~Bab 4~

Romance Completed 14748

Aryan merenung Iman yang sedang bersila di tepi kolam. Dia pula duduk bersandar di buaian kayu yang menghadap arah sama. ' ada yang pelik dengan mamat ni..., aku sorang aja ke yang perasan, muka Si Iman ni macam perempuan?...kalau rambut dia panjang..memang sebiji perempuan..ke memang dia ni perempuan?..ahh..apa yang kau merepek ni Aryan?,' Aryan menggelengkan kepalanya.
" woii..apesal kepala kau tu? kau memang ada penyakit ke apa?," Pertanyaan Iman yang tiba-tiba membuatkan Aryan terkelu.
" penyakit?,"
" masuk ni dah dua kali aku nampak kau geleng kepala tiba-tiba...,"
" tak lah...aku pening sikit je..," Aryan menjawab. Mana mungkin dia memberitahu Iman apa yang baru di bayangkannya tadi.
" Umur kau berapa?," Aryan pula bertanya.
" perlu ke aku bagi tau kau?," soalan di balas dengan soalan.
" aku saja je nak tau...aku lebih tua..atau kau yang lebih tua..," Aryan tersengeh.
" aku dua puluh lima...,"
" uishh...kira adik-adik lah kau ni..," Aryan ketawa kecil. Iman menoleh dengan dahi berkerut.
" asal pulak? tua sangat ke umur kau?,"
" aku tahun ni dah tiga puluh satu..," Aryan menjawab bersahaja.
"perangai macam budak baru dua puluh..," Iman berbisik.
" apa dia?," Aryan bertanya bila tidak mendengar dengan jelas kata-kata Iman.
" Tak de..."
" aku tanya sikit boleh?," Aryan bangun dan duduk di sebelah Iman.
" tanya apa?,"
" auntie Mas kata dia jumpa kau dekat langkawi, kau memang asal sana ke?," Aryan bertanya penuh minat.
" haah...aku asal sana..,"
" dah lama jadi anak angkat auntie?," Iman mengeluh bila Aryan tidak putus-putus bertanya tentangnya.
" Iman...Baba dengan Ibu dah nak balik ni..," belum sempat Iman menjawab, Mastura sudah memanggilnya.
" ehh..tak apa lah auntie, Aryan boleh hantarkan Iman balik...," Aryan berkata.
" Err..Iman ikut Ibu dengan Baba lah...tak pe bro, aku tak nak susahkan kau...lagi pun..esok aku nak kerja..," Iman bingkas bangun dan menapak ke arah Mastura. Aryan turut bangun dan mengekori mereka ke ruang tamu.
" Baru nak lepak dengan kau lama sikit.., lain kali aku ajak melepak jangan bagi alasan pulak..," Aryan menepuk bahu Iman.
" Terima kasih Iman, sudi datang jumpa Uncle, kalau ada masalah apa-apa jangan segan minta tolong dengan Uncle ye..," Datuk Ridwan berkata ramah. Iman sekadar mengangguk dan tersenyum nipis.
" kami balik dulu...," Idris bersalaman dengan Datuk Ridwan, begitu juga Datin Zara dan Mastura. Aryan pula menghulurkan salamnya pada Iman. Teragak-agak lelaki itu menyambut salam dari Aryan.

" betina sundal!!!...berani kau nak rebut Zahim dari aku!!??...berani kau ye!!!," Huda menjerit sambil menarik rambut Hamani kasar. Sakit hatinya bila melihat Zahim berpegangan tangan dengan Hamani waktu di sekolah pagi tadi.
" Kau salah faham Huda..," Hamani menjawab dalam kesakitan.
"kau ingat aku buta ke? bukan main kau menggatal ea..., seronok ke Zahim pegang tangan kau? ikutkan hati aku, nak je aku potong tangan kau ni..," Huda benar-benar marah.
" tak nak Huda..," Hamani hanya mampu menangis. Dia tidak mampu membalas perbuatan Huda padanya.
" apa yang bising-bising ni?," Azizah muncul dari pintu dapur dengan daun pandan di tangan.
" mama!!...tengok Hamani ni ma!!," tiba-tiba Huda menjerit dan menangis. Azizah merenung Hamani tajam.
" apa yang kau buat Hamani?,"
" Mama tau tak..puas Huda nasihatkan dia, tapi dia marah Huda mama," Huda mereka cerita.
" nasihat apa pulak?,"
" tadi dekat sekolah, Huda nampak Hamani berpegangan tangan dengan budak lelaki, Huda pun bagitau Hamani yang perkara tu tak elok..nanti kalau orang nampak, mesti Ayah dengan mama malu..ada anak dara yang tak pandai jaga maruah..," Huda bercerita penuh semangat. Sempat dia menjeling Hamani yang menunduk ke lantai. 'padan muka kau.., berani kau nak rampas Zahim dari aku..,'.
" kau dah lama hidup ke Hamani?" Azizah bertanya sinis. Dia mencapai penyapu di balik pintu. Hamani mengundur setapak je belakang. Dia faham benar apa yang bakal berlaku bila Azizah mencapai penyapu itu.
" mama..Huda salah faham...Hamani tak pegang tangan Zahim...Zahim yang pegang tangan Hamani...Hamani dah marah Zahim dah..," Hamani cuba menjelaskan perkara sebenar walaupun dia tahu, yang kata-katanya tidak bermakna pada Azizah.
" kenapa kecik-kecik, kau tak mampus aja? dah besar panjang menyusahkan bapak kau...menyusahkan aku...sini kau!!," Azizah menarik tangan Hamani sebelum melibas batang penyapu di belakang badan gadis itu.
" sakit mama!!," Hamani menjerit. Sudahlah tadi rambutnya sakit di tarik Huda, kini belakang badannya pula di pukul dengan batang penyapu. Dia memandang Huda yang tersenyum puas.
" kenapa kau tak mampus-mampus!!...ikut mak kau masuk dalam kubur tu!!!," Azizah menjerit sambil melibas batang penyapu sekuat hati.
" sakit mama!!!," Hamani mengerang kesakitan. Terasa pedih bila batang penyapu hinggap di badannya.
" mati kau!!!,"
" sakit!!!,"

Iman beristigfar sambil meraup wajahnya. Bunyi penggera yang membingitkan telinga di matikan. Begitulah rutin hariannya, tepat pukul empat pagi, dia akan bangun dan bersiap untuk menunaikan soat subuh. Sebelum ke kafe,dia akan menyediakan sarapannya sendiri. Dulu waktu Zana masih di Malaysia, Iman selalu memasak untuk temannya itu. Satu-satunya teman rapat Iman.
" alamak..lupa pulak nak beli roti semalam..," Iman mengeluh. Tiba-tiba telifonnya berbunyi. Dia melihat skrin telifon sebelum mengerutkan dahi.
" Assalamulaikum bro..,"
" waalaikumsalam..," Iman menjawab. ' apa kena mamat ni? pagi-pagi call aku?,'
" Iman..kau belum keluar rumah kan?,"
" kenapa?,"
"aku ada dekat bawah apartment kau ni," selamba sahaja suara Aryan menjawab.
"hah!!..kau gila ke?..," tanpa sedar Iman bertanya agak kasar. Aryan tergelak bila mendengar Iman berkata begitu. ' haa..baru dengar macam budak lelaki,'
" ala bro, aku saja nak tumpangkan kau pergi kerja..lagi pun office aku tak jauh dari kafe kau..."
Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. ' si Aryan ni dah gila agaknya.. takkan sebab aku tolong daddy dia hari tu, dia terus layan aku macam ni?,'
" woii Iman.., kau sambung tidur ke apa?," Aryan bertanya bila Iman tidak bersuara.
" bising la kau ni..." Imana menjawab malas.
" cepat sikit..aku tunggu kau dekat bawah ni..," Aryan mematikan talian. Iman mengeluh berat. Perutnya mula berkeroncong. Dia baru berangan mahu membeli nasi lemak di gerai Mak Sal sewaktu menunggu bas. Tetapi,kini dia terpaksa menaiki kereta bersama Aryan pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience