~Bab 29~

Romance Completed 14748

Wajah sembab Huda Iman tenung penuh simpati. Dulu dia pernah merasakan itu. Dia tahu betapa pedih dan sakitnya bila kehilangan orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi insan itu bergelar ibu. Walau sejahat mana..sekejam apa pun.., insan itu pernah menjaganya. Iman benar-benar ikhlas memaafkan Azizah. Dia tahu, segala perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Selesai segala urusan di langkawi, mereka semua kembali semula ke Kuala Lumpur. Suasana sepanjang perjalanan agak sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali terdengar esak tangis Huda dan Iman. Mungkin mereka masih terkejut dengan berita pemergian Azizah. Aryan hanya mampu menggenggam erat tangan isterinya. Begitu juga Zahim. Hashim pula termenung ke luar tanpa riak di muka. Entah apa yang sedang di fikirkannya tika itu.

Shima melirik Sam yang lena tidur di sebelahnya. Sejak dia mengenali Sam beberapa bulan ini, kerinduannya pada Aryan semakin menghilang. Dia seperti tidak kisah lagi dengan lelaki itu.
" betul ke aku dah lupakan Aryan? Sam... kenapa aku mula suka dekat kau?," Shima berbisik. Wajah campuran cina melayu Sam di tenung lama. Lelaki itu tidak kurang kacak dari Aryan. Hidung mancung, kening terletak, bibir menggoda. Tapi yang menyenangkan Shima, sifat Sam yang suka mengambil berat.
" Dah puas tenung I? jangan lama sangat...takut jatuh hati...," senyuman di bibir Shima terus mati bila Sam bersuara. Matanya masih terpejam rapat tetapi bibirnya mula mengukir senyum. Merah padam wajah Shima menahan malu. Cepat-cepat dia melarikan matanya ke arah lain.
" errr...dah lama ke you bangun?," Shima bertanya dalam nada serba-salah.
" I terbangun bila you kata..you sukakan I..," Sam membuka matanya sebelum memandang Shima dengan pandangan nakal.
" Ehh...sorry sikit, siapa yang cakap I suka you..," Shima cuba menafikan kata-katanya tadi.
" I tak pekak Cik Shima..., tapi...tak salah pun you suka kan I, sebab I pun sukakan you..," Selamba sahaja Sam membalas.
" What!!!?," Shima menoleh dengan kening berkerut.
" yup...sejak I dukung you dekat hutan dulu..., I dah rasa macam dukung jodoh..., and...bila I nampak you dekat airport...I yakin you memang jodoh I...," Shima ternganga mendengar luahan Sam.
" Are you okay Encik Sam Hazri? I rasa you demam nak balik Malaysia ni..," Shima menjeling.' Bukan boleh percaya sangat mamat sorang ni,'
" I okay je..sentiasa okay untuk you..," Sam melirik nakal.
" gila..," Shima menggelengkan kepalanya.

Zahim dan Huda saling berpandangan. Mereka tidak menyangka Aryan dan Iman benar-benar menghadiahkan mereka sebuah rumah. Walaupun mereka bersungguh menolak hadiah itu, Aryan dan Iman tetap mendesak supaya mereka menerima pemberian mereka. Hashim juga mengiakan.
" Besar sangat ni Aryan...aku tak mampu nak bayar..," Zahim berkata serba-salah.
" Ishh..kau tak perlu bayar pun..aku dah selesaikan semuanya..., kami memang dah lama berniat nak bagi rumah ni dekat korang...," Aryan menepuk lembut bahu Zahim.
" banyak sangat budi korang pada kami..., tak terbalas rasanya..," Huda pula bersuara. Iman dan Aryan tersenyum.
" korang pun banyak berjasa pada Ayah..., aku bersyukur kau ada membela nasib ayah masa aku tak ada..., sekarang kita semua dah tinggal berdekatan... terpulang pada ayah nak kemana..." Iman memeluk bahu Huda sambil memandang Hashim yang sudah mula berjalan dengan tongkat.
Ayahnya itu tersengeh.
" senanglah ayah nak bermanja dengan cucu...,"
" ishh..tak boleh jadi ni...sayang...kita kena usaha lebih..., biar ayah dapat cucu ramai..., baru meriah..," Tiba-tiba Aryan berkata serius.
" Abang!!!??," Iman bercekak pinggang dengan wajah yang mula memerah. Mereka semua ketawa senang.

Aryan masuk agak lambat ke office hari ini. Sengaja dia menemani Iman bersarapan di luar dan berjoging sama.
" Aryan..," Aryan yang berniat memasuki biliknya tiba-tiba terkaku. Dia kenal benar dengan suara ini.
" Aryan..you apa khabar? sihat?," Shima bertanya tenang sambil tersenyum. Aryan menoleh ke belakang dengan kerutan di keningnya.
" I sihat...you buat apa dekat sini?," Jelas wajah kurang senang Aryan bila melihat Shima berdiri di hadapannya.
" I saja nak lawat you...iyalah..dah berbulan I dekat oversea, dah lama tak nampak you...," Shima masih tenang.
" Shima..please..., I tak nak perkara lama berulang lagi...you kena move on..., I tak boleh terima you..," Aryan mula tidak sedap hati.
" Hey..bro...releks lah..., dia datang dengan aku.., jangan cuak sangat...," Aryan sedikit tersentak bila bahunya di tepuk Sam. ' Eh..budak Sam ni ada dekat sini?,'
" bi..bila masa kau kenal dia?," Aryan bertanya pelik.
" hahh...buat-buat lupa pulak kau ni..., ingat tak kes dekat hutan dulu...yang kau suruh aku datang tolong..., masa tu kau yang minta aku kejar jodoh aku ni kan?...," Sam bertanya sambil mengangkat kening. Aryan terkebil-kebil memandang wajah Sam, cuba mengingat kembali peristiwa lama.
" Sam...you ni suka sangat mengarut..., Sorry Aryan.. I sebenarnya datang jumpa you ni nak minta maaf..., you jangan risau lah..I dah minta izin dengan Iman sebelum datang sini..., isteri you okay je...," Shima tersenyum. Aryan yang masih terkejut sekadar mengangguk. ' lain betul minah ni sekarang.... kalau dulu nampak aku je terus terjerit pekik..., sekarang dia nampak lebih tenang dan matang..,'.
" Aku nak ajak girlfriend aku pergi tengok wayang ni..., nanti bila-bila kau ada masa kita lepak ea..," Sam berkata sambil menepuk-nepuk bahu Aryan.
"girlfriend??,"
" yup...Jom sayang..," Sam menjawab sebelum mencapai tangan Shima.
" Sam!!," Shima mengetap bibirnya sambil menjeling lelaki itu.
" kenapa sayang?.. you lapar ke? nanti I bawa you pergi makan ea..," Sam tidak menghiraukan jelingan maut Shima padanya.
" ..tahniah Shima....lega hati I bila you dah boleh move on..., I percaya Sam boleh bahagiakan you..., kawan I ni baik tau..., lagi baik dari I..., handsome pun handsome...,," Aryan tersenyum lega.
" Err..tapi..I..,"
" Thanks bro...jom sayang..," Sam bersalam dengan Aryan sebelum menarik tangan Shima berlalu dari situ. Dalam serba-salah Shima terpaksa menurut kata-kata Sam.

" Assalamualaikum sayang..,"
" waalaikumsalam...kenapa abang? tiba-tiba call?," Iman menjawab salam sebelum bertanya.
" sayang...tadi Shima ada call sayang ke?," Iman terus tersenyum bila Aryan bertanya dengan nada serius.
" sebenarnya malam tadi dia ada call, kenapa?," Iman tetap bertanya walaupun dia sudah tahu jawapan yang bakal di beri Aryan.
" kenapa sayang tak cakap dengan abang yang dia dah balik Malaysia? terkejut abang bila pagi-pagi dia muncul dekat office..., tapi yang buatkan abang lagi terkejut, dia datang dengan Sam..," Aryan mengadu. ' ohh..lelaki tu si Sam...Shima..Shima..,' Iman tersenyum sendiri.
" Haii..Sam tu kan kawan abang...,"
" Itu yang abang terkejut sangat....bila masa pulak Shima dengan Sam tu couple?...dia tak pernah cerita dekat abang pun...," terdengar suara Aryan yang tidak puas hati. Iman mengeluh lembut.
" aikk..kenapa abang tiba-tiba nak ambil berat pasal dieorang ni? rasa menyesal ke Shima dah lupakan abang?," Iman segaja menguji Aryan. Selalu suaminya itu yang menyakat, kali ini biar dia balas balik.
" ishh..sayang ni...abang tak da rasa apa pun, cuma pelik aja...baguslah kalau Shima dah move on... tapi dalam ramai-ramai orang..kenapa dia dengan Sam...,"
" hurmm...entahlah abang..., abang fikirlah sendiri, sayang nak kemas rumah ni..assalamualaikum..bye..," Iman memutuskan talian. Dia tersenyum lebar. ' sorry abang... sayang saja nak tengok, abang gelabah ke tak kalau sayang merajuk..,' Iman berbisik dalam hati. Dia teringat kembali perbualannya dengan Shima malam tadi.

" I dah lupakan Aryan...,betul-betul dah tak ada perasaan untuk dia..., percayalah..," Shima berkata bersungguh-sungguh.
" baguslah kalau macam tu, tapi Shima... aku tak nak kau putuskan hubungan dengan Aryan macam tu saja..," Iman membalas tenang.
" apa maksud you?,"
" aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan dia..., aku pun tak kisah kalau kau nak berkawan dengan aku...lupakan semua kisah lama..kita buka buku baru..., aku yakin kau akan dapat lelaki yang lagi hebat dari Aryan.., lelaki yang akan bahagiakan kau..., esok kau jumpa dia dekat office.., jelaskan perasaan kau dekat dia..., aku percayakan kau Shima..," Shima menarik nafas lega bila mendengar Iman berkata begitu. Sejujurnya dia bimbang wanita itu tidak mahu memaafkan perbuatannya dulu.
" thanks Iman..., sekarang I tau...apa beza you dengan I..., hati you baik Iman...., I tak mampu jadi macam you..," Shima berkata. Iman pula sekadar tersenyum.
" jangan cakap macam tu Shima...aku pun banyak kekurangan..., yang penting sekarang kau dah berubah..., dengar dari cara kau bercakap ni pun aku dah dapat agak yang kau lebih tenang sekarang..,"
" Yes..alhamdulillah..., I dah jumpa orang yang boleh buat I ketawa, sakit hati, rindu, geram....yang paling penting orang tu boleh buat I lupakan Aryan...," Shima berkata jujur.
" syukurlah..., aku happy dengar kau dah move on macam ni..., lepas ni boleh lah lepak sama..., aku nak tau juga siapa lelaki bertuah tu..," Terdengar suara ketawa Shima di talian bila Iman berkata begitu.
" ishh..you kenal orang tu Iman..., Aryan pun kenal..., tapi...I masih dalam proses nak mengenali hati budi dia...kami belum betul-betul couple pun..., I masih takut nak berkomitmen...., biar lah masa yang menentukan..., kalau dia betul ada perasaan dekat I...mesti dia sabar tunggu..betul tak?,"
" Aku kenal?...siapa?..., hurmm...tak apa lah..., pelan-pelan..insyaallah..aku doakan kau dapat jodoh yang terbaik untuk bimbing kau dan bahagiakan kau..," Iman berkata ikhlas.
" thanks Iman atas doa you...,"

Aryan serba tidak kena. Kejap dia bangun. Kejap dia duduk kembali. Fail di atas meja belum juga terusik. Entah kenapa hatinya mula tidak tenang. Semuanya gara-gara Iman memutuskan talian secara tiba-tiba.
" aduhhh...Iman merajuk ke?.. aku call tak angkat-angkat.., ishhh..tak boleh jadi ni..," tanpa berfikir panjang, Aryan terus mencapai bagnya dan
berlalu ke luar dari bilik office.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience