~Bab 6~

Romance Completed 14748

" Aku tak nak!!!," Iman menjerit sambil tangannya di tarik Aryan ke sebuah butik terkemuka. Menyesal dia mengikuti kemahuan Aryan tadi. Sia -sia sahaja dia mengambil cuti.
" alaa..sekali je bro..please...," Aryan buat muka simpati.
" kau nak gila..kau gila sorang-sorang.., lepaskan tangan aku..," Iman berkata geram. Dia berusaha melepaskan tangannya tetapi tidak berjaya. Aryan benar-benar nekad.
" aku tau benda ni tak masuk akal, tapi ini aja cara yang aku ada..,"
" kalau iya pun, kau cari ajalah perempuan betul.., nak libatkan aku dah kenapa?," wajah Iman kemerahan akibat marah.
"aku tak nak tanggung resiko,"
" resiko apanya..mangkuk!!," Iman sudah hilang sabar. Makin menjadi pula perangai si Aryan ini.
" aku tak nak perempuan lain jatuh hati dekat aku pulak..,"
" dah tu..yang kau suruh aku pakai macam perempuan ni, tak takut jatuh hati dengan aku ke?," Iman bertanya selamba.
" ishh..kau ni...sebab tu lah aku nak kau yang jadi girlfriend olok-olok aku...sebab aku tau kau lelaki.., cuma kau ni lelaki versi comel...feminin sikit...,"
" banyak la kau punya feminin...aku tak kira..aku tak nak buat benda bodoh ni...," Iman berkata sambil meronta ingin melepaskan diri. Tetapi, Aryan terlebih dahulu mengangkat tubuhnya dan di bawa masuk ke dalam butik.
" ARYAN!!!," jeritan Iman tidak di endahkan.

Terkebil-kebil Aryan melihat penampilan Iman. Gaun panjang berwarna merah jambu lembut amat sesuai dengan kulit Iman yang cerah. Jika rambut lelaki itu sedikit panjang, memang sebiji macam perempuan.
" woii!!!..," Iman menjerit bila Aryan merenungnya tanpa berkelip.
" wahhh..,"Aryan bangun sebelum melangkah sekeliling Iman. Dia meneliti dari atas hingga ke bawah. Memang betul sangkaannya, Iman sesuai di jadikan kekasih olok-olok ciptaannya.
" happy nampak...aku nak 10k...," Iman berkata selamba.' huh!!..sanggup ke kau bayar?.. ingat aku senang-senang nak ikut telunjuk kau?,'.
" ok!!..aku bagi kau bonus lagi...5k.., janji kau buat apa yang aku suruh..," Aryan menjawab yakin. Iman ternganga.' aku ingat dia tak nak bayar..,'.
" sekali aja aku buat kerja ni..," Iman mengingatkan.
" iya..iya..tapi kau kena ikut skrip yang aku buat...kalau tak...kau kena buat lagi sampai perempuan tu berambus dari hidup aku..,"
" iyalah!!!..ishhh..aku nak tukar balik..baju ni dah lah ketat..aku pun tak faham macam mana perempuan boleh pakai hari-hari..," Iman membebel sambil menapak ke bilik persalinan. Aryan tersenyum lebar. Dia nampak Iman semakin berubah, dari Iman yang pendiam menjadi Iman yang kuat membebel. Kadang-kadang, dia sempat membayangkan yang Iman itu seorang perempuan. Walaupun cara Iman agak kasar, tetapi dia nampak agak feminin di matanya. ' Ishh..Kau jangan Aryan...Iman tu lelaki..,'.

Iman berdiri di hadapan cermin di biliknya. Seperti yang di janjikan, hari itu dia terpaksa berlakon menjadi perempuan sejati a.k.a kekasih hati si Aryan. Bila dia melihat dirinya di hadapan cermin, terasa menyesal pula membuat perjanjian dengan lelaki itu. Tak pernah terbayang dia akan berpakaian seperti itu.
" last-last..aku yang ikut gila macam si Aryan...ni kalau ibu nampak aku pakai macam ni, mau pengsan dia..," Iman menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Tapi...cun jugak aku ek?..hurmm.., harap menjadi lah..jangan sampai terkantoi...tak sanggup aku nak pakai macam ni lagi..dengan make up..rambut palsu..arkhh!!!..rimas siak!!," Iman membelek dirinya di cermin. Tiba-tiba telifonnya berbunyi.
" aku dah siap ni..., tunggu je lah aku dekat bawah!!" Siapa lagi kalau bukan si Aryan gila.

Aryan terpana. Tiba-tiba dadanya berdebar. Bagaikan ada satu perasaan halus menyusup masuk di hatinya saat Iman melangkah ke arah kereta. Rambut ikal mayang paras pinggang, make up natural dan berkasut tumit tinggi dengan cara jalan yang berlenggok. Kali ini, Iman betul-betul seperti wanita sejati walaupun berambut palsu.
" kau nak biar lalat bertelur dalam mulut ke? ternganga punya besar..," Aryan terpinga-pinga bila Iman menegurnya.
" maafkan abang sayangku..," Aryan menjawab sambil tersengeh.
" kalau kau rasa muka tu nak kena ludah dengan aku..silakan ulang perkataan yang sama..," Iman berkata garang.
" aku ambik feel.., fuhh..tiba-tiba nervous pulak..,"
" tak payah nak feel sangat..aku dah rimas tau tak... cepat sikit!!..,"
" sayang jangan marah..abang gurau je..," Aryan berkata sebelum ketawa berdekah-dekah melihat wajah Iman yang masam mencuka. ' makin comel pulak...haiii..nasib baik kau lelaki..,'.

Iman memandang wajah Aryan di sebelahnya. Kali ini, dia benar-benar janggal bila Aryan memintanya untuk berpegangan tangan.
" kalau tak pegang tak boleh ke? geli tau tak..," Iman berbisik bila ada mata yang sudah memerhati mereka.
" wajib...kau tak baca ke surat perjanjian kita? kau wajib pegang tangan aku, senyum manja dan peluk aku bila ada kecemasan..." Aryan turut berbisik.
" tak payah nak melebih, bila masa pulak kau tulis aku kena berpeluk dengan kau..," Iman megetap giginya. ' melebih mamat ni..,'
" so..ikut aja apa yang aku suruh..kalau tak...kau pun tau kan apa yang aku akan buat...," Aryan tersenyum meleret.
" aku rasa macam nak tumbuk je muka kau sekarang..," Iman berkata geram.
" tak boleh sayang...abang boss hari ni..," Aryan menjawab selamba sebelum mencapai tangan Iman. Dia menarik lelaki itu ke officenya, tanpa menghiraukan mata-mata yang memerhati. Dia sengaja buat begitu, pasti gosip tentang dirinya akan cepat tersebar, hingga ke pengetahuan Shima.

" besar juga pejabat kau....tak bosan ke duduk sorang dalam bilik ni?," Iman meneliti segenap bilik Aryan. Tidak terlalu padat dan tidak terlalu kosong. Ringkas dan moden.
" selalu bosan...tapi hari ni abang tak bosan..sebab sayang temankan..," Aryan ketawa mengekek bila Iman menjelingnya tajam.
" yang kau nak melebih ni dah kenapa? perempuan tu tak ada pun dekat sini..,"
" siapa kata?..tuuu...dia dah nak sampai..," Aryan menjuihkan bibirnya ke arah dinding kaca. Iman menoleh. Dari jauh, terlihat seorang wanita berbaju ungu sedang menapak ke arah pejabat Aryan. Wajahnya agak tegang dan bengis. Dia kembali melihat Aryan. Lelaki itu mengangkat keningnya.
" start your acting dear...," Iman menelan air liurnya bila Aryan berkata begitu. ' tak apa Iman..sekali ni aja..,'

" Aryan!!!" Shima menjerit sebelum menyerbu masuk ke bilik Aryan.
" Apa kena dengan you ni Shima? tak reti nak ketuk pintu sebelum masuk bilik I?," Aryan pura-pura marah. Sebenarnya dia sengaja membiarkan pintu tidak berkunci. Tindakan Shima sudah diduga olehnya.
" abang..siapa ni?," Iman bertanya dengan suara di manjakan. Dia berdiri di belakang Aryan dan meletakkan tangannya di bahu lelaki itu. Shima mengetap bibir, berbulu matanya melihat kemesraan Aryan dan perempuan yang tidak di kenali.
" Aryan!!!..siapa perempuan ni?," Shima menjerit.
" saya ni tunang Abang Aryan..Hamani..awak pulak siapa? tak ada adab sopan masuk bilik tunang saya main rempuh aja..," Iman berkata penuh yakin. Aryan tersenyun dalam hati bila melihat riaksi terkejut Shima.
" tu..tunang?..Aryan..you dah bertunang!!??..kenapa I tak tau?..baby..you saja nak tipu I kan? ni bukan tunang you..tapi adik sepupu you..," Shima berkata sebelum mendekati Aryan. Iman sekadar memerhati, kini giliran Aryan pula memainkan babaknya.
" Buat apa I nak tipu you? I cuma tak nak kecoh-kecoh..nanti bila I nak kahwin..I jemput lah semua orang...please lah...dari dulu I dah bagi tau you yang I tak akan cintakan you..tapi you tu degil... sekarang I harap you faham...tak lama lagi I akan berkahwin dengan Hamani..," Aryan berkata serius sambil memegang tangan Iman mesra.
" No..nonsense...I tak percaya...you saja nak sakitkan hati I..you tak kan kahwin dengan sesiapa..kecuali dengan I..," Shima menerpa ke arah Aryan tetapi sempat di halang Iman.
" hello kak...orang dah tak sudi tu, jangan lah ganggu... hormat keputusan Abang Aryan..., kami dah nak berkahwin pun..takkan lah akak nak goda dia lagi.."
" kakak?," Shima semakin berapi. Iman dan Aryan tersenyum mengejek. Aryan sengaja menyuruh Iman berkata begitu.
" Yeaaa...saya lebih muda dari akak kan? betul tak abang?" Iman bertanya Aryan dengan wajah selambanya. Aryan tersenyum sambil mengangguk.
" I tak percaya...you saja je kan nak kena kan I,sakitkan hati I, biar I tak kejar you lagi..kan?..," Shima masih berkeras hati. ' ishh..tak boleh jadi ni, kalau dia tak percaya, habis aku kena buat lagi...,' Iman berbisik dalam hati.
"Shima...please lah...I tak ada masa nak tipu you,nak kenakan you...sejak awal lagi I memang dah cakap yang I tak pernah anggap you lebih dari rakan kerja..., you aja yang perasan lebih...,,"
" You ingat I bodoh ke?...tak mungkin you pilih perempuan yang lebih muda dari I...masih mentah macam ni?..," Shima tersenyum sinis.
" You nak I kiss dia ke baru you nak percaya?," Aryan bertanya selamba, manakala Iman sudah membutangkan matanya. ' wo..ho!!..ni dah lebih dah ni...,jangan kata dia nak buat betul,'.
" ha...ha..ha...buatlah kalau you berani..," belum sempat Iman berkata tidak, tiba-tiba Aryan menarik tangannya hingga dia terduduk di atas riba lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, tangan Aryan memeluk erat pinggangnya. Iman terkelu sambil matanya terkebil-kebil memandang Aryan. Lelaki itu tersenyum dan mengenyitkan mata.
" Aryan!!!...you!!!..," Shima menjerit nyaring.
" takkan you nak tengok I bermesra dengan tunang I?," Aryan memandang Shima dengan pandangan sinis. Renungan tajam Iman tidak di endahkan. ' releks bro..sikit aja lagi..,'.
" ok fine!!!," Shima menjerit sekuat hati sebelum berlalu pergi. Sempat dia menghempas pintu bilik Aryan.
" berapa lama lagi aku kena duduk atas riba kau ni?," Iman berkata dengan gigi di ketap.
" releks la sayang...dia tegah tengok kita ni..," Aryan berbisik.
" melebih kau kan...tak payah lah nak duduk atas riba bagai...," Iman merengus geram sebelum bingkas bangun. Dia mengalihkan wajahnya yang mula memerah.
" sorry lah..aku tak ada idea lagi...jangan la marah..yang penting dia dah beram...,"
" heyy..budak!!!...aku nak tengok tangan kau...," belum sempat Aryan menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba pintu di tolak kasar dari luar. Shima kembali melangkah masuk dan terus menuju ke arah Iman yang sudah berdiri tegak akibat terkejut.
" kalau you dah bertunang...mana cincin tunang you?..tak ada pun...selagi tak ada cincin dekat jari ni...I tak percaya you dah bertunang... I tetap akan kejar you sampai lubang cacing," Shima tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.
"Weyyy....gila degil minah tu..., memang cinta mati dekat kau ea...," Iman berkata tidak percaya. Seumur hidupnya,baru kali ini dia melihat seorang wanita yang keras kepala seperti Shima. Jika wanita lain, pasti sudah berlari sambil menagis. Nampaknya,lakonan hari itu sia-sia belaka.
" aku dah kata kan...dia tu kepala batu..., nak tak nak..kau kenalah jadi tunang aku selamanya...,"
" kau jangan nak melebih ea...ingat aku ni hamba kau ke?...suka-suka hati kau aja nak menyuruh aku?," Iman bercekak pinggang. Permintaan Aryan semakin melampau.
" releks lah bro...kau cuma kena tayang cincin depan dia aja.., dia kan nak tengok cincin tunang kita... lepas tu dia percaya lah tu..," Aryan cuba menenangkan Iman. Takut pula jika lelaki itu menanggalkan rambut palsu yang di pakai. Habis rosak rancangannya nanti.
" aduhhh!!!...leceh la kau ni...kalau kau terima aja dia jadi girlfriend kan senang...," Iman duduk di sofa dengan wajah kesal.
"mati hidup semula pun aku tak nak wey..., perempuan kuku besi macam tu susah nak handle... asyik nak ikut kata dia je...," Aryan bersandar di kerusinya sambil mengeluh panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience