~Bab 21~

Romance Completed 14748

Berdezup kawasaki hitam membelah jalan hutan yang sunyi itu. Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang, hanya sebuah atau dua buah kereta sahaja. Aryan tidak mempedulikan semua itu, dia hanya teringatkan Iman, isterinya. ' sayang...,'

" korang nak apa ha? kenapa ikat aku macam ni?," Iman bertanya garang. Dua lelaki di hadapannya itu sekadar tersenyum sinis tanpa menjawab pertanyaan Iman.
" kau tanya nak apa?" Iman menoleh ke arah kanannya. Kening di kerut seribu.' macam kenal suara ni..,'.
" Iman Hamani...hurmm..sedap juga nama kau kan?," Shima terseyum sumbing sambil berjalan masuk ke dalam bilik. Dua orang lelaki tadi turut tersenyum sinis.
" Shima...kau dah gila ke? kenapa kau culik aku?," Iman tidak menyangka semua ini angkara Shima.
" memang aku dah gila...sebab kau dengan Aryan aku jadi gila macam ni!!!!...aku takkan biarkan korang bahagia..sementara aku pulak menderita!!!...," Shima menjerit. Iman cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. Tangannya di ikat kebelakang membuatkan dia sukar untuk bergerak.
Shima dan konco-konconya ketawa jahat.
" kesian..kesian...hari tu bukan main kau nak tunjuk hebat depan si Aryan...sekarang...buah hati kau tu tak da pun dekat sini nak tolong..., sedih kan hidup kau...aku dah kata dia tak cintakan kau...dia cuma jadikan kau kambing hitam supaya dapat lari dari aku...," Iman mengetap bibirnya bila melihat Shima seperti orang hilang akal. ' sah..minah ni memang dah sewel.., ya Allah..apa yang patut aku buat ni?,'
" kalau aku ni kambing hitam dia..kenapa dia kahwin dengan aku..., kenapa dia sanggup bagi aku macam-macam?... kalau dia memang cintakan aku..kau nak buat apa? hidup kau lah yang sedih... terang-terang dia reject kau..." Iman membalas sambil tersenyum sinis.Walaupun hatinya sudah mula takut, tak bermakna dia tidak melawan Shima. Shima tiba-tiba datang mencengkam wajah Iman.
" dia reject aku sebab kau.... kenapa kau muncul tiba-tiba?... kenapa kau rampas dia dari aku!!??... aku tau kau tak cintakan dia pun..kau nak kikis harta dia aja.... aku cintakan dia...aku setaraf dengan dia... apa yang ada dekat kau!!!??...perempuan murahan!!!??," Shima menjerit sekuat hati sebelum matanya terpejam akibat Iman meludah wajahnya. Dia melepaskan cengkaman pada wajah Iman dan berundur setapak ke belakang. Iman buat selamba sahaja tanpa rasa bersalah.
" kau!!!???,"
" apa??..seronok kena ludah? kau dengar sini ya Shima gila... pertama... bukan aku yang kejar si Aryan tu...kedua...dia memang tak sukakan kau dari dulu...ketiga...dia pilih aku sebab....aku tak gila macam kau..akal aku ni sihat..., so..terima lah hakikat...kalau kau rasa tak boleh nak hidup dah..pergilah mati sorang-sorang...," Iman berkata tanpa riak muka.
" ohhh...aku gila?..kau ni memang tak sedar diri..dah kena ikat macam ni pun masih nak melawan aku? aku akan buat kau menyesal seumur hidup...Zack..kau buat lah apa yang kau nak buat dekat dia..." Shima tersenyum sinis sebelum melangkah keluar.
" tapi boss...," Zack serba salah. Tadi Shima hanya menyuruhnya mengugut Aryan di telifon, tidak pula menyuruhnya melakukan perkara lain.
" kau tak payah takut lah... buat je apa yang kau nak..nak rogol ke nak pukul ke...aku tak heran...bagi mati lagi bagus...," Shima sempat melirik sebelum menutup daun pintu.
" ba..baik boss...," Zack tersenyum meleret manakala Iman mula ketakutan.

Aryan memberhentikan mortorsikal kawasakinya di hadapan sebuah rumah banglo berhampiran hutan. Dia kenal rumah banglo itu. Dulu sewaktu dia masih kecil, Daddy dan mommynya selalu ke situ atas jemputan Datuk Hasrul dan Datin Mona. ' Ni villa uncle Hasrul..., kenapa dia hantar location dekat sini?..Shima!!...mesti perempuan gila tu yang culik Iman.., tak boleh jadi ni..,' Aryan mendail satu nombor.
" Hello Sam...aku nak mintak tolong kau sikit..,"

Iman mengengsot ke kepala katil. Wajahnya mula pucat dan bibirnya mula bergetar. Dua lelaki berbadan sasa semakin menghampirinya. Entah kenapa, wajah dua lelaki itu seperti Leman dan kawannya. Manik-manik peluh sejuk mula menghiasi wajah Iman. Dia panik.
" Tolong!!!..jangan apa-apakan saya..tolong!!...," Iman merayu dengan suara yang mula menggigil.
" tak ada siapa boleh tolong kau..., kawasan ni kawasan hutan cik adik...jerit lah sekuat hati... siapa yang nak tolong?..monyet? burung? AHAHAHA!!!," Kecut perut Iman mendengar ketawa mereka berdua.
" saya merayu...tolong...," Pandangan Iman mula kabur. Dia pitam. Kakinya di capai salah seorang dri mereka. Iman meronta dengan kudrat yang masih berbaki...' Aryan...tolong...selamatkan aku!!...,' dia hanya mampu menjerit dalam hati.

Aryan terhenti melangkah bila mendengar suara orang menjerit. Dia kenal benar dengan suara itu. Sepantas kilat dia memulas tombol pintu. Malangnya pintu villa itu berkunci.
" Sial!!...," Dia menggaru kepalanya mencari idea. Matanya menangkap akar pokok yang terjuntai berhampiran villa itu. Idea gilanya muncul.
" dari aku buang masa nak pecah masuk..baik aku panjat terus ke atas..," Aryan memaut akar kayu itu sambil mendongak ke atas. Mencari target yang sesuai. Nasib menyebelahinya bila ada satu tingkap yang terbuka sedikit. Dia menanggalkan kain sampingnya sebelum mula memanjat dengan bantuan akar pokok tadi. Setahunya, villa itu sudah lama tidak di gunakan sejak Datuk Hasrul berpindah ke Kuala Lumpur. Tetapi masih di jaga elok dan masih penuh dengan perabot.
" arkhh...susah jugak panjat benda ni...nasib baik lah aku selalu pergi gym...," Sempat juga Aryan membebel. Sejujurnya, dia agak gayat bila berada di tempat tinggi. Tetapi, fikirannya tika itu hanya ada Iman. Dia nekad untuk meyelamatkan isterinya itu.

" syuuu...sayang...jangan nangis...abang buat pelan-pelan je..., tak sakit pun..," Iman menggeleng lemah dengan air mata berjuraian di pipi. Sungguh dia tiada tenaga. Silapnya juga tidak mengisi perut dari pagi.
" Arkhhh!!!," tiba-tiba mereka di kejutkan dengan jeritan seseorang, dalam masa yang sama, cermin tingkap di bilik itu pecah berderai ke lantai.
" kau siapa?," salah seorang dari lelaki tadi bertanya dengan suara keras.
" aku?..bukan kau ke yang suruh aku datang?" Aryan bertanya sambil membuka butang baju melayunya. Baju biru muda yang di pakainya habis comot dek lumut dari memanjat dinding tadi. Matanya terus mencari bayang isteri tersayang. Dia menarik nafas lega bila melihat Iman masih di situ.
" kau..?,"
" aku suami dia...," Aryan menjawab dengan wajah bengis. Dia meraup rambutnya ke belakang, menyapu peluh yang mengganggu mata manakala dua lelaki berbadan tegap tadi saling berpandangan.
" kau yakin ke nak selamatkan bini kau? larat ke nak lawan kiteorang?" lelaki tadi tersenyum mengejek.
" ada aku kisah? walau aku mati sekalipun..aku tetap selamatkan isteri aku...," Aryan menjawab.
" okay..kau yang serah nyawa...ambik ni!!," satu tumbukan padu di hayun tepat ke muka Aryan. Nasib baik dia dapat mengelak tumbukan itu walaupun sipi-sipi hampir terkena pipinya.
" Dia elak la...nasib baik aja..," Lelaki itu berkata mengejek sambil menoleh pada kawannya. Aryan tidak melepaskan peluang yang ada. Dia mencapai meja kecil di tepi tingkap tadi dan menghempuk belakang lelaki yang baru menumbuknya. Serta-merta lelaki itu tersungkur ke lantai, habis wajahnya terkena serpihan kaca tingkap.
" arkhh!!!!," dia menjerit kesakitan.
" Sial!!!," kawan lelaki itu terkejut dan meluru ke arah Aryan. Kali ini tidak ada yang boleh di capai Aryan selain kaca di lantai. Dia tiada cara lain selain mencapai kaca dan membalingnya pada lelaki itu. Kaca itu betul-betul terlekat di tepi matanya. Apalagi, lelaki itu mengerang kesakitan dan terduduk ke lantai yang masih di penuhi kaca. Aryan terus mendapatkan Iman yang semakin melemah. Cepat-cepat dia membuka ikatan yang mengikat kaki dan tangan isterinnya itu.
" Sayang..bangun..abang ni..sayang dah selamat..," Aryan menepuk lembut pipi Iman. Perlahan-lahan mata isterinya itu terbuka.
"Aryan?,"
" kejap ye..abang nak ikat dieorang...," Aryan mengambil tali yang mengikat Iman dan mengikat kedua tangan lelaki tadi ke belakang.
" sayang...siapa dieorang ni? sayang kenal ke?," Aryan kembali mendapatkan Iman di katil.
" diaorang..Shi..Shima!!?," Mata Iman membutang bila melihat gerangan di belakang Aryan. Satu pucuk pistol tepat-tepat di halakan ke kepala Aryan.
" Sayang sangat kau dekat dia ye Aryan...aku tak sangka..sanggup kau datang sini..semata-mata kerana permpuan ni?," Shima berkata dengan gigi di ketap.
" dia isteri aku Shima...aku sanggup bergadai nyawa untuk selamatkan dia...," Aryan menjawab. Dia cuba menenangkan hatinya yang mula bimbang bila Shima berani bermain pistol begitu. Iman menangis kembali.
" Shima...kalau kau sakit hati sangat dengan aku..kau bunuh aku sorang..jangan libatkan Aryan.., bunuh je aku..," Iman berkata dalam tangisan.
" wah..wah...pandai betul masing-masing berdrama... sebaknya aku...terharu pulak..., so..kalau korang sanggup sehidup semati..apa kata aku bunuh aja korang dekat sini..," Shima tersenyum sinis.
" apa yang kau dapat kalau bunuh kiteorang?," Aryan bertanya.
" kepuasan!!!...aku rasa puas sebab korang takkan bahagia...sama macam aku..., mana adil..korang happy..aku menangis sorang-sorang?..tak baik tau... hidup ni kena adil...,"
" habis tu..adil ke kau buat kiteorang macam ni? kenapa kau ikutkan sangat hawa nafsu syaitan kau tu Shima? dah lupa Tuhan ke? mana kau letak agama kau?," suara Aryan naik seoktaf.
" DIAM!!!...dah nak mati pun masih banyak bunyi... kau betina...boleh tak berhenti menangis? rimas aku!!!.," Shima menjerit bagai orang kerasukan. Iman menggenggam tangan Aryan sambil menatap ke dalam anak mata suaminya itu. Saat itu, dia mengaku yang dia sudah jatuh hati dengan Aryan.
" sayang I love you..," Aryan berbisik dengan air mata berlinang di pipi. ' maafkan abang sayang...jodoh kita hanya bertahan sehari....maafkan abang..,'
" I love you too Aryan...I love you...sepenuh hati..," Iman membalas kata-kata Aryan sambil memejam mata. Aryan tersenyum sebelum memeluk Iman erat. ' mati sekarang pun tak apa..janji abang dah tau isi hati sayang..,' bisiknya dalam hati.
" eiii!!!..meluatnya aku!!!," Shima menjerit sambil merapatkan pistol di kepala Aryan.

Prang!!!...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience