~Bab 1~

Romance Completed 14748

Iman turun dari bas berwarna merah itu sebelum berjalan menuju ke deretan rumah kedai. Begitulah rutinnya setiap hari. Seawal lapan pagi, dia akan ke kafe milik ibu angkatnya untuk bekerja.
" Iman!!," Syura melambaikan tangannya pada Iman sambil berdiri di sebelah pintu kafe.
" awal kau sampai..,"
" Syu nak jumpa Iman awal-awal.., nak ajak sarapan sama...Syu ada bawakkan Iman nasi goreng..," Syura berkata ceria sambil menayang bag bekal di tangannya. Iman tersenyum sumbing.
" aku dah sarapan...," Iman menjawab selamba tanpa menghiraukan Syura. Dia mencapai kunci di kocek seluar jeannya sebelum membuka pintu kafe.
" alaa...jamahlah sikit...Syu buatkan khas untuk Iman tau..," Syura berkata sedih.
" nantilah aku makan...aku kenyang lagi ni..," bukan dia menipu, sememangnya dia sudah kenyang menjamah sandwich buatan sendiri.
" okay..janji Iman makan ea?," Syura terpaksa akur. Dia tidak boleh memaksa lelaki di hadapannya itu. Takut Iman terasa rimas pula dengan kerenahnya.
" kau lap meja..aku nak ke dapur..," Iman berkata setelah melangkah masuk ke dalam kafe. Sudah menjadi tugasnya membuka kafe itu. Mastura, ibu angkat Iman sudah mengamanahkannya supaya mengurus kafe itu selama dia di Jakarta.

"selamat datang, Encik nak order apa?," Jannah bertanya sopan. Dia tersenyum manis melihat wajah lelaki tinggi lampai di hadapannya itu.' wahh..handsome..,'
" bagi saya cappuccino satu," lelaki itu menjawab sebelum menghulurkan kad kredit pada Jannah.
" Err..," Jannah teragak-agak mahu menyambut kad dari tangan lelaki itu.
" kenapa?,"
" EMV kiteorang rosak..," belum sempat Jannah menjawab, Iman sudah menjawab terlebih dahulu.
" what!!..,"
" mesin kad kiteorang rosak...Encik boleh bayar guna tunai..," selamba sahaja Iman menjawab.
" cancel order...aku tak ada tunai..," lelaki itu menjawab kasar.
" tapi Encik saya dah buat air yang encik order..,"
" its okay...kau boleh minum..aku belanja..," Iman berkata sebelum sempat lelaki itu menjawab.
" Kalau macam tu, Encik boleh duduk dulu, saya akan hantarkan minuman Encik di meja.," Jannah kembali tersenyum.
" kau ingat aku tak berduit ke?," Iman mendongak bila lelaki itu tiba-tiba bertanya.
" ada duit atau tak ada duit...salah ke aku bayarkan? kalau susah sangat...esok kau bayar lah balik..," Iman malas memanjangkan cerita. Lelaki itu mengeluh sebelum menapak ke salah satu meja.
" tak apa ke abang Iman?," Jannah berbisik.
" dah..pergi hantar air dekat dia...muka frust je aku tengok..," Iman berkata sebelum berlalu ke dapur. Jannah sekadar mengangguk faham.

Iman mencapai telifon yang berbunyi sedari tadi. Dia baru selesai mandi dan masih memakai tuala.
" Assalamualaikum Iman...,"
" waalaikumsalam Ibu...," Iman menjawab sebelum melabuhkan punggungnya di birai katil.
" Iman macam mana?..okay?," Mastura bertanya.
" Iman okay je bu...kafe pun okay...cuma...,"
" cuma apa?,"
" ramai budak perempuan mintak nombor telifon Iman..," Iman menjawab sebelum mengeluh panjang. Terdengar gelak ketawa Mastura di talian.
"Ishh..ibu ni..boleh pulak bantai gelak..,"
" tak apa lah....anak ibu ni terlebih handsome...mesti ramai pelanggan dekat kafe...," tawa Mastura masih bersisa.
"Baba mana bu?," Iman bertanya, cuba menukar topik perbualan.
" Baba kamu tu biasalah...kalau dah jumpa dengan kawan baik dia...berbual sampai tak ingat Ibu...," Imam tersenyum sendiri bila mendengar
suara merajuk Mastura.
" Aikk..bukan ke ibu dengan baba pergi honeymoon? takkan baba tinggalkan ibu sorag-sorang kut..," Iman mula mengusik.
" saja lah tu nak mengusik ibu..., Iman jangan lupa makan tau...ada nak kirim apa-apa tak? lusa ibu dah balik Malaysia..,"
" Iman nak kirim adik boleh? ibu dengan baba kan honeymoon...,"
" Iman!!!...dah lah..ibu nak tidur awal..esok nak sambung berjalan..assalamualaikum..,"
" Waalaikumsalam," Iman menjawab salam sebelum ketawa kecil. Seronok pula dapat menyakat ibunya itu.

Tiba-tiba meja kaunter di ketuk dengan jari, membuatkan Iman sedikit tersentak. Dia mendongak sebelum kerutan menghiasi dahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience