~ Bab 12~

Romance Completed 14748

" kau gila ke!!??,"
" ishh..apa yang gilanya?," Aryan bertanya pelik.
" daripada aku masuk bilik kau..baik aku duduk je kat bawah," Iman menjawab sambil mengintai ke dalam bilik Aryan.
" kenapa? kau takut?," Aryan mengangkat keningnya.
" takut?..please lah..kau yang sepatutnya takut dengan aku...dah lama aku simpan geram dekat kau ni...ikut kan hati..nak aja aku...,"
" nak apa?..," Iman tidak meneruskan kata-katanya bila Aryan mula mendekat.
" kau nak buat apa?" Aryan semakin mendekat. Iman mengundur setapak ke belakang. Dia menelan air liurnya. Entah kenapa, seluruh tubuhnya terasa lemah ketika itu.
" Ka..kau dah kenapa?,"
"kau nak tumbuk aku?," Aryan tidak menghiraukan pertanyaan Iman dan semakin mendekati gadis itu hingga tiada ruang untuk Iman lari.
" atau kau nak kiss?," Kali ini, Iman boleh merasakan deru nafas Aryan di wajahnya.
" Aryan..," niat di hati untuk menjerit, tetapi lain pula yang keluar di mulut. Terdengar suaranya seperti menggoda pula.
" kau nak kiss aku kan?," Aryan bertanya separuh berbisik. Iman mengetap bibir, cuba mencari jalan untuk melepaskan diri dari situasi itu. Aryan mendekatkan wajahnya.
" Arkhhhh!!!!," tiba-tiba Aryan mengerang kesakitan sambil terhencut-hencut.
" Hah!!..padan muka kau...tu baru sikit...,gatal sangat nak usyar aku kan?...," Iman tersenyum sumbing sambil bercekak pinggang.
" aduhhh!!!...kau ni potong betul lah..," Aryan duduk di lantai sambil menggosok kakinya yang perit di pijak Iman. 'bertuah punya tunang...,'.
" Aryan!!...kenapa menjerit tu?," terdengar suara Datin Zara dari tingkat bawah.
" tak ada apa mom...,Aryan okay aja ni!!,"
" sedap kena pijak?..," Iman bertanya sebelum ketawa mengekek.
" ishh..kau ni kan...aku bergurau je pun.,"
" bergurau lah sangat..kau ingat aku percaya? dah lah..aku nak turun..," Iman malas melayan kerenah Aryan.
" kau tak nak salin baju ke?,"
" salin baju? baju apa?," Iman bertanya kembali.
" aku tau kau tak selesa pakai baju tu, pergi lah salin baju...aku banyak baju dalam almari...pilih je yang mana kau nak..,"
" Aku tak tengok kau lah...takut sangat.., dah..pergi masuk bilik, salin baju sana..aku tunggu kau dekat sini., lepas tu kita curi-curi keluar....,aku pun rimas nak menghadap semua orang dekat bawah tu...," Aryan meneruskan ayatnya bila Iman memandang penuh curiga.
" susah aku nak percaya...tapi aku memang dah tak tahan nak pakai baju ni lagi...," Iman berkata dengan perasaan serba salah.
" apa susah..nanti kau kunci ajalah pintu tu dari dalam..., dah..pergi cepat..sebelum Ibu dengan mom naik atas..," Aryan cuba meyakinkan Iman.
" okay...tapi kalau kau cuba nak intai...jangan salahkan aku kalau kena mua thai..," Iman sempat menghadiahkan jelingan maut pada Aryan sebelum melangkah ke dalam bilik.
" ada hati nak mua thai kita..., dia belum tau mua thai aku...," Aryan berbisik sendirian bila Iman sudah menutup daun pintu. Bibirnya automatik tersenyum lebar. Terkenang kembali apa yang di bualkan dengan Mastura dan Idris dua hari lepas.

" Iman tu lelaki ke perempuan?," Aryan bertanya serius. Cukuplah dia berteka-teki. Penat menahan rasa yang menyesakkan dada. Jika Iman tidak mahu berterus terang, biar dia sahaja yang mencari jawapan.
" ke..kenapa Aryan tanya auntie macam tu?," Mastura memandang Idris penuh makna.
" please auntie, uncle...jujur dengan Aryan...," pinta Aryan.
" kamu suka dekat Iman ke?," Idris bertanya setelah membisu dari tadi. Mastura hilang kata-kata bila Aryan menjawab dengan anggukan.
" Tolonglah...Aryan cuma nak tau aja..betul ke Iman tu lelaki?..kalau lelaki...Aryan akan anggap dia macam kawan dan buang jauh perasaan ni...tapi..kalau dia perempuan...,"
" kalau dia perempuan?," Idris bertanya kembali.
" Aryan akan lamar dia jadi isteri...," Aryan menjawab yakin. Bukan senang bagi insan bernama Aryan ini mahu jatuh cinta. Tetapi, Iman berjaya buat hatinya cair.
" Aryan...auntie tak salah dengar kan?," Mastura meminta kepastian.
" iya..Aryan serius...sebab tu Aryan jumpa auntie dengan uncle minta kepastian..," Idris dan Mastura saling berpandangan sebelum tersenyum penuh makna.
" kalau Aryan nak jawapan...tunggu sekejap..," Mastura berkata sebelum bingkas bangun. Selang seminit, dia kembali dengan beberapa album di tangan.
" Aryan tengoklah sendiri.., rasanya gambar-gambar tu cukup sebagai jawapan dari soalan Aryan tadi..,"
Mastura tersenyum ceria sambil menghulur album gambar pada Aryan. Lelaki itu menyambut dengan penuh tanda tanya. Perlahan-lahan dia menyelak helaian di album itu. Jelas kelegaan pada wajahnya bila melihat gambar Iman berambut panjang dan berbaju perempuan. 'cantiknya...,'.
" macam mana?"
" Aryan akan bincang dengan mom.., tapi boleh Aryan pinjam gambar ni?,"
" untuk apa?,"
" untuk bagi bukti dekat mom yang Iman tu...,"
" tak payah Aryan...dari awal lagi mom dengan dad kamu dah tau yang Iman tu perempuan..., kami dah jelaskan segalanya pada mereka..," Idris memotong kata-kata Aryan.
" be..betul ke?," Aryan tersenyum lebar bila soalannya di balas dengan anggukan.

" woii...kata nak cabut lari...," Aryan di kejutkan dengan suara Iman di sisinya. Dia melihat tunangnya itu atas bawah. Iman memakai jumpsuit warna kelabu miliknya dan topi berwarna putih. Walaupun agak longgar, tetapi sesuai di tubuh Iman.
" mana makeup?," Aryan bertanya bila wajah Iman sudah bersih.
" aku basuh la...,kenapa?,"
" tak ada apa...aku lagi suka kau tak pakai make up..natural je muka..cute..," Aryan memuji sambil meneliti setiap inci wajah Iman.
" kau ni nak ajak aku bercinta ke nak ajak aku lari?," Iman bertanya dengan wajah malas.
"dua-dua..," Aryan menjawab sebelum menarik tangan Iman.
" ishh...tak payah lah pegang-pegang...," Iman menarik tangannya. Aryan sekadar mengangkat bahu.
" Jom..,"

Aryan merenung wajah putih bersih di sisinya. Masih jelas terbayang gambar Iman yang di lihatnya kemarin. Gadis itu berambut panjang bawah pinggang dan memakai dress putih. Senyuman manis dan mata yang menawan, membuatkan Aryan terpana. ' aku akan jaga kau macam nyawa aku..,' dia berbisik dalam hati.
" kenapa kau nak kahwin dengan aku?," Iman bertanya serius. Wajah Aryan di tenung garang.
" sebab aku cintakan kau..," Aryan menjawab sepontan. Iya..itulah isi hatinya saat ini.
" ha..ha..ha...lawak apa ni Aryan?.. bila masa pulak kau jatuh cinta dekat aku? dengan penampilan aku yang macam ni...mustahil..mustahil...kau ada agenda lain kan?," Iman berkata sinis.' ingat aku nak percaya macm tu aja?...lammmbatttt lagi..,'
" masa first time aku peluk kau..masa tu hati aku dah mula rasa lain..tapi aku abaikan..," Aryan menjawab jujur. Memang benar, pertama kali dia memeluk Iman dulu, hatinya mula terdetik sesuatu, tetapi dia tidak ambil serius sehinggalah dia melihat Iman mengenakan pakaian yang feminin.
" ikutkan hati aku ni..nak aja aku pijak-pijak muka kau...belasah kau puas-puas sampai lunyai...kau ingat aku boleh terima ke semua ni?," Iman berkata geram. Perasaannya bercampur baur...marah, geram,sedih dan rasa di khianati.
"sorry la...aku terpaksa...kalau aku tak buat macam ni...sampai bila-bila pun aku tak ada peluang nak miliki kau...,"
" kenapa kau fikir perasaan kau aja?...aku ni..tak ada perasaan ke Aryan?...kau tau tak..bertahun aku didik diri aku jadi macam ni...sampaikan budak Syura tu pun mati-mati ingat yang aku ni lelaki...semua orang tak sedar siapa diri aku yang sebenarnya...macam mana kau boleh nampak yang aku ni seorang perempuan?...,"
" jujur...pada awalnya aku pun menafikan yang kau ni perempuan...tapi...aku tak boleh tipu diri aku Iman...perasaan aku pada kau ni, buat dada aku sesak...semakin aku menafikan...perasaan itu makin kuat..., bila aku tak nampak kau sehari...rasa setahun...sampaikan aku malas nak pergi kerja bila singgah kafe...rasa macam nak melekat aja dekat situ, tengok kau..., bila aku nak melepak dengan member...aku asyik teringatkan kau...aku nak tidur pun sempat fikirkan kau...dan...setiap kali aku terbayangkan kau, mesti aku bayangkan kau jadi seorang perempuan...," Aryan meluahkan perasaannya.
" kau cakap lah macam mana sekali pun...aku tetap tak boleh kahwin dengan kau..," Suara Iman mengendur. Biarlah dia berterus terang. Aryan mengeluh perlahan. Wajahnya selamba dan tidak terkejut dengan apa yang baru di katakan Iman tadi.
" nanti kita cari ayah kau sama-sama..," Iman terus mendongak memandang wajah Aryan bila mendengar kata-kata lelaki itu. 'di..dia tau?,'
" lepas ni...tak payah nak berahsia apa-apa lagi dengan aku Iman Hamani...semuanya Ibu dan cerita...aku cuma nak kau jujur dengan diri kau sendiri...jadilah Iman Hamani...jangan jadi orang lain..., aku memang cintakan kau...dan kau kena yakin dengan perasaan aku...sebab aku bukan jenis yang mudah menerima dan melepaskan seseorang...kalau aku kata aku cintakan kau...sampai bila-bila pun aku akan cintakan kau ...tak kisahlah kau berubah jadi apa sekali pun...cinta aku hanya untuk kau..sebab aku bukan cintakan kau kerana rupa...," Aryan berkata tegas. Biarlah apa pun dugaan yang akan mendatang, dia tetap setia dengan janjinya. Iman terkelu. Dia tidak mampu berkata-kata. Lelaki di hadapannya ini memang berkata jujur. ' betul ke?...atau semuanya hanya perangkap?... jika aku buka pintu hati ni...adakah hati aku akan dilukai seperti dulu?,'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience