~Bab 13~

Romance Completed 14748

Arya melangkah masuk ke dalam lif bila pintu sudah terbuka. Hari itu, dia bekerja seperti biasa. Tiba-tiba seseorang berlari masuk. Nasib baik pintu lif masih belum tertutup rapat.
" baby!!...tak sangka kita jumpa dekat sini..memang kuat jodoh kita kan?," Shima berkata sambil merangkul lengan Aryan.
" please Shima..behave...kita dekat office...kenapa you masih nak ganggu hidup I..sedangkan you tau I dah bertunang?," Aryan menarik tangannya.' pagi-pagi dah bertembung dengan minah senget ni.. merosakkan mood aku aja..,'
"alaa..baru tunang...kalau korang dah kahwin pun..I tetap akan ganggu you..., you kan boleh kahwin empat...okay what kalau I jadi bini nambor dua.." Tanpa segan silu Shima meluahkan kata-katanya.
" jangan berharap lebih Shima....kalau I nak kahwin empat sekali pun...I tak akan pilih you...," Aryan berkata sebelum melangkah keluar dari lif.
" you jangan cabar I!!!," Shima menjerit sehinggakan ada yang memandangnya pelik.
" eiii..I hate you Aryan...," Shima kembali menekan butang di lif. Panas hati bila Aryan tidak mengendahkannya. ' semua ni gara-gara budak Hamani tu...sampai hati Aryan buang aku...,tak apa..korang tunggu ajalah..,' gumamnya dalam hati.

"Sayang...,"
" kau nak apa? aku banyak kerja ni..," Aryan tersenyum bila mendengar suara Iman di hujung talian. Moodnya kembali ceria.
" alaa..aku nak telifon tunang aku pun tak boleh ke?"
"kalau tak ada benda penting, aku letak..," Iman berkata dengan nada marah. Tetapi Aryan ketawa senang.
" iyalah...,aku tak kacau kau...aku cuma nak cakap I love you..muahh..,"
" urkhh...," Iman terus mematikan talian. Aryan tersenyum meleret.
" sayang jual mahal macam mana pun...abang tak kisah...haiii...baru rasa semangat nak kerja...," dia berbisik sendirian. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyuman bahagia lah katakan.

" Syu..mana senarai barang yang nak order tu?," Iman bertanya pada Syura.
"dekat sana..," Syura menjawab tanpa melihat wajah Iman. ' lahh..dia masih merajuk lagi ke?...,'
" kau okay tak ni?,"
" tak payah ambil tau pasal Syu...jaga je girlfriend Iman tu..," Syura menjawab. Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. ' rasa berdosa lah pulak aku tak bagitau dia...tapi...ahh..kau kena berterus terang Iman...lambat laun..mesti rahsia ni akan terungkap juga...,'.
" Syu...petang ni kau free?,"
" kenapa?," Syura menoleh.
" ikut aku lepak mamak...,"
" o..okay..," Wajah Syura kembali ceria. Iman tersenyum hambar. ' agaknya...kalau kau tau siapa aku...mesti kau tak kan senyum lagi macam tu..,'.

Iman menjeling skrin telifonnya bila telifon itu
tidak henti-henti berdering. 'apa lagi yang mamat ni nak...,'.
" abang Iman...kenapa tak angkat fon tu? awek ea?," Johan berkata sebelum menyenggol lengan Iman.
" biarlah...tak kuasa aku nak layan...," Iman mengeluh panjang. Suasana di kafe agak sunyi memandangkan tiada pelanggan yang masuk. Tiba-tiba pintu di tolak dari luar. Iman leka mengelap cawan tanpa sedar seseorang berdiri di hadapannya.
" kenapa tak angkat call?," Iman mendongak dengan wajah terkejut. Johan sekadar memerhati.
" kenapa kau dekat sini? bukan waktu kerja ke?," Soalan di balas soalan.
" jawab dulu soalan aku..," serius sahaja wajah Aryan.
" tak nampak ke aku tengah kerja..," Iman menjawab malas.
" tak ada pelanggan pun...maknanya kau tak sibuk..,"
" suka hati aku lah nak angkat ke tak..,"
" sayang...," Aryan tidak meneruskan kata-kata bila Iman menekup mulutnya dengan telapak tangan. Johan yang sedari tadi menjadi pendengar, terkebil-kebil melihat mereka berdua.
" err...Jo masuk dulu lah bang, rasanya ada pinggan yang belum basuh tu..," Johan berkata sebelum berlalu ke dapur.
" kau gila ke?...dah lupa perjanjian kita semalam?," Iman mengetap giginya geram. Aryan tersengeh.
" sorry lah..aku tak boleh nak kawal perasaan aku ni..,ikutkan hati nak aja aku peluk kau sekarang...,"
" Please lah Aryan...kalau dieorang bergosip yang kita ni gay..macam mana?,"
" aku okay je...yang penting aku tau kau tu perempuan sejati..," selamba sahaja Aryan menjawab.
" ishh..slow sikit suara kau tu..,"
" kalau tak nak aku buat kecoh..baik ikut aku sekarang...,"
" suka hati kau aja kan...aku tengah kerja lah...walaupun tak ada pelanggan...tak semestinya aku boleh keluar sesuka hati..,"
" jangan risau...aku dah minta izin dengan boss kau.., dah dapat lampu hijau...," Aryan mengangkat keningnya bila melihat wajah tidak puas hati Iman.
" pandai kau sekarang kan...sikit-sikit nak libatkan Ibu..,"
" nak ikut ke tak nak? kalau tak...Iman..I Lov...,"
" Iyalah!!!!...tutup mulut kau tu...," Iman menjerit geram.

Aryan selamba sahaja menyedut air fresh oren di hadapannya. Wajah tegang Iman tidak di endahkan.
" semalam kau dah janji tak nak kacau aku kerja, tapi kau muncul jugak...,"
" nak buat macam mana.. hati aku ni yang rindu dekat kau... ingat aku boleh buat kerja ke kalau satu office aku nampak muka kau...bukak fail nampak muka kau..jumpa client pun nampak muka kau..." Aryan mengadu.
" Ha..Ha..Ha...tak lawak ye Encik Aryan..., jangan jadikan aku sebagai alasan kalau kau malas nak kerja..," Iman menjeling Aryan yang tersengeh di hadapannya.
" petang ni kau free?," Aryan bertanya sebelum menyuap mee goreng basah ke mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah sambil merenung Iman.
" tak free..aku ada hal..," ringkas Iman menjawab sebelum menyedut air sirap limau di atas meja. Kering pula tekaknya membebelkan Aryan.
"hal apa?," berkerut dahi Aryan.
" ehh..adalah..tak kan semua aku nak kena bagitau kau...aku nak keluar dengan kawan aku..," Iman menjawab selamba.
"kawan?..bila masa kau ada kawan?..lelaki ke perempuan?," pertanyaan Aryan berbaur cemburu.
" rahsia...," Iman tersenyum mengejek. Aryan mengecilkan matanya dengan tatapan curiga. ' ishh..tak boleh jadi ni...,'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience