambil duduk bersandar di sofa ruang tamu di rumah Aryan. Sesekali dia melirik wajah serba-salah Datin Zara dan Datuk Ridwan. Mungkin malu berhadapan dengannya.
" Shima dengan family dia jadi datang tak?," Iman bertanya pada Aryan.
" tadi daddy dah call..rasanya dalam perjalanan..," Datuk Ridwan menjawab bagi pihak Aryan.
" okay..kita tunggu dieorang dulu..," Iman mengeluh panjang.
" Iman...auntie minta maaf bagi pihak Aryan..," Datin Zara tiba-tiba bersuara.
" Lahh..kenapa auntie kena minta maaf pulak? auntie yakin ke Aryan buat macam tu?," Iman bertanya selamba.
" tapi..,"
" macam ni ajalah auntie...kita dengar sendiri dari mulut Shima dan Aryan apa yang dah berlaku... sama ada perkara ni betul ataupun tak..selagi tak terbukti Aryan dan Shima buat benda tu..saya masih percayakan tunang saya...patutnya Uncle dan auntie pun kena buat perkara sama...," Iman tersenyum. Aryan terharu bila mendengar apa yang baru di ucapkan Iman. Dia tidak menyangka gadis itu benar-benar percayakan dirinya.
" assalamulaikum..,"
" waalaikumsalam..," mereka menjawab serentak.

Shima menangis hingga tersedu-sedu sambil di pujuk Datin Mona. Iman masih berwajah selamba, manakala Aryan menunduk ke lantai.
" kamu ni siapa pulak?," Datuk Hasrul bertanya pada Iman.
" saya Iman Hamani...tunang Aryan...," Iman menjawab selamba.
" kamu tunang Aryan? huhh...kesian jadi kambing hitam..," Datuk Hasrul berkata sinis. Iman tersenyum sumbing mendengar kata-kata dari papa Shima itu. Shima pula buat wajah terkejutnya.
" baiklah kalau semua dah ada dekat sini..Aryan..Uncle nak dengar apa penjelasan kamu..," Datuk Hasrul berkata tegas sambil merenung Aryan tajam. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menumbuk lelaki itu.
" opss..maaf saya mencelah...saya nak tahu juga..siapa yang bagi gambar ni? Aryan atau Shima?," Iman tiba-tiba bersuara sambil meletakkan sekeping gambar di atas meja.
" I yang bagi..kenapa?," Shima menjawab dengan suara seraknya.
" ohh..kau yang bagi...aku cuma nak tau..macam mana kau dapat gambar ni? masa kau nak buat tu kau rakam ke? atau kau upah orang tolong ambilkan gambar?," Iman berkata sambil tersenyum sinis.
" jaga mulut kau ya budak...kurang ajar betul..," Datin Mona berkata geram. Mungkin tidak puas hati dengan bahasa yang di gunakan Iman.
" ada orang bagi gambar tu..," Shima menjawab serba-salah.
" iya ke? agaknya siapa lah yang jahat sangat sampai ambil gambar kau tengah bermesra ye?,"
" Heyy..kau jangan nak salahkan Shima saja..tanya lah tunang kau tu..," Datuk hasrul pula mencelah.
" macam ni lah Datuk, Datin yang di hormati...bukan saya nak membela sangat si Aryan ni...tapi... sebelum saya percaya dengan gambar tu...apa kata..kita siasat betul-betul..,"
" apa lagi yang nak di siasat? gambar ni dah membuktikan segalanya...,"
" salah...gambar ni bukan bukti kukuh...," Iman menjawab sambil melirik Shima yang sudah berhenti menangis.
" habis tu..nak bukti apa lagi.," Datin Mona tidak puas hati.
" sebelum tu..aku nak tanya kau Shima...kalau betul lah kau dengan Aryan pernah bersama dekat hotel.. aku nak tau..hotel mana?"
" ho...hotel Blue Moon..," Shima menjawab. Iman mengangguk-anggukkan kepalanya.
" okay..kalau macam tu..., jom kita pergi sana..,"
" nak buat apa?," Shima bertanya dengan wajah bimbang.
" aku nak cek cctv lah...kalau kau dengan Aryan datang hotel tu mesti lah ada muka korang dalam cctv....korang berdua ni bukan halimunan kan?..," Iman berkata selamba sambil melirik wajah Shima yang tidak tentu arah. Aryan dan kedua orang tuanya terkebil-kebil memandang Iman.
" betul juga...rakaman cctv boleh membuktikan segalanya...saya setuju dengan apa yang Iman usulkan..," Datuk Ridwan menyokong kata-kat Iman.
" baik..kalau macam tu..kita ke sana...tapi..kalau terbukti yang Aryan dan Shima memang ke hotel itu, Aryan kena berkahwin dengan Shima dan memutuskan pertunangan dengan Hamani...," Datuk Hasrul berkata tegas.
" okay..okay...kalau betul Shima dan tuanang saya ni buat benda tu...saya sendiri akan minta putus dengan dia..tapiii...kalau dieorang tak de dalam cctv...saya tak nak tengok anak Datuk dan Datin ganggu tunang saya..," Iman berkata serius sambil merenung Shima tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience