~Bab 19~

Romance Completed 14748

Sejujurnya Iman juga ragu-ragu dengan Aryan. Dia bukan sejenis yang mudah percaya dengan orang. Tetapi...selama dia mengenali lelaki itu, tidak pernah sekali pun Aryan mengambil kesempatan padanya. Kalau bergurau itu biasa, tidak pula melampau-lampau. Cuma...dia masih menyimpan rasa curiga dengan lelaki itu. ' ahh...apa pun yang jadi..kau kena hadap Iman...,'.

" Auntie dengan Uncle tak payah ikut..biar saya dengan Aryan aja yang pergi..," Iman berkata bila Shima dan ibu bapanya telah masuk ke dalam kereta.
" kenapa?" Aryan bertanya pelik.
" sebab gambar tu gambar palsu?,"
" gambar palsu? auntie tak faham..," Datin Zara dan Datuk Ridwan saling berpandangan. Iman mengangguk sebelum tersenyum.
" tak apalah...biar Iman dengan Aryan yang selesaikan masalah ni..uncle dan auntie rehat dekat rumah..jom Aryan..nanti meroyan pulak awek kau tu..," Iman menepuk lengan Aryan selamba sebelum masuk ke perut kereta. Aryan hanya mengangkat bahu bila daddy dan mommynya memandang minta jawapan. Dia sendiri tidak tahu apa yang di rancang tunangnya itu.

" Papa dengan mama masuk dulu lah...nanti Shima masuk..," Shima berkata bila sampai di hadapan hotel Blue Moon. Datuk Hasrul dan Datin Mona saling berpandangan.
" kenapa mama tengok Shima mengelabah aja lagi tadi?" Datin Mona bertanya.
" eh..tak..tak ada lah mama...Shima nak tunggu Aryan..," Shima berdalih.
" kalau macam tu, kita tunggu sama-sama...jangan si Aryan tu lari sudah..," Datuk Hasrul berkata sambil melirik Shima di sisi.
Selang beberapa minit, tiba-tiba cermin kereta di ketuk dari luar. Iman dan Aryan sudah berdiri di situ.
" mana daddy kamu?," Datuk Hasrul bertanya bila Datuk Ridwan dan Datin Zara tidak kelihatan.
" dieorang tak perlu datang..membazir je..,bukannya hal penting pun.." Aryan berkata selamba.
" what!!??," Datuk Hasrul keluar dari kereta.
" dah..dah...saya rasa Datuk dengan Datin dah tak sabar nak tau hal sebenar....termasuk saya sekali..apa kata kita masuk dalam..tengok rakaman cctv...Cik Shima kita pun dah tak sabar kan?," Iman mencelah. Jika di biarkan mereka bertekak, sampai ke tahun depan pun tak habis-habis.
" okay..jom kita masuk..," Datuk Hasrul mengangguk sambil menjeling Aryan tajam.

Iman memandang Shima serius sambil mengetuk jari-jemarinya di atas meja. Datuk Hasrul dan Datin Mona juga memandang Shima dengan pandangan marah. Dia tidak menyangka anak gadisnya sanggup menipu demi berkahwin dengan Aryan.
" sekarang kau nak kata yang kau salah sebut nama hotel? takkan kau lupa pulak?," Iman tersenyum sumbing. Aryan menarik nafas lega.
" No..memang I dengan Aryan datang hotel ni... papa..mama..Shima tak tipu.., mesti dieorang dah suruh orang padam rakaman tu..," Shima menuduh Aryan dan Iman.
" maaf cik, setakat ni kami tak pernah padam rakaman cctv kami, sejak hotel kami beroperasi lima tahun lalu, semua rakaman cctv ada kami simpan..," tiba-tiba pekerja di hotel yang menunjukkan rakaman cctv itu bersuara. Iman dan Aryan memandang Shima dengan pandangan mengejek.
" Papa tak sangka Shima sanggup buat semua ni?,"
" papa..kalau Aryan dengan Shima tak buat..macam mana gambar kami boleh ada?" Shima masih tidak putus asa.
" itu yang aku nak tanya kau sebenarnya... macam mana Aryan boleh ada tato? kalau nak edit pun agak-agak lah..," Iman berkata selamba.
" tato?," Aryan mengerutkan keningnya.
" kau ni pun satu ..takkan badan sendiri pun kau tak kenal..cuba tengok dekat jari kelingking tangan kiri dalam gambar tu...bukan ke ada tato?..mulanya aku pun tak perasan..tapi bila tengok balik..memang betul ada tato..cuma tak jelas sangat..., masa tu aku dah dapat agak yang gambar ni..gambar edit..," Iman membebel sambil menggelengkan kepalanya. ' Aryan..Aryan...cepat sangat nak gelabah...nasib baik lah aku yang jadi tunang dia..kalau perempuan lain, mesti dah kena tinggal..,'
" haah lah..aku tak perasan pulak..thanks sayang..," Aryan tersengeh bagai kerang busuk.
" .Aryan..Uncle mintak maaf bagi pihak Shima..., patutnya dari awal uncle selidik dulu...," Datuk Hasrul meminta maaf sebelum mengeluh panjang.
" okay lah..Aryan pun malas nak panjangkan cerita...syukur sangat Aryan ada tunang paling bijak dekat dunia ni.., yang penting nama Aryan dah bersih...cuma satu aja.., lepas ni Aryan tak nak tengok atau terserempak dengan anak kesayangan Uncle ni..,"
" maksud Aryan?,"
" Aryan nak Uncle tukar posisi Shima dekat syarikat tu dengan orang lain..., cukuplah selama ni anak Uncle ni ganggu hidup Aryan...sekarang Aryan dah tak sanggup lagi dah...please...Aryan minta cara baik sebab dah kenal Uncle lama...," Aryan berkata serius.
" No!!!...you tak boleh buang I Aryan!!....I tak boleh hidup tanpa you...you sedar tak yang perempuan ni dah guna-gunakan you?...you dah banyak berubah... I cintakan you Aryan...please...I merayu dekat you...," Shima tiba-tiba meraung.
" stop Shima!!...I tak pernah berubah, dari dulu sampai lah sekarang...you tu yang tak sedar diri... dah banyak kali I cakap dengan you kan...sampai bila-bila pun I tak akan cintakan you!!..faham tak!!," Aryan mula hilang sabar. Hilang terus rasa hormatnya pada Datuk Hasrul dan Datin Mona.
" Takkk!!!...I tak nak faham!!!..you tetap milik I!!.. kalau I tak dapat you...dia pun tak boleh dapat you!!," Shima menjerit bagai orang kena histeria sebelum menarik baju Iman. Datuk Hasrul dan Datin Mona terkejut dengan tindakan Shima itu.
" Shima stop it!!," Datuk Hasrul menarik lengan Shima.
" No!!!..Shima nak bunuh dia!!!," Shima menjerit sekuat hati tanpa menghiraukan orang sekelilingnya.
Pang!!!
Suasana hening seketika bila tangan Datuk Hasrul hinggap di pipi kiri Shima. Aryan dan Iman turut terkejut dengan apa yang di lakukan Datuk Hasrul itu.
" abang...," Datin Mona hilang kata-kata. Pertama kali dia melihat suaminya itu menampar anak mereka.
" pa..papa..," Shima terjelupuk ke lantai sambil memegang pipinya yang perit.
" papa dah cukup sabar dengan Shima...selama ni papa tebalkan muka bila dengar orang mengata kamu...tapi papa silap...patutnya dari dulu..tangan ni hinggap dekat pipi kamu tau tak!!!... kamu ni tak ada maruah ke Shima??..kalau tak ada...fikirkan maruah papa dengan mama...kamu tak kesian dekat kami ke?... ada anak sorang pun menyusahkan!!!," Nafas Datuk Hasrul turun naik mendakan marah teramat sangat.
" err..kami pergi dulu..harap Uncle tunaikan permintaan Aryan ..," Aryan berkata sambil menarik tangan Iman keluar dari bilik itu.
" Aryan!!!," Shima menjerit tetapi tidak di hiraukan Aryan.

Iman menyedut air fresh oren di hadapannya. Aryan juga begitu. Haus rasanya berlari keluar dari hotel Blue Moon tadi. Mereka saling berpandangan sebelum masing-masing ketawa.
" memang cinta mati dia dekat kau ea....sanggup edit gambar bagai...haii..Shima..Shima..," Iman menggelengkan kepalanya.
" tau tak pe...apa pun..thanks Iman...sebab percayakan aku...," Aryan tersenyum bahagia.
" siapa cakap aku percaya? muka macam kau ni memang ada potensi jadi play boy...," selamba sahaja Iman menjawab.
" Ehh...aku ni lelaki paling setia dekat dunia ni tau..., kau patut bersyukur dapat aku..," Aryan menepuk-nepuk dadanya.
" aku yang bersyukur dapat kau..atau kau bersyukur dapat aku?," Iman tersenyum sumbing.
" iyalah...aku mengaku..aku bersyukur sangat dapat kau...kau memang lain dari yang lain Iman..." Aryan memberikan senyuman ikhlas pada Iman.
" aku jadi macam ni pun sebab pengalaman hidup Aryan..., sejak aku kena jual dulu..susah aku nak percaya orang..., aku pernah murung berbulan-bulan, sampailah baba berjaya pujuk aku....tapi...aku yang sekarang ni bukan lagi aku yang dulu....kalau dulu, aku senang memaafkan orang, walaupun orang tu dah aniaya aku...tapi sekarang...orang buat baik pun aku rasa curiga...,"
"aku faham...baba dah cerita semua dekat aku...,"
" aku nak tanya sikit boleh?," Iman memandang tepat ke mata Aryan.
" tanyalah sebanyak mana kau nak tanya..,"
" kenapa kau nak kahwin dengan aku? sebab kau nak lari dari Shima ke?," Iman bertanya. Aryan pula tersenyum lebar.
" Iman..Iman...kenapalah nak kaitkan minah sengal tu lagi?...aku nak kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau sepenuh hati aku...dari hati aku yang paling dalam..., cinta ni bukan di buat-buat sayang... dia datang sendiri...," Aryan menjawab penuh romantis.
" tapi aku tak cintakan kau..," Iman membalas tanpa rasa bersalah. Biarlah dia berterus terang.
" aku tau...,"
" kau dah tau..tapi kau nak juga kahwin dengan aku? gila ke?,"
" yup...aku gila..gilakan tunang aku..., aku tak akan putus asa...aku akan tunggu sampai kau cintakan aku Iman..," Aryan berkata penuh yakin.
" kalau aku tak boleh cintakan kau?,"
" aku tunggu sampai nyawa berpisah dengan jasad..," Aryan menjawab selamba. Ya..hatinya keras.
"suka hati kau lah Aryan...," Iman mengeluh perlahan. Dia tidak mampu mengusir Aryan dari hidupnya. Jika benar lelaki itu memang jodoh yang di tentukan buatnya...dia perlu redha.

" Ati..," Datin Mona memanggil pembatu rumahnya.
" iya Datin..,"
" Shima ada turun makan?," Datin Mona bertanya bimbang. Dia semakin bimbang bila pembantu rumahnya itu menggelengkan kepala.
" tak apalah..nanti awak siapkan makanan..letak atas dulang..biar saya yang hantar ke bilik dia..,"
" baik Datin..," Ati mengangguk faham sebelum berlalu ke dapur.
" Shima..Shima...dah macam ni pun masih nak buat perangai...," Datin Mona mengeluh berat. Sejak peristiwa petang semalam, Shima nekad berkurung di dalam bilik. Puas dia memujuk, tetapi anak gadisnya itu masih juga berdegil tidak mahu keluar.

Iman merenung Aryan tajam seperti singa mahu menerkam rusa. Giginya di ketap geram. Aryan pula berwajah selamba tanpa rasa bersalah. Sebenarnya dia mahu ketawa bila Iman merenungnya begitu.
" kenapa aku kena pakai semua ni?," Iman bertanya dengan gigi di ketap.
" kena lah pakai..aku nak tengok yang mana sesuai untuk kau...," Aryan menjawab selamba.
" aduhhh...kau pun tau kan aku tak pakai baju macam ni...,"
" sayang....apa yang tak kenanya dengan baju ni? okay apa...cute aja abang tengok...tak ketat pun..,"
" memang lah...maksud aku..aku tak pakai baju perempuan...,"
" mana boleh...Iman Hamani...awak tu perempuan sejati...kenalah pakai baju perempuan..., kira okay aku tak pilih yang bling-bling...," Aryan tidak peduli dengan renungan tajam Iman.
" aku tak nak!!," Iman mencampakkan baju yang di pegangnya pada Aryan.
" betul tak nak?,"
" iyaaa...aku tak nak!!,"
" okay..kalau macam tu..jom..aku tolong pakaikan..," Aryan menarik tangan Iman menuju ke bilik persalinan.
" woii..agak-agak lah...," Iman menarik tangannya kembali. Merah padam wajahnya bila Aryan buat begitu.
" nak ke tak nak?" Aryan masih mendesak.
" okay..okay..aku pakai..," Iman akhirnya mengalah. ' suka sangat nak paksa aku...dulu kata tak kisah kalau rupa aku macam apa sekali pun..tetap juga sayang...memang dasar Aryan tak pernah tepat janji...macam ni ke nak suruh aku cintakan dia..lammbatttt lagi..,' Iman membebel dalam hati sebelum menutup pintu bilik khas untuk menyalin pakaian. Tiba-tiba ada tangan menahan pintu. Aryan menjengah ke dalam.
" sayang..boleh tak? nak abang tolong?,"
" berambus!!!!," Iman menjerit sebelum menutup pintu sekuat hati. Terdengar Aryan ketawa terbahak-bahak. ' tak guna punya tunang!!,'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience